Nak Kerabu Sardin Lebih Sedap? Tambah Biskut Tawar. Confirm Jilat Jari!

Share

 

Lazimnya kita buat kerabu menggunakan ikan bilis, sayur-sayuran dan terkini ada kerabu daripada mi segera. Tapi kali ni Rasa nak cuba buat kerabu menggunakan ikan sardin. Senang je tau. Kalau takde lauk kat rumah, boleh buat kerabu sardin ni sebab ringkas dan menyelerakan. Nah min bagi resipi.

Nak tahu apa yang buat kerabu sardin tambah sedap? Rahsianya adalah biskut tawar. Tumbuk biskut tawar tu, kemudian tambahkan dalam adunan kerabu sardin korang. Gitu je. Dah sedap.

KERABU SARDIN

Bahan-bahan
2 biji telur ayam rebus (dihiris nipis)
1 biji bawang besar (dihiris)
5 tangkai daun sup (dihiris)
4 keping biskut tawar (ditumbuk halus)
1 tin ikan sardin (dibuang sosnya dan dihancurkan)
1 sudu teh serbuk lada hitam
Garam secukup rasa

Cara Memasak
1. Gaul mesra semua bahan.
2. Perasakan dengan garam dan sedia untuk dinikmati.

Selamat mencuba!

Published by
Maryam Elyas