Nak masak mi goreng ni kalau nak sedap, kena bermula daripada pemilihan mi selain daripada resipi yang super sedap. Mengikut Ben Safwan dalam perkongsian resipi di laman FB nya bila memilih mi kena pilih yang kurang kapur.

Mi yang kurang kapur tu nampak tak berminyak dan nampak segar, dan biasanya tempoh luputnya cepat. Bagi ben mi atau bihun goreng kena masukkan daging baru sedap kerana air daging yang keluar tu memang menyedapkan rasa.

Ben sarapan mee goreng ajeee.Maaflah awal-awal pagi dah muncul. Perut mudah lapar.. Akak sarapan apa tu? Kena makan walau diet punResepi untuk 450-500 gram mee ( 1 bungkus mee )

Bagi Ben,mi atau mihun goreng kena masukkan daging.Baru sedap air daging turun tu.

MI GORENG SEDAP ALA BENNak Mi Goreng Sedap, Ben Safwan Berkongsi Tip & Rahsianya
.

IKLAN

BAHAN-BAHAN :

  • 450gm-500gm mi kuning (sebungkus) | tos bersih dulu

Bahan Kisar :

  • 1 1/2 sudu makan cili kisar
  • 1 1/2 biji bawah merah saiz ping pong*
  • 2 ulas bawang putih saiz kecil*

bahan bertanda * dikisar 90 peratus halus

IKLAN

Bahan Lain :

  • 200-300gm daging
  • 1 1/2 sudu makan sos tomato
  • 2 1/2 sudu makan sos cili
  • 2 sudu makan kicap manis
  • 1 sudu makan kicap pekat
  • Sawi, taugeh, kucai (ikut nak pilih yang mana)
  • Hirisan daun bawang
  • Hirisan cili merah
  • Bawang goreng
  • Limau nipis

CARA MEMASAK :
1. Tumis bahan kisar biar kuning masak elok,baru tambah cili kisar.Masak hingga pecah minyak.Buh daging.Masak je daging letak segala sos yang diperlukan.
2. Masukkan udang dan tomato. Akhir sekali,masuk mi,sayur dan balik-balikkan hingga mi terpalit elok.
3. Taburkan daun bawang/sup, bawang goreng dan cili. Sedap dihidang dengan sambal

Nak Mi Goreng Sedap, Ben Safwan Berkongsi Tip & Rahsianya
Nak Mi Goreng Sedap, Ben Safwan Berkongsi Tip & Rahsianya
.

IKLAN

Kredit foto & resipi : FB Ben Safwan
#resepibensafwan

ANDA SEDANG MENCARI PERKAKAS DAN PERALATAN DAPUR DAN RUMAH SECARA ONLINE, JOM LAYARI DI SINI.

ANDA MUNGKIN MEMINATI RESIPI INI : 

DAN JUGA RESIPI INI :

Cara Buat Mi Udang Nyonya Paling Sedap

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI