Pulut kuning sentiasa menjadi pilihan jika ada jamuan istimewa bersama keluarga mahupun jiran tetangga.
Lebih-lebih lagi, jika dimakan dengan rendang ayam yang pekat dan sedap . Tetapi jika dibuat untuk meniaga, kenalah rasanya sedap dan tahan lama.
Menerusi perkongsian di Facebook, Salmiah Baharom bermurah hati berkongsi cara untuk menyediakan pulut kuning dan rendang ayam . Malah ini resepi yang sama digunakan untuk buat jualan.
CARA BUAT PULUT KUNING
BAHAN-BAHAN:
1kg beras pulut | cuci dan rendam dengan serbuk kunyit minimum 4 jam sebelum kukus – beli online di sini
3 helai daun pandan
½ kg santan pekat – beli online di sini
Garam
1 sudu gula
TONTON Makan Di Mana Eps 17: Menu Simple, Harga Baik, Wajib Try…
TONTON Dapur Rasa Live: Daging Kerutuk
CARA-CARA:
1. Kukus beras pulut yang dah direndam bersama daun pandan. Sementara pulut masak, panaskan santan dengan api yang perlahan.
2. Kacau jangan berhenti untuk elakkan santan mendidih dan berketul (tak perlu masak sampai mendidih, cukup setakat panas untuk elakkan santan cepat basi dan pulut tahan lebih lama)
3. Masukkan garam dan gula.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
NOTA:
1) Fungsi gula bukan untuk memaniskan tapi lebih kepada untuk menyeimbangkan rasa.
2) Lebihkan sikit garam di dalam santan sebab kalau garam setakat ngam-ngam rasanya, bila dah gaul dengan pulut jadi kurang rasa masinnya.
RENDANG AYAM
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam | cuci dan goreng tapi jangan garing
*15 tangkai cili kering | potong buang biji dan rendam dalam air panas – beli online di sini
*3 batang serai – beli online di sini
*1 ½ inci halia – beli online di sini
*1 ½ inci lengkuas – beli online di sini
*1 inci kunyit hidup – beli online di sini
*5 labu bawang besar
2 paket kerisik – beli online di sini
400gm santan pekat – beli online di sini
1 paket rempah 3 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga)
Garam
Daun kunyit
Serbuk perasa
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
CARA-CARA:
1. Kisar bahan yang bertanda * . Panaskan minyak dan tumis rempah 3 sekawan.
2. Masukkan bahan kisar. Masak sampai naik minyak. Masukkan santan dan kerisik (tambahkan air panas sikit).
3. Bila dah mendidih, masukkan ayam yang dah digoreng. Masukkan daun kunyit, garam dan perasa. Masak sampai kuah menjadi pekat.
Kredit resipi: Salmiah Baharom
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa :
Resipi Mudah Agar-Agar Bunga Telang Bersama Sagu Bersusu
Cara Ringkas Masak Gulai Nangka Muda & Ayam Masak Lemak Cili Api
Resipi Mudah & Sedap Cara Masak Hati, Perut, Limpa & Paru Sempena Aidiladha
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official :
VIDEO
VIDEO
VIDEO
Mayones homemade ni banyak gunanya dalam masakan. Boleh letak dalam inti sandwic , guna untuk hasilkan telur dadar gebu dan banyak lagi. Malah rasanya sama je macam yang kita beli di pasaraya tu. Bila dah pandai buat sendiri ni, tak perlu dah beli lagi. Boleh ajak anak-anak untuk sama-sama buat mayones homemade ni. Pasti seronok. Jom tengok resipi perkongsian saudari Assalamualaikum Hai Saya Reen .
CARA HASILKAN MAYONES HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
2 biji telur saiz sederhana 1 1/2 sudu besar gula 2 sudu besar cuka makan (bole tukar dengan jus lemon) 1 sudu kecil garam 1cawan minyak masak – nak guna minyak zaitun pon boleh CARA MEMBUAT:
Satukan semua bahan dan kisar hingga menjadi putih. Panaskan kuali menggunakan api paling kecil dan masukkan bahan kisar tadi. Masak seketika dan gaul sentiasa hingga adunan menjadi pekat dan kelihatan berketul-ketul. Pastikan api perlahan supaya mayones tidak hangit. Padamkan api dan masukkan kembali bahan tadi ke dalam pengisar. Kisar sekali lagi hingga adunan menjadi benar-benar halus. Boleh masukkan mayones ke dalam bekas bersesuaian dan simpan dalam peti sejuk. Selamat mencuba!
Kredit resipi & foto: Assalammualaikum Hai Saya Reen
Puding merupakan antara pencuci mulut yang menjadi pilihan ramai tanpa mengira usia. Memang sedap puding ni bila dimakan sejuk-sejuk kan? Buat anda yang suka makan puding, kami kongsikan 19 resipi yang boleh anda cuba hujung minggu ini. Selamat mencuba!
AGAR-AGAR ABC
BAHAN A:
BAHAN B:
30gm agar-agar 1600ml air 1 tin susu cair – beli online disini 300gm gula ½ tin krim jagung campur sedikit pewarna kuning 100gm kacang merah campur sedikit pewarna merah jambu 100gm cendol campur sedikit pewarna hijau CARA MEMASAK:
Satukan bahan A, masak hingga mendidih. Tapiskan dan tuang ke dalam loyang. Biarkan sejuk. Satukan bahan B (air, agar-agar dan gula), masak sehingga larut. Kemudian, masukkan susu. Kacau rata. Angkat dan bahagikan kepada tiga bahagian(satu bahagian campurkan dengan krim jagung, satu bahagian kacang merah dan satu bahagian dengan cendol). Cakarkan permukaan A, tuangkan campuran jagung. Biarkan beku. Tuangkan pula lapisan cendol di atasnya dan biarkan beku. Akhir sekali, tuangkan lapisan kacang merah di atas lapisan jagung dan biarkan beku.
AGAR-AGAR CENDOL
BAHAN A : LAPISAN CENDOL
750ml air 170gm gula 10gm agar-agar 250ml santan 1 sudu makan tepung jagung Cendol secukupnya BAHAN B: LAPISAN GULA MELAKA
750ml air 250gm gula melaka | diracik halus 10gm agar-agar 250ml santan CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan bahan A; masak air, gula dan agar-agar hingga larut. Satukan santan dan tepung jagung, kacau agar tidak bergentel. Tapiskan dan tuangkan ke dalam agar-agar. Masak sebentar hingga mendidih. Angkat dan biarkan suam baru masukkan cendol. Biarkan ianya keras. Untuk menyediakan bahan B; masak air, gula melaka dan agar-agar hingga larut. Masukkan santan, kacau sebentar. Akhir sekali, tuangkan ke atas lapisan cendol yang telah keras.
PUDING SUSU OREN
BAHAN A: LAPISAN PUDING
4gm agar-agar 200ml air 300ml susu 6 sudu besar gula (ikut sesuai) 50ml jus oren Pewarna kuning BAHAN B: LAPISAN JERNIH
4gm agar-agar 500ml air 6 sudu besar gula 50ml jus oren CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan lapisan puding. Masak agar-agar, gula dan air hingga mendidih. Masukkan susu,jus oren dan pewarna. Angkat. Masukkan dalam acuan dan biarkan sejuk dan keras. Untuk menyediakan lapisan jernih. Masak agar-agar, gula dan air sehingga mendidih. Masukkan jus dan sedikit pewarna. Cakarkan lapisan puding dan tuangkan lapisan jernih. Buat kaedah serupa sehingga habis.
PUDING MANGGA
BAHAN-BAHAN:
1 liter susu segar 10gm agar-agar Sedikit perisa mangga Sedikit pewarna kuning 200gm gula 1 biji buah mangga | isinya dipotong dadu CARA MEMASAK:
Masukkan agar-agar, gula, susu dan masak hingga gula larut. Masukkan perisa mangga dan pewarna. Kacau perlahan hingga mendidih. Sediakan acuan dan tuangkan agar-agar di dalam. Taburkan buah mangga yang telah dipotong dadu.
AGAR-AGAR RINTIK PANDAN
BAHAN A:
1/2 sudu makan agar-agar serbuk 250ml santan cair 1 sudu makan gula pasir Sedikit pewarna hijau BAHAN B:
1/2 sudu besar agar-agar 500ml air 100gm gula merah 1 sudu makan tepung kastard | campur 2 sudu makan air – beli online disini 2 helai daun pandan CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan bahan A; Campurkan semua bahan dan masak sehingga mendidih. Tuangkan ke dalam loyang dan biarkan keras. Potong kecil-kecil dan biarkan sebentar. Untuk menyediakan bahan B; Masak air, daun pandan, gula merah dan agar-agar hingga larut. 5. Masukkan tepung kastard. Masak hingga mendidih. Angkat dan tuangkan ke dalam loyang yang telah berisi dengan potongan agar-agar tadi. Sejukkan.
PUDING JELI POLKADOT
BAHAN-BAHAN:
10gm agar-agar 500ml air 1/2 tin susu cair 100gm gula 1 sudu makan tepung kastard 1 1/2 sudu besar pati buah Fruity jelly secukupnya CARA MEMASAK:
Masak agar-agar dengan air hingga larut. Masukkan gula dan masak hingga larut. Angkat dan masukkan bancuhan susu cair dan tepung kastard. Masak seketika. Susun jeli di dalam acuan dan tuangkan agar-agar perlahan-lahan.
AGAR-AGAR PERMATA
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
Satukan semuanya dan masak hingga mendidih. Ambil tiga senduk dan di tetakkan dalam mangkuk berasingan dan campurkan dengan tiga warna kesukaan anda. Sejukkan kemudian dipotong dadu. Panaskan sebentar lebihan agar-agar tadi. Letakkkan agar-agar yang telah dipotong ke dalam bekas dan tuangkan agar-agar lebihan tadi.
PUDING JAGUNG MANIS
BAHAN-BAHAN:
15gm agar-agar 700ml air 150gm gula 200ml susu cair | dikisar halus 1 tin kecil jagung | dikisar halus 1 sudu makan tepung kastard | dikisar halus CARA MEMASAK:
Masak agar-agar hingga hancur dan masukkan gula. Masukkan susu cair, jagung dan tepung kastard. Sebatikannya, tuangkan ke dalam agar-agar dan masakkan seketika. Tuangkan dalam acuan kemudian sejukkan.
PUDING MARBLE
BAHAN-BAHAN:
10gm agar-agar 1/2 tin susu cair | dikisar 1/2 tin susu pekat | dikisar – beli online disini 1 biji telur | dikisar 2 keping roti | dikisar 4 sudu makan gula 500ml air Esen vanilla Pewarna CARA MEMASAK:
Masak agar-agar dan air hingga larut. Masukkan gula dan masak hingga mendidih. Masukkan bahan kisar serta perlahankan api. Angkat dan bahagi kepada beberapa warna. Tuangkan ke dalam loyang dan lorekkan agar ianya bercampur.
PUDING BUAH
BAHAN-BAHAN:
20gm agar-agar 1 liter air 1 tin susu cair 200gm gula 200ml sirap buah koktel 2 sudu makan tepung kastard CARA MEMASAK:
Masak agar-agar hingga larut. Masukkan gula dan biarkan ianya mendidih. Masukkan sirap, susu cair dan tepung kastard. Masukkan buah koktel. Biarkan sebentar. Tuangkan ke dalam acuan.
AGAR-AGAR SANTAN
BAHAN-BAHAN :
10gm agar-agar 1 liter air 1 ketul gula melaka 100gm gula pasir 200ml santan | dipukul sedikit 1 biji telur | dipukul sedikit 2 helai daun pandan CARA MEMASAK:
Masak air dengan gula melaka dan daun pandan hingga larut. Tapiskan. Sukatkan air gula itu menjadi 1 liter. Masakkan air gula tadi dengan agar-agar hingga agar-agar larut. Kecilkan api dan masukkan campuran santan telur dan gula pasir. Tunggu hingga menggelegak. Bila menggelegak, biarkan seketika dan kacau. Tuangkan ke dalam loyang dan sejukkan.
AGAR-AGAR KACANG MERAH
BAHAN-BAHAN:
10gm agar-agar 250ml air 750ml susu cair 200gm gula pasir 100gm kacang merah (rendam dan rebus hingga empuk) Sedikit pewarna (jika suka) CARA MEMASAK
Kisar kacang merah yang telah di rebus. Ketepikan. Masak agar-agar, susu cair, air dan gula sehingga mendidih. Masukkan kacang merah. Masak hingga mendidih dengan api perlahan. Angkat dan tuangkan ke dalam acuan.
AGAR-AGAR BUAH NAGA
BAHAN-BAHAN:
200gm buah naga |ambil isi dan blend 10gm agar-agar serbuk 125 gm gula pasir 900ml air Sedikit esen ros CARA MEMASAK:
Masak agar-agar, air dan gula hingga mendidih. Masukkan isi buah naga yang di blend dan biarkan ianya mendidih seketika. Angkat dan masukkan esen ros. Tuangkan ke dalam acuan.
PUDING SUSU
BAHAN-BAHAN:
10gm agar-agar 600ml air 1/2 tin susu pekat Sedikit pewarna CARA MEMASAK:
Masak agar-agar dan air hingga larut. Masukkan susu pekat dan pewarna. Angkat dan tuangkan ke dalam acuan.
JELI KELAPA MUDA
BAHAN-BAHAN:
10gm agar-agar 1 cawan air 4 1/2 cawan air kelapa muda 3/4 cawan gula Isi kelapa muda yang dipotong halus. CARA MEMASAK:
Masak agar-agar dan 1 cawan air hingga hancur. Masukkan gula dan masak hingga gula hancur. Campur air kelapa dan masak sebentar. Tuangkan ke dalam bekas yang telah diisikan dengan kelapa yang dipotong halus. Masukkan jeli ini dalam peti sejuk, keluarkan bila ingin menghidangkannya.
PUDING MILO
BAHAN-BAHAN:
10gm agar-agar 750ml air 150 gm gula 1 tin susu cair 3/4 cawan serbuk milo CARA MEMASAK:
Masak agar-agar dan air hingga larut. Masukkan gula dan masak hingga mendidih. Masukkan susu cair. Angkat dan masukkan serbuk milo. Masak seketika. Angkat dan tuangkan ke dalam acuan.
PUDING SAGU BERSANTAN
BAHAN-BAHAN:
BAHAN A:
1 mangkuk sagu 3 cawan air (kalau pekat boleh tambah air) 1 ½ cawan gula Sedikit pewarna Daun pandan BAHAN B:
200ml santan kotak 1 tin susu cair 1 ½ cawan air Sedikit garam Daun pandan CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan bahan A. Didihkan air,pewarna, gula dan daun pandan hingga gula larut. Masukkan sagu dan kacau sehingga pekat dan tambah air jika perlu. Masak hingga hilang putih di tengah-tengah sagu. Untuk menyediakan bahan B. Campurkan semua dan didihkan sekejap ( kalau boleh tambah air).
AGAR-AGAR LAPIS SANTAN
BAHAN-BAHAN:
BAHAN A:
10 gm agar-agar 1200ml air 200gm gula Pewarna- hijau, merah, kuning, biru, purple BAHAN B:
10gm agar-agar 400ml santan 800ml air 200gm gula CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan bahan A; masakkan bahan A hingga larut. Tapis dan ketepikan. Untuk menyediakan bahan B; masakkan bahan B kecuali santan hingga larut. Bila mendidih baru masukkan santan dan biarkan sebentar. Angkat dan tapiskan. Cara Melapis, sukat 250ml agar-agar (A) letak sedikit pewarna dan tuangkan dalam loyang dan biarkan keras. Cakarkan sedikit. Sukat 250ml agar-agar (B) dan tuangkan ke atas agar-agar lapisan A. Begitulah juga dengan lapisan seterusnya untuk warna yang berlainan.
PUDING ROTI COKLAT SUSU
BAHAN-BAHAN:
8 keping biskut jagung 2 keping roti 300ml susu cair 2 biji telur ½ cawan susu pekat 2 sudu besar serbuk koko – beli online disini CARA MEMASAK
Kisar roti, biskut jagung dan susu cair. Masukkan telur dan susu pekat. Kisar lagi hingga licin. Bahagi kepada dua bahagian. Satu bahagian dimasukkan serbuk koko dan satu bahagian dibiarkan warna asal. Panaskan kukusan dan kukuskan bahagian serbuk koko. Bila sudah masak, tuangkan pula bahagian yang bewarna asal. Kukus hingga masak. Angkat dan sejukkan.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA :
Cara Masak Asam Pedas Ayam Yang Enak & Menyelerakan
6 Resipi Kuih Untuk Minum Petang Yang Mudah & Sedap
Cara Buat Ayam Goreng 65 Tanpa Pewarna. Rangup & Memikat Selera!
Lebih Jimat & Berkhasiat, Jom Buat Air Soya Homemade
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official:
Sambal bilis santan ini boleh jadi pilihan pencicah yang sedap selain air asam atau sambal belacan sekiranya menghidangkan ulam.
Menurut Noor Lieni yang berkongsi resipi ini, sambal ini antara hidangan orang lama namun diolah mengikut caranya. Enak dicicah dengan pucuk paku atau pucuk betik tapi boleh saja dimakan dengan ulam lain.
Resipi Sambal Bilis Santan Bahan-bahan Ikan bilis kasar -dibersihkan
1 kotak kecil santan
1 biji bawang besar -dipotong kasar
Cili padi hijau
Garam
Gula
Serbuk perasa
Air asam -secukupnya
Bahan kisar 1 genggam cili kering
1 bii bawang besar
3 ulas bawang putih
Sedikit ikan bilis
Baca: Cara Buat Sambal Bilis Garing Salted Egg, Makan Dengan Telur Mata & Nasi Putih Saja Pun Dah Sedap
Cara memasak sambal bilis santan 1. Tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
2. Tuang santan dan kacau rata.
3. Selepas mendidik masukkan ikan bilis kasar bersama bawang besar yang dipotong. Tumis hingga pecah minyak sekali lagi.
4. Masukkan air asam jawa dan perasakan dengan garam, gula serta serbuk perasa.
5. Akhir sekali masukkan cili padi dalam sambal untuk rasa pedas. Kacau seketika dan tutup api. Sedia dihidangkan dengan ulam.
Kredit resipi & foto: Noor Lieni
Baca: Tip Buat Sambal Bilis Kacang Yang Sedap, Rangup & Tahan Berminggu-Minggu
Dapatkan Santan Sedia Guna sekarangTak perlu risau santan basi, gunalah Santan Sedia Guna ini. Pekat, wangi, dan tahan lama!
Beli Sekarang