Nak Kenduri? Jom Buat Mi Jawa Versi Mi Rebus Daging, Ini Resipi Untuk 40 Orang Makan

Share

Mi Jawa juga selalunya dipanggil sebagai mi rebus. Yang menjadikannya istimewa adalah kerana mi Jawa versi mi rebus daging ini adalah kuahnya dibuat menggunakan keledek rebus yang dilenyekkan. Justeru rasanya berlemak dan pekat.

Wanita menggunakan nama Cila Sazila berkongsi resipi membuat mi Jawa. Sebagai peniaga mi Jawa, Cila Sazila sudi berkongsi resipi untuk 40 orang makan atau 40 bungkus mi Jawa.

Jom kita lihat resipinya.

MI JAWA VERSI MI REBUS DAGING

BAHAN ASAS
4 kg mi kuning (celur)

BAHAN KUAH (KISAR)
6 biji bawang merah (besar)
6 biji bawang putih
80 gram udang kering
3 sudu taucu (brand angle)
2 batang serai
2 inci halia
Segenggam cili kering (buang biji dan rebus dulu)

BAHAN KUAH
2 sudu besar serbuk kari daging
2 kg daging lembu atau kerbau (rebus sehingga lembut, potong kecil, simpan air rebusannya)
2 kg keledek oren atau putih (rebus dan lenyek)
Setengah botol sos tomato
Setengah botol sos cili
Setengah tin susu cair
Garam sesukup rasa
Gula secukup rasa

BAHAN LAIN
Tauhu (goreng dan potong)
10 tangkai cili merah
10 tangkai cili hijau
Semangkuk tauge (celur)
Semangkuk sawi (celur)
20 biji telur ayam (rebus dan belah dua)
Bawang goreng secukupnya

CARA MEMBUAT KUAH
1. Panaskan minyak masak dan tumis BAHAN KISAR. Tumis sehingga naik bau.
2. Masukkan serbuk kari dan tumis lagi sehingga pecah minyak.
3. Masukkan air rebusan daging.
4. Masukkan hirisan daging, keledek lenyek, sos tomato, sos cili, susu cair, garan dan gula.
5. Sesuaikan rasa.
6. Masak sehingga kuah pekat. Matikan api.

CARA PENYEDIAAN
1. Letakkan mi dalam mangkuk atau pinggan.
2. Tuangkan kuah.
3. Hiaskan dengan hirisan tauhu goreng, hirisan cili hijau, hirisan cili merah, tauge, sawi, separuh telur ayam rebus dan bawang goreng.

Selamat mencuba!

Cila Sazila mengambil tempahan bagi sekitar Krubong Jaya, Melaka. Dengan harga RM6 sebungkus, pastinya berbaloi sebab cita rasanya sangat sedap.

Sumber: facebook Cila Sazila

Published by
Maryam Elyas