Pes ikan bakar homemade boleh guna untuk ikan kegemaran anda seperti siakap, pari dan lain-lain. Cicah pula dengan air asam memang bertambah makan dibuatnya.
PES IKAN BAKAR:
BAHAN-BAHAN:
2 inci lengkuas
3 inci halia
5 batang serai
8 biji bawang merah
1 biji bawang holland
1 sudu udang kering @ jika tidak boleh guna belacan
8 biji cili padi(terpulang tahap kepedasan)
3 biji cili merah
3 helai limau purut
Cili boh
Asam keping
Garam
Gula
Serbuk perasa
CARA MEMASAK:
Kisar semua bahan sampai lumat.
Tumis dengan minyak yang agak banyak. Selepas itu masukkan cili boh 4-5 sudu.
Masukkan garam, gula, serbuk perasa dan asam keping.
Tumis sampai pecah minyak.Siap!
Ads
CARA BAKAR IKAN:
Sebelum bakar ikan lumur sahaja atas ikan.
Letak ikan dalam aluminium foil. Balut bagi kemas dan bakar atas dapur atau oven.
Jika sebelum ini kita hanya makan ikan bakar di kedai, hari ini apa kata kita buat sendiri ikan bakar di rumah. Mudah sahaja resipi ikan bakar yang dikongsi oleh Tyra Yahya ini. Hanya guna bahan yang sedia ada di dapur, anda boleh menikmati ikan bakar yang cukup enak rasanya. Memang sedap! Cubalah sendiri.
RESIPI PES IKAN BAKAR
BAHAN-BAHAN:
Bawang putih
Bawang merah
Cili (kalau tak nak pedas letak 4 biji dah cukup)
Jintan manis
CARA PENYEDIAAN:
1. Tumbuk semua bahan-bahan di atas. Lumat atau kasar, terpulang pada cita rasa masing-masing.
2. Masukkan susu pekat ke dalam bahan yang ditumbuk tadi dalam 3 atau 4 sudu. Ikut cita rasa masing-masing.
3. Perasakan dengan garam, serbuk perasa (nak letak boleh, tak letak pun tiada masalah) dan serbuk kunyit.
4. Gaulkan semua bahan tadi. Bila dah gaul, akan jadi seperti ini. Pes dah siap. Rasa dia lemak-lemak manis, masin dan pedas.
5. Kemudian, lumurkan ikan dengan garam dan kunyit terlebih dahulu. Jangan letak terlalu banyak kerana pes tadi sudah cukup rasanya. Bakar ikan dahulu bagi separuh masak.
6. Dah separuh masak, keluarkan ikan. Tuang pes di atas ikan bagi rata. Kemudian, bakar untuk kali kedua sehingga masak. Sedia untuk dimakan!
Makanan laut yang segar memang manis dan tak pernah jemu menikmatinya. Cuti hujung minggu ni memang sedap kalau menjamu selera dengan makanan laut. Ni min kongsikan resipi gerenti sedap dari Shezlina Othman.
Jadi kalau terasa nak makan seafood, jom cuba buat sendiri. Shezlina Othman dari Restoran Rasa Wau, Sunway Giza ada inspirasi menu untuk dikongsi.
1.KETAM DAUN KARI
BAHAN-BAHAN :
1 kg ketam | anggaran 3 ekor
BAHAN DITUMBUK :
6 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
2 sudu besar udang kering | direndam sebelum ditumbuk
BAHAN LAIN:
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap pekat
3 tangkai daun kari
5 tangkai cili kering | dipotong 3.5 sm
1/2 cawan stok kari | (iaitu serbuk kari yang ditumis bersama * gunakan minyak )
*(1 biji bawang besar, 4 ulas bawang putih, 4 sm halia, 1 asam keping, 1/2 kotak santan, air secukupnya, 7 sudu makan rempah kari, dan sedikit rempah 4 sekawan)
Garam secukup rasa Gula secukup rasa Minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK : 1. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng terendam ketam selama 5 minit setiap belah sehingga masak. 2. Panaskan 3 sudu minyak dan tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi. 3. Masukkan stok kari, daun kari serta cili kering dan goreng kacau selama 4 minit. 4 Tambah sos tiram serta kicap pekat dan gaul sebati, perasakan dengan garam dan gula. 5. Masukkan ketam dan balik-balikkan supaya disaluti dengan sos. 6. Perasakan dengan garam dan gula,masak hingga kuah pekat 7. Sajian siap dihidang.
Saiz hidangan : 3-4 orang Masa memasak : 30 minit Keistimewaan : Gabungan rasa kicap berempah yang lazat
INFO : Pilih ketam yang segar dengan daging yang pejal untuk mendapatkan isi ketam yang manis dan enak.
2.FILLET SIAKAP MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan siakap (ambil isi /fillet sahaja) | dilumur garam, kunyit dan tepung jagung
1 biji bawang besar | dihiris
4 ulas bawang putih | diketuk
3sm halia | dihiris halus panjang
1 sudu makan pes cili kering
1 biji bawang besar | belah empat atau potong membulat
1/2 biji cili benggala hijau | dipotong kasar
1/2 biji cili benggala merah |dipotong kasar
Sepotong nenas | dipotong kiub
1/2 cawan sos tomato
1 sudu teh sos ikan
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
1 sudu makan air tepung jagung
BAHAN HIASAN :
8 biji cili padi merah dan hijau
Sedikit daun bawang | dihiris halus
Sedikit daun sadri | dihiris halus
CARA MEMASAK : 1. Gaulkan isi ikan dengan garam dan kunyit. Kemudian lumurkan dengan tepung jagung. 2 .Panaskan minyak dan dan goreng dalam minyak yang banyak sehingga garing. Angkat dan ketepikan. 3. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, halia dan bawang besar hingga kekuningan, Masukkan pes cili kering dan tumis hingga cili masak 4. Masukkan pula sos tomato, sos ikan, garam, gula dan sedikit air. Masukkan air tepung jagung. Sesuaikan rasa dan kepekatan. 5. Akhir sekali masukkan bawang yang dibelah empat , cili benggala merah dan hijau, cili padi dan nenas. 6. Tutup api dan tuang sos masam manis ke atas ikan. Tabur daun bawang dan daun sadri. Sedia untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 4- 5 orang Cara memasak : Goreng dan tumis Keistimewaan : Rasa masam manis yang seimbang adalah penentu kelazatan sajian
INFO: Selain siakap anda boleh juga menggunakan ikan kerapu, bawal dan juga jenis ikan lain yang bersesuaian.
3.KETUPAT SOTONG
BAHAN-BAHAN :
5 -6 ekor sotong sederhana besar | lebih kurang 1 kg
1 cawan beras pulut
1/2 cawan setengah santan
6 ulas bawang merah | dimayang
2.5 sm halia | dimayang
1/2 sudu teh halba
2 batang serai | diketuk
Garam dan gula secukup rasa
Beberapa batang lidi @ pencungkil gigi
CARA MEMASAK : 1. Bersihkan sotong, buang dakwatnya. Cuci kulit nipis pada badang sotong 2 .Beras pulut dibasuh dan rendam dengan sedikit santan dalam sejam. 3. Isikan beras pulut dalam badan sotong, setengah sahaja, selepas itu tutup kepala sotong dan kemaskan dengan lidi atau pencungkil gigi. 4. Rebus sotong dan santan cair hingga sotong menjadi kembung, Masak dengan api perlahan. 5. Setelah sotong kembung, masukkan semua bahan (santan,bawang merah halba,halia, serai garam dan gula)dan masakkan atas api perlahan dan kacau selama lebih kurang 10 minit. 6. Sajian siap dihidang.
Saiz hidangan : 7 orang Masa memasak : 35 minit Keistimewaan : Inti pulut di dalam menjadikan sajian ini sungguh mengenyangkan
INFO : Pastikan dakwat dibuang untuk mengelakkan kuah menjadi hitam . Sotong juga jangan dimasak terlalu lama untuk mengelakkan ia menjadi liat.
TERIMA KASIH : RESTORAN RASA WAU, Sunway Giza, Block C-11-G, Jalan PJU 5/14, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
Ikan Masak Asam Rebus merupakan antara menu tradisi yang mudah dan enak dimakan bersama nasi panas-panas. Tak perlu lauk lain, cukup sekadar nasi dan Ikan Masak Asam Rebus. Ada rasa masam dan pedas yang seimbang. Sesuai untuk hidangan seisi keluarga. Memudahkan ibu-ibu yang bekerja untuk masak hidangan yang simple tapi sedap dan padu. Jom cuba.
IKAN MASAK ASAM REBUS
Bahan-bahan:
Ikan selar dibersihkan
4 biji bawang merah ros
1 inci halia
2 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
4 tangkai cili padi
3 tangkai cili besar merah
3 keping asam keping
Nanas
1 genggam daun kesum
Garam & perasa
Bendi
1 cawan air
Cara Memasak:
Kisar bawang merah ros, halia, bawang putih, kunyit hidup, cili padi dan cili besar merah. Tambahkan sedikit air dan kisar seperti biasa.
Masukkan bahan kisar ke dalam periuk dan masukkan 1 cawan air. Kacau dan biarkan sehingga mendidih.
Masukkan asam keping dan nanas.
Kemudian, masukkan ikan.
Masukkan daun kesum untuk bagi hidangan kita lebih wangi.
Masukkan sedikit garam dan serbuk perasa.
Masukkan bendi dan tunggu sehingga bendi sedikit lembut.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!