Kalau anda penggemar kuih talam, apa kata hujung minggu ni ada masa terluang anda boleh cuba buat Talam Pandan kerana ia antara kuih talam yang mudah disediakan. Sangat sesuai kepada yang baru nak mencuba buat kuih talam. Lagi pun ia sangat sedap dan tak remeh membuatnya. Tak percaya, anda boleh ikut resipi yang dikongsikan di bawah.
TALAM PANDAN
BAHAN-BAHAN:
LAPISAN PUTIH:
125gm tepung beras
50gm tepung ubi
25gm gula pasir
550ml santan | dari sebiji 1 kelapa
1sudu teh garam
LAPISAN HIJAU:
250gm tepung beras
75gm tepung ubi
250gm gulapasir
1250ml air jus pandan
Sedikit garam
1/2sudu teh air abu | optional
CARA MEMBUAT:
1. Siapkan loyang 20cm oles dengan sedikit minyak, ketepikan
2. Panaskan pengukus.
3. Sementara itu, campur bahan lapis putih, kacau rata, kemudian tapis dan ke tepikan (tidak perlu masak).
4. Campurkan bahan lapisan hijau, kacau rata, tapis. Masukkan dalam periuk, reneh atas api kecil sambil kacau hingga adunan pekat dan berkilat.
5. Tuangkan adunan hijau ke dalam loyang, rata dan padatkan. Kemudian tuangkan adunan putih di atasnya (kacau dahulu sebelum tuang).
6. Kukus dengan api sederhana selama lebih kurang 45 minit atau sampai masak.
7. Buka penutup kukus biarkan kuih dalam kukus hingga hilang wapnya.
8. Keluarkan dan sejukkan.
9. Potong dengan pisau yang dialas dengan plastik atau boleh sapukan minyak pada pisau.
10. Kuih sedia dihidangkan.
@chingyu may