Tengah panas terik minum air kelapa muda memang menyamankan. Dapat pulak hirup isinya sekali, memang puas rasanya. Buat minuman berbuka pun wahh segar dan bertenaga.
Tapi kesedapan air kelapa muda dan isinya ini bergantung kepada kualiti buah kelapa yang dipilih. Kalau tersalah pilih memang ke laut lah hasilnya. Kelapa muda yang elok tekstur isinya lembut dan tidak keras serta mempunyai kandungan air yang agak banyak.
Foto : Thinkstock
Di sini min kongsikan 5 perkara yang perlu diperhatikan apabila membeli atau memilih kelapa muda yang berkualiti.
1. Warna Kulit
Foto : Thinkstock
Ramai yang menganggap kelapa muda harus berwarna hijau keseluruhannya. Padahal warna buah kelapa sebenarnya dipengaruhi oleh tempat tumbuhnya. Kelapa yang tumbuh di kawasan pantai biasanya berwarna agak kekuningan, manakala di kawasan berbukit bukau berwarna hijau muda. Dikatakan kelapa yang tumbuh di kawasan berbukit lebih banyak dan isinya lebih manis.
2. Serat Kelapa
Ads
Foto : Thinkstock
Selain mengelakkan daripada memilih kelapa berwarna coklat tua, pastikan kelapa yang dipilih ada serat berwarna perang di bahagian luarnya. Serat berwarna perang menunjukkan ia masih dalam keadaan segar dan muda.
3.Tangkai Kelapa
Foto : Thinkstock
Jika anda perhatikan di bahagian pangkal atass kelapa terdapat lingkaran atau kelopak yang bersambung dengan bahagian tangkainya. Lingkatan pada hujung tangkai itu menandakan usia kelapa. Jika kelapa muda biasanya memiliki garis pusat lingkaran yang tidak terlalu lebar. Tetapi kelapa tua pula kelopak lingkarannya sangat lebar.
4. Kandungan Air
Ads
Foto : Thinkstock
Kalau nak tahu kandungan air dalam kelapa, senang aje goncang-goncangkan buahnya. Kelapa muda sudah pasti kandungan airnya banyak, jadi sikit atau banyaknya boleh diagak melalui bunyi airnya bila digoncang.
5. Isi kelapa
Foto : flickr /muh jember
Tesktur dan rasa isi kelapa yang manis memang sedap. Nak tahu kelapa yang memiliki isi yang tipis lembut dan muda, cubalah menepuk-nepuk buah kelapa tersebut. Kalau terasa bergetar tandanya isinya elok dan lembut dan mudah disudukan
Sumber : Kumparan.com
Ads
Di bawah ni min kongsikan resipi menggunakan air kelapa muda dan isinya. Resipi dari perkongsian Mat Gebu yang popular dari lamannya tiffinbiru.com
AGAR-AGAR PANDAN KELAPA MUDA
BAHAN-BAHAN :
600 ml air kelapa muda dari 2 biji kelapa muda * tambah air mineral jika kurang
Isi kelapa muda secukupnya
5 gram serbuk agar-agar
2 camca besar gula * ikut tahap kemanisan yang anda suka
1 helai daun pandan.disimpul
3-4 titik pewarna hijau makanan
CARA MEMBUATNYA : 1. Sediakan acuan kegemaran anda. Isi kelapa muda dipotong kecil dan masukkan ke dalam acuan. Ketepikan. 2. Dalam periuk masukkan serbuk agar2, gula dan daun pandan. Tuang air kelapa tadi dan kacau hingga rata. 3. Masak dengan api kecil hingga mendidih dan gula larut. Masukkan pewarna hijau makanan, kacau hingga rata. 4. Tapis bancuhan agar-agar dan boleh tuang ke dalam bekas yang berisi isi kelapa muda tadi. Biarkan hilang wap panas dan boleh simpan dalam peti sejuk. Sedap dimakan dingin sebagai pencuci mulut.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Ikan rebus air asam, lauk kampung yang membangkitkan selera. Hidangan ringkas ini terkenal dengan rasanya yang segar dan memikat, gabungan ikan yang direbus perlahan hingga lembut, bersama air asam yang masam, pedas dan sedikit manis. Bau harum rebusan ikan bercampur aroma asam memang cukup untuk menggoda sesiapa saja.
Lebih menarik, menu ini tidak memerlukan bahan yang rumit. Hanya guna ikan segar, asam jawa, sedikit cili, bawang dan garam, sudah cukup untuk menghasilkan lauk yang ‘menang’ di hati ramai. Disuap pula dengan nasi panas, memang hilang segala penat seharian. Inilah rahsia keistimewaan masakan kampung. Sederhana, tapi kaya rasa dan memori.
IKAN REBUS AIR ASAM
Bahan-bahan:
5 ekor ikan kembung
1 ulas bawang merah besar -dihiris
6 biji cili padi-dihiris
1 biji cili besar merah dipotong 2
cm belacan – dibakar & dtenyeh.
1 biji tomato-dipotong
3 sudu besar asam pes asam jawa
2 biji limau kasturi
1 sudu kecil kerisik (jika suka)
Cara penyediaan boleh tonton di video. Selamat mencuba!
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Masalah lalat yang banyak di dapur dan meja makan memang merimaskan. Nak letak makanan dan makan pun tak senang dibuatnya. Salah satu cara untuk mengatasi masalah lalat ini adalah dengan membuat sendiri perangkap lalat.
Caranya dengan membuat bancuhan air ini dan meletakkannya di dapur atau ruang yang banyak lalat. Cara ini lalat akan tertarik terbang ke arah air bancuhan dan terperangkap di situ secara tak langsung mengurangkan masalah lalat.
Apa yang perlu dilakukan adalah dengan menyediakan
1/2 cawan cuka. 1/2 cawan minyak zaitun (atau minyak sayuran lain). 1/2 cawan syampu
Cara membuatnya;
1. Campurkan separuh cawan cuka, separuh cawan minyak zaitun, dan separuh cawan syampu bersama-sama.
2. Letakkan mangkuk di dapur dan tunggu lalat berkumpul padanya.
3. Biarkan campuran itu di luar selama beberapa jam atau sehingga lalat banyak terperangkap di situ. Ulang bancuhan jika perlu.
Selalu makan kerabu mangga ini di restoren makanan Thai tapi nak buat sendiri di rumah pun boleh sangat terutama kalau di rumah pokok mangga sedang berbuah.
Untuk rasa kerabu mangga yang sedap boleh ikut perkongsian Chef Asma Nordin ini. Kerabu mangga ini ratah macam tu pun sedap. Nak makan dengan nasi pun boleh.
Cara buat kerabu mangga sedap
Bahan -bahan
Mangga muda – diracik
Udang kering – disangai & kisar kasar atau ditumbuk
Kacang goreng – ditumbuk
Bawang merah – dihiris
Serai
Cili padi
Air limau nipis
Daun kesum
Bunga kantan
Sos sotong atau ikan
Garam & gula secukup rasa.
Cara membuat
1.Semua bahan diracik, dihiris dan dimayang halus dicampurkan sekali.Gaul hingga sebati.
2.Masukkan sos sotong, air limau nipis, garam dan gula. Gaul dan sesuaikan rasa ikut citarasa sendiri.
Tip untuk lebih sedap, kena lebihkan udang kering. Nak letak daun ketumbar pun boleh.