Adakala, jika teringin menikmati nasi lauk kenduri, kita boleh masak sendiri saja jika tiada jemputan. Nikmat betul dapat merasa pesamah daging, bersama nasi minyak dan acar jelatah.
Menurut Qasih Jue Aisyah yang berkongsikan resipi Pesamah Daging, sebelum ini pesamah daging terkenal di sebelah utara. Hanya boleh dinikmati jika ada majlis kenduri kahwin. Kini, masakan ini semakin sukar untuk ditemui pesamah daging dan nasi minyak kuning ini. Jadi, jika teringin bolehlah masak sendiri.
Jom ikuti perkongsian resipi Pesamah Daging daripada Qasih Jue Aisyah yang tampak begitu menyelerakan ini.
Daging digaulkan dengan bahan kisar, rempah daging, gula merah, serbuk lada hitam kasar dan kerisik.
Panaskan minyak masak dan tambah minyak sapi. Tumiskan bahan tumis tadi sampai wangi dan agak garing.
Masukkan daging yang digaul tadi. Tambahkan air untuk empukkan daging. Masak sampai daging lembut dan betul-betul pecah minyak. Bahagian ini mengambil masa yang agak lama, lebih kurang sejam lebih sebab nak renehkan daging sampai lembut.
Apabila daging dah lembut dan pecah minyak, masukkan santan, susu cair, air asam jawa dan garam.
Masak lagi dengan api perlahan sampai betul-betul pecah minyak dan kuah menjadi pekat.
Dah siap.
Ads
Untuk membuat nasi minyak pula, masak nasi seperti biasa. Cuma letakkan sedikit pewarna kuning.
Sedar tak sedar, Rasa Ketuhar Kuali sudah di episod ke 3, pelbagai resipi dah di masak dan kesemuanya sangat mudah dan sedap. Untuk episod ke 3 ni, Adam Didam dan Aunty Aini akan kongsikan 3 resipi istimewa seperti Gambas Bersama Roti, Stew Daging & pencuci mulut Puding Epal Pir. Menarik kan? Ingat pesanan Aunty Aini “jangan lupa cuba tau!”
Ada bermacam jenis resipi rendang tapi yang mana satu pilihan hati. Min dah rasa semua rendang ni, memang betul-betul umpph. Bila dah terhidang rendang di meja, aroma berempah wangi boleh ‘terkecur’ air liur.
Lauk rendang ni memang terbaiklah kalau dihidang di hari Lebaran nanti. Cer tengok ada resipi rusa sekali, ni opsyen aje boleh aje ganti daging.
Bila dah ngadap ni dah tak pandang kiri kanan lagi dah. Cubalah…
1.RENDANG TULANG RUSUK RUSA
BAHAN-BAHAN :
1 kg tulang rusuk rusa `
Bahan dikisar :
1.5 sm halia
2 batang serai /dihiris sebelum dikisar
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
300 gm lengkuas
5 helai daun limau purut
200 gm cili kering/direbus terlebih dahulu
1 biji santan kelapa
100 gm kerisik
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
Air secukupnya (menutupi tulang)
CARA MEMASAK : 1. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan-bahan dikisar. Tumis hingga naik bau. 2. Masukkan tulang rusuk rusa dan air secukupnya. 3. Gaul sebati dan biarkan mendidih, biarkan daging lembut. 4 .Masukkan santan dan kerisik. 5. Masukkan gula dn garam secukup rasa 6. Masak hingga kuah menjadi pekat 7. Sedia untuk dihidang
Saiz hidangan : 7- 8 orang Masa memasak : 50 minit – 1 jam Cara memasak : Tumis dan reneh Jenis masakan : Lauk utama Keistimewaan : Hidangan eksotik yang kurang lemak, kalori dan kaya zat besi Anggaran kos : RM 50
INFO CHEF :Jika anda ingin memakan daging yang amat kurang lemak dan kalori, daging rusa adalah pilihan terbaik cuma harganya agak mahal sedikit.
CARA MEMASAK : 1. Pijarkan minyak dalam kuali. Tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga naik bau dan garing. 2. Setelah itu masukkan serbuk jintan manis, jintan putih,cili padi, serai dan sedikit air untuk mengelakkan dari kering. 3. Kemudian masukkan bahu kambing, kacau rata biarkan rencah sebati dengan daging, masukkan air rebusan kambing secukupnya. Apabila air daging hampir kering masukkan santan. 4. Seterusnya masukkan daun kunyit dan kerisik. Masukkan garam dan gula secukup rasa apabila daging sudah empuk. 5. Makanan sedia untuk dihidang
Saiz hidangan : 10 orang makan Waktu memasak : 1jam Cara memasak : Tumis dan reneh Jenis hidangan : Lauk utama Keistimewaan : Rendang sedap dimakan bersama ketupat, nasi impit dan leman Anggaran kos : RM 45
INFO CHEF: Biarkan daging mereneh lama, agar ia benar-benar
3.RENDANG DAGING KERBAU
BAHAN-BAHAN:
1kg daging kerbau | dihiris lebar
1liter santan pekat
500ml santan cair
4 sudu makan kerisik
3 batang serai | dititik
3cm lengkuas | dititik
1 sudu makan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis secukupnya
Bahan Kisar:
10 biji bawang merah
10 tangkai cili kering
6 ulas bawang putih
2cm halia
3cm kunyit hidup
3 batang serai
CARA MEMASAK: 1. Bersihkan daging dan toskan. 2. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak. 3. Masukkan daging, kacau rata, dan biarkan air daging keluar. 4. Setelah air daging kering masukkan santan cair, biarkan mereneh hingga daging empuk. 5. Masukkan pula santan pekat, air asam, garam dan gula secukupnya. 6. Apabila timbul minyak, kecilkan api dan masukkan kerisik. 7. Teruskan kacau hingga kuah rendang pekat atau kering. Bergantung kepada citarasa anda.
INFO CHEF: Daging kerbau popular di negeri Pahang dijadikan hidangan lauk utama di Hari Raya dan juga kenduri kahwin.
Saiz hidangan: 12-15 orang. Jenis hidangan: Lauk pauk. Waktu memasak: 1 jam. Cara masak: Tumis dan reneh. Keistimewaan: Rasa daging lebih kenyal dan enak dihidangkan bersama lemang. Anggaran kos: RM30.
4. RENDANG PEDAS UDANG
BAHAN-BAHAN:
1kg udang saiz XL |dibersihkan dan tos
1liter santan pekat
2 helai daun kunyit | dicarik-carik
3 batang serai | dititik
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
Bahan Kisar:
10 tangkai cili kering
3 tangkai cili kering
8 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
2cm halia
3cm lengkuas
3cm kunyit hidup
CARA MEMASAK: 1. Masukkan santan dalam kuali bersama bahan kisar. 2. Masak sehingga kuah hampir pekat. 3. Seterusnya, masukkan udang, daun kunyit, serai, asam gelugor, garam dan gula secukupnya. 4. Kecilkan api dan kacau selalu sehingga rendang kering. 5. Sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Untuk rasa udang yang lebih manis, goreng udang seketika dan ketepikan. Masukkan bila kuah rendang hampir kering.
Saiz hidangan: 10 orang. Jenis hidangan: Lauk pauk…. Waktu memasak: 35 minit. Cara masak: Reneh. Keistimewaan: Enak dan pedas sesuai dimakan bersama lemang atau ketupat. Anggaran kos: RM40.
5.RENDANG DAGING TOK PERAK
BAHAN-BAHAN :
1 1/2 kg daging/dipotong ikut saiz dikehendaki
3 liter santan kelapa
1 biji kelapa parut/disangai jadi kerisik
Sedikit isi kelapa / dihiris kecil jadikan kepingan dan disangai
2 helai daun kunyit /dicarik
3-4 helai daun salam/dicarik
3 batang serai /dititik
1 batang kulit kayu manis
4 biji bunga lawang
10 biji bunga cengkih
1 1/2 keping gula nipah/kabung atau melaka
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menumis
Bahan disangai/goreng tanpa minyak :
1 1/2 sudu makan jintan manis
1/2 sudu makan jintan putih
2 sudu makan biji ketumbar
Bahan dikisar :
20 biji cili kering/rendam dahulu
1 sudu teh lada hitam
1 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
3 sm lengkuas
5 sm halia
3 sm kunyit hidup
Bahan yang disangai tadi/dikisar sekali
CARA MEMASAK : 1. Perapkan daging dengan sedikit bahan kisar. 2 .Panaskan minyak dan tumiskan serai, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan baki bahan kisar. Tumiskan rempah hingga wangi. 3. Masukkan daging yang diperap beberapa jam tadi. Kacau. 4. Masukkan santan, gula Melaka/kabung, separuh dari kerisik, daun salam dan daun kunyit yang telah dicarik. Kacau sedikit dan biarkan ia masak, tambah air jika perlu. 5. Bila daging empuk masukkan semua baki kerisik dan kepingan kecil kelapa yang disangai tadi, kacaukan. Masakkan rendang tok ini biar betul-betul kering. 6. Hidangkan panas-panas
Saiz hidangan : 10 orang Masa memasak : Satu jam Cara memasak : Tumis dan reneh Jenis masakan : Lauk utama Keistimewaan : Rendang Tok popular di negeri-negeri utara Anggaran kos : RM 40
INFO CHEF: Rempah yang disangai menerbitkan rasa wangi dan aroma rempah yang lazat. Pilih daging batang pinang, jika mahu rendang yang cepat empuk dan sedap.
Daging Masak Cili Kering ni sangat mudah dibuat. Bahan-bahan rencahnya paling ringks tapi sangat sedap.
Untuk memasaknya, anda hanya perlukan bawang merah dan cili kering sebagai rencah utama. Tak perlu yang lain. Tiada sos yang diguna. Untuk menambah rasa pun, cukup sekadar perasa asas seperti garam, gula dan juga perasa.
Bagi anda yang nak cuba resipi perkongsian saudari Nana Ereena ni, pasti puas hati dengan rasanya. Paling sedap makan bersama nasi putih panas. Gaul-gaul sambalnya dengan nasi, memang padu. Jika nak tambah petai, pun boleh. Ikut selera masing-masing. Selamat mencuba!
CARA MASAK DAGING MASAK CILI KERING PALING SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
400gm daging
1 genggam cili kering – beli online disini
3-4 biji bawang merah – beli online disini
2 batang serai
Garam, gula & perasa secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
1.Hiris daging kemudian rebus hingga empuk. Angkat dan toskan airnya.
2.Panaskan minyak dalam kuali. Goreng hirisan bawang merah hingga wangi. Angkat dan toskan minyaknya.
3.Kemudian masukkan cili kering. Goreng lagi hingga bertukar warna. Angkat dan toskan minyaknya.
4. Masukkan bawang dan cili kering yang digoreng tadi ke dalam pengisar. Masukkan sedikit air dan kisar hingga halus. Boleh juga kisar guna minyak gorengan tadi.
5.Tumis kembali bahan kisar tadi hingga pecah minyak. Masukkan serai. Tumis lagi hingga wangi.
6. Seterusnya masukkan daging yang telah direbus empuk tadi. Gaul sebati.
7.Perasakan dengan garam, gula dan perasa dengan secukupnya.
8.Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.