Nak Keluar Makan Malam Ni ? Jom Ke Gerai Haq Char Kuey Tiaw Berderet Udangnya Cer Rasa

Share

Eh, tetiba berkeroncong pulak perut ni. Nak makan apa ya..? Hah, kalau malam begini sedap kalau dapat makan char kuey tiew kan. Goreng panas-panas campur udang segar memang ‘terangkat’ kan.

Jika anda teringin nak makan char kuey tiaw goreng Pulau Pinang asli, Haq Char Kuey Tiaw pasti memenuhi keinginan selera anda.

Terletak di kawasan flat perumahan blok 3, seksyen 16, Shah Alam, warung yang berhadapan dengan jalan utama di seberang Masjid Jamek Raja Tun Uda ini menjadi tarikan baru pelanggan yang gemarkan kesedapan asli char kuey tiaw ‘ori’ dari Pulau Pinang.

Kuey tiaw dilambung dalam kuali lagak gaya ‘chef pro’ oleh pemiliknya Nashrul Haq Ahmad Muner. Peniaga muda ini menuntut sendiri ilmu dan resipi asli juadah ini di Pulau Pinang dari saudaranya yang arif memasak menu popular ini.

Nak tahu apa yang menyebabkan Haq Char Kuey Tiaw begitu digemari, sudah pastilah udang segar bersaiz besar dan telur goreng yang ‘cantik’ terletak di atas menu ini.

Haq char kuey tiaw disediakan dalam tiga jenis menu iaitu biasa, ‘special’ dan ‘super padu’. Menu biasa hanya berharga RM 5 dengan dua ekor udang besar, ‘special’ berharga RM 6 dengan empat ekor udang dan telur ‘mata’ sementara menu char kuey tiaw ‘super padu’ pula hidangannya adalah gabungan udang dan kerang dengan telur ‘mata’.

Nasrul Haq (kanan)

Memang ummph, memang terangkat.Mana tidaknya Nashrul Haq mendapat kan bekalan udang segar dari Meru, Klang.

Jika anda memesan teh o ais harganya cuma RM 1 sahaja. Cukup murah dan sungguh menyegarkan. Terdapat juga minuman panas disediakan di sini. Warung Haq Char kuey tiaw ini dibuka dari hari Selasa hingga Sabtu, bermula jam 5.30 petang hingga 11.00 malam.

Eh sempat lagi kalau nak pergi, baru jam 9 malam , Jomlah

Info Kedai :
Pemilik : Nashrul Haq Ahmad Muner
Alamat : berhampiran flat Seksyen 16, Shah Alam di tepi jalan utama berhadapan Masjid Jamek Raja Tun Uda.
Waktu operasi : Selasa hingga Sabtu, jam 5.30 petang hingga 11.00 malam
Wajib cuba : Haq Char Kuey Tiaw Penang, Haq Char Kuey Tiaw Penang Special dan Haq Char Kuey Tiaw Super Padu.

Published by
Faridah Talib