Nak Lauk Ringkas dan Mudah. Resipi Ikan Bilis Masak Kicap Cili Padi Makan Dengan Bubur Nasi Siap!

Share
Lauk mudah sesuai untuk dimakan ketika tengah buntu nak masak lauk apa, tengah bulan gaji tak masuk lagi atau masak untuk orang sakit pun layan ni. Tak perlu berfikir lagi terus jer ambil stok ikan bilis yang belum terusik tu kita masak resipi mudah ni ikan bilis masak kicap..
Sangat simple cara masakannya elok di makan dengan nasi panas atau bubur nasi panas-panas siap, satu lauk pun dah jadi kan hehe..

 

RESIPI IKAN BILIS MASAK KICAP CILI PADI


Bahan-bahannya:

  • 2 genggam ikan bilis.
  • 1 batang cili merah di hiris
  • 10 batang cili padi di hiris dan di ketuk.
  • 1 biji bawang holand di hiris.
  • 1 sudu kicap manis
  • 1 sudu cili kering yang telah di blend (nie optional.. mori saje je letak untuk rasa pedas… tapi x pedas pon)
  • Secubit garam untuk perasa.


Cara-caranya:

  1. Ikan bilis di goreng garing dan di ketepikan.
  2. Keluarkan baki minyak dan tinggal kan sedikit saje.
  3. Tumiskan bawang sehingga naik bau wangi.
  4. Masukkan cili blend dan tumis sehingga wangi.
  5. Masukkan cili merah dan cili api yang telah di hiris tadi.
  6. Masukkan kicap manis dan gaul rata.
  7. Taburkan garam sebagai perasa.
  8. Tutup kan api. Masukkan ikan bilis tadi dan gaul rata.
  9. Sedia untuk di hidang.

Kongsi resipi: Mori’s Kitchen.

Published by
Mastura Abu Kassim