Berita baik bagi penggemar sajian UDANG GALAH! Jika anda ingin menikmati keenakkan udang galah dengan harga yang sangat berpatutan, Feeza Corner yang terletak di Shah Alam Walk ini adalah lokasi yang wajib anda serbu. Tak susah pun nak cari tempat ni. Ia berada berhadapan dengan menara MRCB.
Siapa sangka di tengah bandaraya Shah Alam ni rupanya ada kedai menyajikan hidangan panas yang murah dan menyelerakan. Hanya dengan RM9.50, anda boleh menikmati set lengkap dengan sepinggan nasi putih serta pilihan Tomyam Udang Galah Bangkok, Udang Galah Masak Pedas atau Udang Galah Goreng Kunyit. Wow!!!
Jika tidak terasa nak makan nasi, anda juga boleh mencuba Kueh Teow Ladna Udang Galah, Kueh Teow Kungfu Udang Galah Mi Udang Galah dan Maggi Udang Galah. Perghhh…memang terbaik! Dengar nama-nama hidangan pun dah buat tekak rasa teringin.
Selain set udang galah, terdapat juga aneka sajian ala Thai lain yang di sediakan seperti Kerabu Maggie, Tomyam, Ketam Masak Pedas, Paprik, Kailan Ikan Masin dan banyak lagi. Wajib juga untuk cuba Jus Durian Belanda. Siap ada potongan buahnya sekali. Sooooo refreshing !
Feeza Corner ni sudah beroperasi selama 5 tahun. Menurut pemiliknya, kedai beliau dibuka setiap hari seawal jam 11 pagi dan ditutup pada jam 10 malam. Pada waktu siang Feeza Corner sering menjadi tumpuan pekerja-pekerja pejabat di sekitar Bandar Shah Alam yang ingin menikmati hidangan panas. Kalau datang bawa keluarga pun sesuai kerana terdapat banyak pilihan makanan yang boleh dicuba.
‘Hirup sampai titisan terkahir’ adalah maklum balas yang sering diberikan oleh pelanggan. Jadi jangan lupa lepaskan peluang untuk merasa sendiri kesedapannya. Selamat mencuba!
Feeza Corner
Lokasi: Shah Alam Walk, Jalan Majlis, Seksyen 14 Shah Alam (Berhadapan MRCB)
Waktu operasi: 11 pagi-10 malam (setiap hari)
Wajib cuba: Set Menu Udang Galah dan Makanan Ala Thai