Nak Jaga Blender Supaya Tahan Lama, Buat Begini

Share

Kegunaan blender sangatlah penting di ruang dapur. Manakan tidak segala macam masakan banyak menggunakan alat ini untuk memudahkan kerja mengisar dan sebagainya. Jadi perlu sayang dengannya sebab ia bantu jimatkan masa anda di dapur. Jaganya dengan baik maka hayat penggunaannya pun lama. Boleh praktik cara ini untuk manfaat bersama.

Cara pasang semua bahagian blender pastikan betul
Setiap kali mahu menggunakan alat ini, pastikan pasang semua bahagian dengan betul. Dalam kebanyakan kes, jika blender dipasang tidak betul, maka cara bekerjanya juga terganggu. Malah kadang kala,beberapa bahagian yang longgar akan terlempar keluar sehingga boleh merosakkan blender.

Kerja menghaluskan hanya untuk bahan yang tepat
Walaupun anda memiliki blender yang dikatakan “boleh menghaluskan semua”, yang sebaiknya adalah menggunakan blender sesuai dengan tujuan. Jika anda menggunakan blender untuk membuat bubur kertas atau benda lain bukan makanan, maka gunakan jenis blender berbeza. Jadi bila blender rosak, kerja memasak jadi lambat.

Makanan bersaiz besar dipotong dahulu
Ada baiknya tidak terus memasukkan makanan bersaiz terlalu besar ke blender. Pastikan ukurannya lebih kecil apabila akan dikisarkan dengan blender sehingga boleh terjangkau pisau blender. Potongan yang lebih kecil akan mudah halus.

Buat sedikit demi sedikit
Jika hasil blender anda tidak baik, bagi makanan menjadi beberapa bahagian dan blender sedikit demi sedikit. Jika anda terus menghaluskan terlalu banyak makanan, ibarat anda memaksa diri mengunyah makanan dalam jumlah banyak di mulut.

Pilih tombol kisaran yang sesuai
Pilih tahap kisaran yang sesuai untuk menghaluskan atau mencampurkan beberapa bahan makanan di dalam blender. Jangan memaksa blender bekerja laju tanpa henti. Kelak hayatnya tidak lama.

Selalu bersihkan setelah digunakan
Keluarkan sisa makanan dari dalam blender, tuangkan air dan sabun atau cuka, kemudian hidupkan blender beberapa saat. Dasar blender adalah bahagian yang bersambung dengan elektrik, jadi tidak boleh terendam air.

Longgarkan pisau blender sekali sekala untuk membersihkannya lebih dalam. Sebenarnya, ini tidak perlu dilakukan setiap kali dibersihkan, cukup sesekali. Setelah dibersihkan, lap dengan kain lembut.

Berhati-hatilah jangan sampai pisau blender melukai tangan anda. Pastikan blender betul-betul kering, dan sambung kembali bahagian-bahagiannya, Pastikan pisaunya juga dipasang dengan betul.

INGIN MEMBELI BLENDER, MIXER, GRINDER, BOLEH LIHAT DI SINI.

PENGISAR KERING JUGA ADA DI SINI.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

Published by
Putri