Selalu hadapi masalah buat pastri kulit karipap tak rangup, mudah lemau, terlembik atau keras sangat. Jangan risau, ini ada cara senang nak buat pastri karipap yang rangup, dan tak mudah lemau. Kepada penggemar karipap boleh cuba ni.
1. Guna Sukatan Yang Betul
.
Ini penting, sebelum mula menguli pastikan sukatan bahan adalah betul. Contoh untuk 10 biji karipap, korang perlukan 200gram tepung protein tinggi, ½ sudu teh garam, 2 sudu makan marjerin serta70ml air suam. Penambahan garam dan marjerin menjadikan kulit karipap lebih sedap dan sedikit lemak.
Sementara air suam menbantu menjadikan kulit rangup. Jika ingin membuat dalam jumlah lebih banyak, korang hanya perlu tambah sukatan ikut keperluan. Pastikan semasa mencanai, pasti jangan terlalu nipis atau tebal, kerana kalua nipis akan mudah terkoyak dan tebal kurang rangup.
2. Adun Bahan Dengan Cara Yang Betul
.
Semasa mengadun korang kena ikut step yang betul, mulakan dengan mencampurkan tepung, garam dan marjerin, adun hingga menjadi seperti serbuk roti. Kemudian tambahkan air suam sedikit demi sedikit sambal terus adun hingga sebati,
Ads
3. Adunan Jangan Terlalu Keras Semasa Diadun
Menguli kulit karipap tidak seperti menguli adunan roti. Adunan tidak boleh terlalu keras kerana adunan yang terlalu keras akan menyebabkan kulit tidak rangup.
4. Canai kulit karipap dengan betul dan sebati.
.
Ads
Canai kulit karipap hingga sebati, oleh itu jangan takut untuk mencanainya adunan berulang kali dan nipis sebelum sedia diterap dengan acuan karipap. Untuk mengelakkan kulit karipap yang dicanai melekat pada papan pencanai atau rolling pin, korang sapukan tepung pada rolling dan papan pencanai.
5. Inti Karipap Jangan Terlalu Basah
.
Ingat ye, bukan hanya kulit, inti juga mempengaruhi kerangupan kulit karipap, jika menggunakan inti yang terlalu basah atau masih panas ia menyebabkan kulit karipap lembek. Oleh itu semasa menumis korang masukkan sedikit saja air, sekadar untuk memasak dan melembutkan kentang saja. Perlu diingatkan pastikan inti sejuk sebelum dimasukkan dalam kulit karipap ye.
Ads
7. Semasa Menggoreng Siramkan Karipap Dengan Minyak Goreng
Semasa menggoreng, korang sambil membalik-balikkan karipap, korang juga boleh siramkan bahagian atasnya dengan minyak goreng tersebut untuk membantu kulit kembang dan rangup.
Macam mana korang senangkan, lepas ni bolehlah buat sendiri dan makan lebih puas. Kalau buat lebih, boleh frozenkan dan ganya perlu goreng bila teringin.
NAK MUDAH DAN CEPAT MENGGORENG KARIPAP, BOLEH CUBA SEMAK PELBAGAI JENIS AIR FRYER DI SINI. MUDAH AJE BELI ONLINE
Takde mood betul kalau nak masak tiba-tiba pisau tumpul. Nak memotong bahan untuk memasak pun jadi macam penat sebab terpaksa gunakan tenaga lebih semasa memotong. Kali ni saya nak kongsikan tips pisau kekal tajam supaya lepas ni bila korang nak masak dah tak bad mood dah.
Korang pernah tak potong bawang, mata terasa pedih? Itu sebenarnya tanda yang pisau korang tu tumpul tau bukan sebab bawang tu bagus atau segar.
Pertama sekali, korang kena pastikan asah pisau seminggu sekali untuk kekalkan ketajaman pisau. Setiap kali sebelum memotong bahan masakan, korang kena pastikan yang hujung pisau tajam jika tidak, asah dahulu.
Cara nak mengasah pisau pun kena betul tau, ada tips sikit untuk cara mengasah ni, boleh letakkan sedikit minyak kelapa pada batu asahan untuk memudahkan cara pengasahan. Paling penting sekali, megasah pada satu arah sahaja, jika bermula dengan tarik pisau ke belakang teruskan mengasah dengan cara begitu sehingga selesai.
Gunakan papan pemotong yang betul semasa memotong bahan masakan. Boleh pilih sama ada gunakan papan pemotong kayu ataupun plastik mengikut kesesuaian yang korang suka.
Tips seterusnya, pastikan cuci bersih, bilas dengan air suam dan lap sehingga kering dan barulah di simpan. Elakkan cuci pisau menggunakan mesin pencuci pinggan kerana boleh merosakkan pisau itu.
Dengan penjagaan yang betul, korang dah tak perlu kerap beli pisau baru haa jimat sikit duit. Pisau pun boleh pakai lama, nak masak pun dah tak stress sebab pisau sentiasa tajam.
Kredit: Dwi Ratih (ibupedia)
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Bila makan tak berpantang, makan semua sedap berselera. GOUT memang datang menangkaplah kalau tak jaga makan. Cara mudah nak rawat GOUT paling senang. Bahan yang senang dicari, mudah dibuat, rasanya pun sangat sedap. Ikut cara ini.
PETUA GOUT
Bahan:
1. 1 tin jus nenas (ikut apa2 jenama pun)
2. 1.5 liter air mineral tutup biru / hijau. Osmosis berbalik tak boleh guna.
3. Campurkan air nenas tin ke dalam air mineral 1.5liter. Jika berlebihan pada air mineral anda kena minum sedikit terlebih dahulu elakkan air tumpah.
4. Bacaan Bismillah 11x.
5. Selawat Nabi 11x.
6. Al-Fatihah keatas Nabi Muhammad 1x.
7. Habiskan air campuran nenas tersebut 1.5liter dalam masa 2-3jam.
8. Ulang semula kaedah diatas jika kesan bengkak dan sakit GOUT menunjukkan pengurangan.
9. Tidak boleh lebih dari 3 botol dalam sehari.
Kongsi resipi: Sahrizal Miswan, Pusat Terapi Al-Jawahir, Shah Alam
Anda jenis membeli barang dapur dalam jumlah yang banyak, termasuk kentang. Namun ada ketikanya anda tidak banyak menggunakan kentang dalam masakan sehingga stok kentang terbiar lama dan busuk tanpa disedari. Hal ini merugikan, untuk mengelakkan dari membazir anda boleh amalkan petua yang RASA kongsikan ini supaya kentang tahan lebih lama dan tidak busuk.
Pilih Yang Segar
Semasa membeli kentang pilih yang masih segar agar aia tahan lebih lama. Pastikan kentang juga tidak bertunas, teksturnya keras dan tidak ada tanda-tanda busuk. Elakkan kentang berwarna hijau, itu menunjukkan ia masih belum matang dan kurang sedap. Sebaiknya beli kentang berwarna kekuningan dengan permukaan yang licin.
Jika terbeli banyak dan kentang dalam simpanan kelihatan kurang segar, asingkan atau buang yang busuk. Kentang yang tinggal perlu segera digunakan dan jangan simpan lebih dari dua hari. Cara kedua, potong bahagian busuk, sementara bahagian yang elok dikupus dan rendam dalam air sejuk, cara ini kentang masih boleh tahan satu hari.
Simpan Di Tempat Kering
Umumnya kentang boleh tahan satu hingga dua minggu jika disimpan pada suhu bilik. Namun agar tahan lebih lama, simpan kentang di tempat kering dan tidak terdedah pada sinaran matahari. Suhu paling sesuai untuk simpan kentang adalah 6-7C, pada suhu ini kentang boleh tahan dua hingga tiga bulan.
Simpan kentang dengan cara memasukkannya dalam bakul plastik yang berlubang-lubang untuk kemudahan kitaran udara dan simpan dalam kabinet kering dan bebas dari cahaya matahari. Elakkan dari menyimpan kentang dalam peti sejuk kerana suhu terlalu sejuk untuk kentang, ia menyebabkan ketang akan berwarna kehitaman semasa di masak
Jangan Cuci
Ada orang yang suka mencuci kentang sebelum disimpan. Cara ini akan menyebabkan kentang menjadi lembab dan cepat busuk. Jangan risau tentang kotoran atau kuman pada kulit kentang, sebab anda boleh mencuci kentang semasa ingin menggunakannnya. Ingat kentang mesti sentiasa kering dan tidak berkulat semasa dalam simpanan
Sentiasa Pantau Kesegaran
Selain suhu dan kelembapan, banyak faktor lain yang pengaruhi kesegaran kentang. Misalnya serangga dan penyakit. Oleh itu sentiasa pantau kesegaran kentang secara rutin dan pilih kentang yang hampir busuk dan gunakannya terlebih dahulu untuk dimasak.
Jangan Simpan Kentang Dengan Buah
Elakkan dari meletakkan kentang bersama buah dalam satu bekas, kerana ada sesetengah buah yang mengeluarkan gas yang boleh menyebabkan kentang lebih cepat busuk.
Freezer Jadi Penyelesaian
Freezer memang alternatif jangka panjang menyimpan kentang. Dengan cara ini kentang boleh disimpan 10-12 bulan dalam keadaan beku. Tetapi jika ingin dibekukan ia hanyalah kentang yang telah dimasak, bukan mentah. Oleh itu rebus atau bakar kentang sebelum dibekukan.
Banyak khasiat nanas ni! Buah tropika ini kaya bromelain dan vitamin C yang membantu rawat sakit sendi, tekanan darah tinggi, kecantikan kulit serta tenaga dalaman.