Nak Masak Menu Simple Je Hari Ni? Nasi Putih Ayam Goreng Cili Masala Ler Jawapannya!

Share

Bagi anda yang suka sangat makan Nasi Ayam Goreng Kunyit tu, nah, anda pun boleh sendiri di rumah. Cuma resipi ni lebih istimewa sebab guna garam masala. Lagi kick! Bahan-bahan sangat simple. Jom cuba. Anda pasti gemarinya.

 NASI PUTIH AYAM GORENG CILI MASALA

BAHAN-BAHAN:

  • 1 mangkuk nasi putih
  • 1 keping isi dada ayam | potong dadu
  • 1 sudu teh garam masala
  • 1 sudu makan serbuk cili
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 2 ulas bawang putih | kisar halus
  • 2cm halia | kisar  halus
  • Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng
  • 3 batang kacang panjang | potong 3cm
  • 1/2 batang lobak merah | potong memanjang 3cm
  • 1/2 biji cili Banggala
  • 1/2 biji bawang Holland
  • 1 sudu makan tepung gandum

BAHAN SOS CILI:

  • 3 biji cili merah
  • 3 biji cili padi merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 biji limau nipis | ambil jusnya sahaja
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan isi ayam bersama garam masala, lada sulah, serbuk cili, serbuk kunyit, bawang putih dan halia. Kemudian tambahkan tepung gandum dan gaul lagi.
  2. Seterusnya panaskan minyak kemudian goreng ayam hingga garing, kemudian masukkan kacang panjang, lobak merah,cili Benggala. Kacau seketika dan angkat dan tapiskan minyaknya.
  3. Kemudian sediakan bahan sos. Masukkan semua bahan dalam mesin pengisar dan kisar hingga sebati.
  4. Masukkan dalam mangkuk, kemudian hidangkan bersama ayam goreng dan nasi putih tadi.
  5. Sedia dihidangkan.

INFO CHEF: Selain ayam anda boleh juga menggunakan daging, sotong atau udang.

CUBA JUGA: 

http://www.rasa.my/10-resipi-lauk-goreng-ringkas-15-minit-siap-jimat-masa-terlajak-sedap/

 

Published by
Nur