Selalu orang kata yang mudah dan ringkas itu lebih sedap hasilnya. Ia ternyata benar untuk Rolade Tauhu ia mudah, sedap dan kaya dengan sumber protein. Sesuai dijadikan hidangan makan malam anda seisi keluarga. Cubalah resipi langkah demi langkah yang sangat senang kamu nak ikut!
BAHAN-BAHAN ISIAN :
3 biji tauhu | kukus
100gm isi udang | cincang halus
3 ulas bawang putih | cincang halus
3 ulas bawang merah | cincang halus
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 biji telur
BAHAN TELUR PEMBUNGKUS:
3 biji telur
Garam secukup rasa
Serbuk lada hitam secukupnya
Aluminium foil secukupnya | untuk membungkus
LANGKAH DEMI LANGKAH:
LANGKAH 1: Hancurkan tauhu, kemudian masukkan isi udang yang telah dicincang tadi. Kacau rata.
LANGKAH 2: Masukkan garam dan lada sulah. Kacau rata.
LANGKAH 3: Masukkan telur di dalamnya, kacau hingga sebati. Kemdian ketepikan.
LANGKAH 4: Pecahkan tiga biji telur, tambahkan dengan sedikit garam dan lada sulah. Kaca rata.
LANGKAH 5: Panaskan sedikit minyak dan dadarkan telur tadi hingga menjadi lapisan nipis.
LANGKAH 6: Letakkan di atas aluminium foil, kemudian isikan campuran tauhu di sisi tepi dan gulung hingga habis. Kemaskan gulungan dengan aluminium foil sebelum dibakar atau dipanggang.
INFO CHEF: Untuk rasa lebih pedas boleh tambahkan hirisan cili dalam campuran tauhu. Atau boleh hidangkan dengan sos cili
ANDA MUNGKIN JUGA MENYUKAI RESIPI INI: