Anda peminat Nasi Ayam Hainanese dengan rasa autentik? Tentunya tercari-carinya mana restoran yang memenuhi selera. Boleh dikatakan sebut saja Nasi ayam semua orang menyukainya.Dalam episod sulung Makan Di Mana , Imran Aqil selaku hos membawa kita merasai keenakan makanan di Chicken Rice Guys (CRG) yang terletak di Subang Jaya.
Menurut pemilik Restoran CRG di Subang Jaya ini, Ahmady Muhammad dan Sharifah Aneeza pada asalnya mereka adalah pengunjung nasi ayam tegar di CRG Shah Alam.
“Kami sering makan di sini dan jatuh cinta dengan semua makanan yang dihidangkan. Bagi saya nasi ayamnya enak dan cukup rasa. Nasinya penuh aroma, isi ayam sama ada dipanggang (roasted) atau kaedah stim , sup putih yang cukup rasa dihidang bersama sambal dan kicap khas.
Kebetulan pemilik kedai berkenaan adalah kawan kami, Encik Firman dan timbul idea kami untuk membuka CRG di Subang Jaya. Kini kami menjadi partner bisnes dalam rangkaian CRG,”jelas Ahmady.
Buat anda peminat nasi ayam, tidak rugi singgah ke Chicken Rice Guys (CRG) yang menghidangkan menu nasi ayam ala cina. Tidak sukar mencari lokasinya kerana berhampiran dengan pasar besar Subang Jaya.
Menu wajib cuba
Kenapa nasi ayam sini jadi pilihan? Sememamgnnya penuh dengan rasa autentik dan paling utama HALAL. Nasi ayam roasted antara best seller di sini.Walaupun baru dibuka, kelihatan orang tak putus-putus datang untuk menikmati hidangan istimewa di sini.
Antara set menu yang sempat Imran cuba di sini ialah NASI ITIK PANGGANG, ITIK GORENG BEREMPAH, AYAM KUKUS TAUGEH GORENG BERSAMA SUP, KICAP DAN SAMBAL. Itik gorengnya memang rangup cukup dengan rempah ratus terpilih, memang boleh layan sepinggan.Ini antara best seller
di sini.
Ayam kukusnya memang lembut dan juicy. Lembapkan tekak dengan Soda Ribena Laici pula, sungguh menyegarkan.
nasi , itik panggang, ayam kukus.
Terdapat pilihan menu lain yang boleh dicuba seperti Mi Kari Putih ala penang, Mi Udang, Mi Wantan Kicap Special dan banyak lagi.Mi Kari pula rasanya lemak-lemak dan rasa sungguh menyengat. Sepinggan boleh mengenyangkan. Mi Udang di dalamnya bukan hanya udang diletakkan malah mewah dengan ayam, telur masin dan sayuran, Pendek kata memang lengkap dalam semangkuk mi udang. Rasa manis-manis udang dapat dirasakan, pasti puas menghirup kuah.
mi kari.
Mereka yang tak mahu menu berat dan hanya nak mengeteh boleh cuba menu seperti roti bakar, wantan goreng dan teh o pandan. Memang layan.
Berbaloi makan di sini, banyak pilihan dan enak belaka. Nasi Ayam padu dengan rasa asli . Harga yang ditawarkan juga berpatutan. Sesuai dengan tag line CRG “Great Food, Made Affordable”.Jadi mereka yang berada sekitar Subang Jaya, jangan lupa singgah. Korang kena rasa baru boleh feel apa yang hos Imran kongsikan tadi.
Nama Restoran : Chicken Rice Guys (CRG)
Alamat: 11A-G,SS 15/8B, Subang Jaya
Masa: 9 pagi hingga 8 malam.( hari biasa) , 11 pagi hingga 10 malam. (hari minggu)
Isnin: tutup
JUMPA ANDA DI EPISOD AKAN DATANG DALAM MAKAN DI MANA