Nak Kari Jadi Lebih Wangi? Ini Trik Rahsianya

Share

Dalam dunia masakan, bukan mudah untuk mendapatkan trik atau tips bagi menjadikan masakan sedap ataupun wangi.

Namun bagi Hanim Hassan, sangat bermurah hati berkongsi trik rahsia untuk menjadikan masakan kari lebih wangi dari yang lain.

Mengakui memang cerewet bab makan, Hanim memberitahu dia mendapat cara ini ketika makan kari di rumah kliennya.

Walaupun masak menggunakan rempah jenama apa pun dan juga resipi kari sama seperti yang lain, bahan rahsianya ialah DAUN PANDAN.

*Sebelum tumis bahan kisar, tumis dahulu 4 beradik lepas tu daun kari dan masukkan simpulan daun pandan.
*Minyak untuk menumis, campurkan sesudu minyak sapi. Semenjak itu saya ikut resepi ini dan memang semua orang kata sedap dan aromanya memang wangi.
*Sebelum tutup api, saya akan masukkan bawang goreng dan bawang putih goreng, kacau sekejap. Tutup apinya. Yang ini sebab saya selalu tengok kakak saya buat. Double sedap karinya.

Sekarang ni, kalau masak sup pun saya tumis dengan sikit minyak sapi dan letak daun pandan. Malah, buat sambal tumis pun letak daun pandan.

Yang penting masak dengan ikhlas dan dari hati. Jangan lupa mulakan dengan Bismillah dan selawat.

Kacau ikut lawan jam. Sebab kata sifu saya, kacau lawan jam akan buat kita dapat tenaga positif.

Hari ni, saya masak kari daging dan sotong masak asam/belacan campur baby buncis.

Kredit: Hanim Hassan

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:

Published by
Ibnatie -Aziza Mat Roff