Ikan dori merupakan ikan yang menjadi pilihan jika ingin memasak menu sweet and sour ataupun masak lemon. Selain itu, ikan dori juga enak dimasak buttermilk. Cukup rasa pedas, masin dan berlemaknya.
Ikan dori sering menjadi pilihan kerana teksturnya yang lembut. Buat fish and chips memang sedap, apatah lagi masak buttermilk. Tak pandang lauk lain dah. Makan begitu saja pun sedap.
BAHAN-BAHAN:
5 keping ikan dori (boleh dipotong dua untuk kepingan lebih kecil)
½ cawan tepung Bestari – Boleh beli online di sini
5 ulas bawang putih (ditumbuk)
7 biji cili padi (dihiris) – Boleh beli online di sini
5 tangkai daun kari – Boleh beli online di sini
3 sudu besar butter (boleh lebihkan jika nak lebih rasa creamy)
½ ketul kiub pati ayam
½ tin susu cair – Boleh beli online di sini
CARA MEMASAK:
Bersihkan ikan dori. Boleh dipotong kepada potongan lebih kecil begini jika mahu.
Bancuh tepung Bestari dengan sedikit air. Bancuhan tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat. Cukup untuk menyalut setiap kepingan ikan dori.
Goreng ikan dori sehingga masak. Ketepikan.
Panaskan kuali, letakkan butter. Api kecil sahaja. Tak perlu tunggu butter cair, terus masukkan bawang putih dan cili padi yang telah ditumbuk. Sebab nanti butter akan cepat hangus.
Masukkan pula daun kari. Tumis lagi dengan api sederhana.
Curahkan setengah tin susu cair, dan gaul rata. Jika nak lebih kuah, boleh tambahkan lagi susu cair.
Renehkan sekejap saja dan tutup api. Tak perlu garam sebab kiub ayam tadi dah cukup rasa masin.
Tunggu kuah sejuk seketika, dan boleh dicurahkan di atas ikan dori yang telah digoreng tadi. Kuah akan menjadi pekat apabila telah sejuk. Sedia untuk dinikmati.
Memang cukup rasa pedas, lemak, masin, berkrimnya. Tak perlu lauk lain dah. Selamat mencuba!
[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official