Sesetengah individu memilih untuk memasak menggunakan santan kelapa yang asli. Katanya santan kelapa yang diperah sendiri lebih berlemak rasanya. Untuk memastikan perahan santan pekat, boleh cuba tip yang dikongsi oleh Yatie Eimra ini. Mungkin agak leceh tetapi berbaloi. Masakan anda pun pasti akan rasa lebih sedap berlemak.
TIP PERAHAN SANTAN PEKAT
1. Gunakan air panas-panas suam dan menggunakan pengisar. Jika guna air yang terlampau panas boleh menyebabkan santan pecah minyak.
2. Nisbah air adalah 1:1 atau jika kelapa parut disimpan dengan cara frozen, boleh juga guna air panas dan air masak dalam nisbah 2:1 supaya tidak terlampau panas dan dalam masa yang sama kelapa parut menjadi sedikit suam. Air perlu suam supaya santan lebih mudah diekstrak atau diperah.
3. Air panas-panas suam tadi dituang sedikit ke dalam bekas berisi kelapa parut. Ramas kelapa parut agar sekata.
4. Kemudian, bahagi kelapa parut pada dua bahagian. Ambil satu bahagian dan masuk ke dalam blender, tambah air suam sedikit demi sedikit sehingga kelapa parut boleh dikisar. Perah atau tapis santan tadi.
5. Kisar satu lagi bahagian kelapa parut. Tetapi kali ini menggunakan santan yang telah diperah tadi dan tidak perlu ditambah air lagi. Gunakan santan perahan pertama tadi semata-mata.
Kenapa perlu bahagi dua?
Info Tambahan:
Jika nak santan tahan lama, guna air masak dan jangan guna air paip. Taburkan garam sedikit pada lapisan atas santan jika anda simpan santan pada bahagian peti sejuk bawah untuk beberapa hari. Nak bekukan juga boleh.
Kredit: Yatie Eimra
Jika anda sedang mencari PENGISAR, boleh klik DISINI. Banyak pilihan untuk anda.
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official: