Nak Masak Lauk Ayam, Ini Menu Mudah & Sedap Boleh Cuba.

Share

Hari ni bercadang nak masak lauk ayam? Ini ada tiga menu ayam masak ala kampung yang sedap dan ringkas  RASA kongsikan untuk anda semua cuba. Apa yang penting menu ini bahan-bahan senang dan tak banyak guna bahan  untuk penyediaan dan memasaknya. Sesuai sangat di hujung minggu yang banyak kerja rumah yang lain perlu dibuat.

 AYAM MASAK PUTIH

BAHAN-BAHAN

  • 350gm isi dada ayam | potong dadu
  • 200gm santan pekat
  • 2 cawan air
  • 1 tin cendawan butang
  • 6 biji cili padi hijau
  • 6 biji cili padi merah
  • 1batang serai | titik
  • 1 tin cendawan butang. | belah dua
  • 6 cili api hijau | hiris
  • 6 cili api merah | hiris
  • Garam dan perasa secukupnya

BAHAN KISAR:

  • 1/2 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 biji buah keras
  • 1batang serai

CARA MEMASAK:

  1. Bersihkan ayam, kemudian masukkan dalam periuk bersama bahan kisar.
  2. Tambahkan air dan masak atas api sederhana.
  3. Bila ayam separuh masak masukkan cendawan,  hirisan cili padi dan serai.
  4. Setelah mendidih dan ayam masak, masukkan santan.
  5. Sentiasa kacau supaya santan tidak pecah minyak,
  6. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukupnya.
  7. Tutup api, ayam sedia dihidangkan besama nasi.

AYAM PINDANG TUMIS BUNGA KANTAN

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm ayam | potong besar
  • 2 keping asam gelugor
  • 4-5 tangkai daun kesum
  • 1 kuntum bunga kantan
  • 2 batang serai | titik
  • 1 inci lengkuas | titik
  • 4-5 biji tomato ceri jika suka
  • Garam, gula dan perasa secukup rasa
  • 3 sudu makan minyak masak

BAHAN KISAR:

  • 10 tangkai cili kering
  • 2 biji cili merah
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci bawang putih

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak masak dalam periuk, tumis bahan kisar hingga wangi.
  2. Masukkan air secukupnya, asam gelugor, serai titik, lengkuas.
  3. Setelah mereneh, masukkan ayam,biarkan mereneh hingga ayam masak.
  4. Masukkan daun kesum, bunga kantan, tomto ceri, garam, gula dan perasa secukup rasa.
  5. Apabila ayam empuk dan cukup rasa. Tutup api.
  6. Ayam pindang sedia dihidangkan, panas-panas.

AYAM GORENG KASTURI
BAHAN-BAHAN:

  • 1ekor ayam saiz kecil | belah empat
  • 3 helai daun limau purut
  • 1 helai daun kunyit
  • 250ml santan
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak untuk menggoreng

BAHAN KISAR:

  • 2 inci kunyit hidup
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 3 batang serai
  • 1 sudu teh serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu teh serbuk jintan putih
  • 1/2 sudu teh serbuk jintan manis

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan ayam dengan bahan kisar hingga rata.
  2. Masukkan dalam periuk, kemudian tambahkan santan, daun kunyit,limau purut.
  3. Renehkan atas atas api sederhana.
  4. Perasakan dengan garam dan kunyit secukup rasa.
  5. Tutup periuk dan kecilkan api. Biarkan mereneh lebih kurang lima minit.
  6. Setelah ayam masak, tutup api dan toskan ayam.
  7. Panaskan minyak dalam kuali, kemudian goreng ayam hingga garing.
  8. Setelah garing, angkat dan ayam sedia dihidangkan panas-panas dengan nasi panas serta sambal pencicah.

 

 

 

Published by
Norasida Myasin