Kentang memang tahan lama. Tapi ada juga yang cepat lembik dan busuk. Jadi, kalau anda jenis yang selalu beli stok untuk sebulan, eloklah kalau amalkan petua ni. Hasilnya kentang lebih tahan lama dan tak cepat busuk atau lembik.
Ketika anda membeli kentang, pilih yang masih segar. Antara tip yang boleh anda ikut ketika memilih ini adalah:
– Pastikan kentang tidak bertunas.
– Pastikan tekstur kentang masih keras.
– Belek kentang untuk melihat tanda busuk.
– Elakkan kentang berwarna hijau kerana kentang yang begini masih belum masak dan kurang sedap.
– Pilih kentang yang berwarna kekuningan dengan permukaan yang licin.
Jika terbeli banyak dan kentang dalam simpanan kelihatan kurang segar, asingkan atau buang yang busuk. Kentang yang tinggal perlu segera digunakan dan jangan simpan lebih dari dua hari. Potong bahagian busuk, sementara bahagian yang elok dikupus dan rendam dalam air sejuk, cara ini kentang masih boleh tahan lebih satu hari.
.
2. SIMPAN DI TEMPAT KERING
Kentang memang boleh tahan sehingga dua minggu lamanya jika disimpan pada suhu bilik. Tapi apa yang selalu orang terlupa adalah keadaan sekeliling. Kalau tempat simpanan itu terdedah pada cahaya atahari, kentang akan lebih cepat rosak walaupun pada suhu bilik. Pastikan persekitarannya adalah kering. Suhu paling sesuai untuk simpan kentang adalah antara 6 hingga 7 darjah selsius. Pada suhu ini kentang boleh tahan hingga tiga bulan.
Simpan terbaik simpan kentang adalah seperti ini:
– Simpan dalam bakul plastik yang berlubang-lubang.
– Simpan dalam kabinet kering dan bebas dari cahaya matahari.
– Elakkan simpan kentang dalam peti sejuk sebab nanti bila dimasak, kentang boleh berubah jadi kehitaman.
3. JANGAN CUCI KENTANG
Ada orang yang suka mencuci kentang sebelum disimpan. Cara ini akan menyebabkan kentang menjadi lembap dan cepat busuk. Jangan risau tentang kotoran atau kuman pada kulit kentang. Anda boleh mencuci kentang semasa ingin menggunakannnya. Kentang mesti sentiasa kering dan tidak berkulat semasa dalam simpanan.
.
4. SENTIASA PANTAU TAHAP KESEGARAN KENTANG
Selain suhu dan kelembapan, banyak faktor lain yang pengaruhi kesegaran kentang. Misalnya serangga dan penyakit. Oleh itu sentiasa pantau kesegaran kentang secara rutin dan pilih kentang yang hampir busuk dan gunakannya terlebih dahulu untuk dimasak.
5. JANGAN SIMPAN KENTANG DENGAN BUAH YANG LAIN
Elakkan daripada meletakkan kentang bersama buah dalam satu bekas. Ada sesetengah buah yang mengeluarkan gas yang boleh menyebabkan kentang lebih cepat busuk.
6. REBUS DAN SIMPAN DALAM FREEZER
Freezer memang alternatif jangka panjang menyimpan kentang. Dengan cara ini kentang boleh disimpan selama setahun dalam keadaan beku. Tetapi jika ingin dibekukan ia hanyalah kentang yang telah dimasak, bukan mentah. Oleh itu rebus atau bakar kentang sebelum dibekukan. Tip ini sesuai jika anda betul-betul perlukan stok kentang dalam tempoh yang lama.