
Macam mana nak tahu oren sunkist yg kita beli baik di pasar raya atau di kedai buah itu manis. Nampak luar buahnya memang cantic cantik tapi bila potong & makan perrghh masamnya. Cubalah petua yang dikongsikan Wan Rahimah ini.
.
Caranya : Tengok bahagian bawah oren yg kita nak beli itu. Kalau tidak berlubang seperti di dalam gambar, bermakna oren tersebut memang masam. Kalau manis pun nasib-nasiblah

Untitled design (35).
.
Nak cari yg manis, cari oren yang bontotnya berlubang seperti gambar di bawah, insyaallah limau yang anda beli memang manis. Cubalah petua ini..

Untitled design (39).
Bila beli oren timbang-timbangkan dan bezakan dengan oren lain yang mempunyai saiz yang sama., biasanya yang lebih berat adalah lebih berjus dan banyak kandungan airnya.
Dan pastikan juga oren itu berkulit nipis, mengkal dan tidak lembik bila ditekan dengan jari.
credit: Wan Rahimah
.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Nak Buat Donat Ke, Ini Ada 3 Cara Bantu Donat Yang Korang Buat Lembut Gebu.

Ramai sukakan donat, terutamanya kanak-kanak. Bila asyik beli teringin juga nak buat sendiri tapi risau tak menjadi macam beli kat kedai donat yang popular tu. Sekarang korang jangan risau ini ada cara macam mana nak buat adunan donat supaya kembang dengan cantik sempurna dan gebu dan bila digoreng garing kat luar, lembut di dalamnya.

Gunakan Bahan Berkualiti
Walau bahan buat donat ringkas dan senang, hanya tepung, gula, yis, telur, susu dan margerin. Tetapi kualiti produk ini yang akan menentukan hasil donat korang nanti. Tepung akan menentukan tekstur donat, jadinya jangan guna sebarang tepung, sebaik gandum berprotein baik kualitinya dan bersih. Untuk mengetahui tepung masih elok, sebaliknya beli tepung yang masih dalam kemasan asalnya (belum dibuka). Begitu juga dengan yis, pilih yang kering dan baru.
Yis adalah mikroorganisme hidup yang berfungsi mengembangkan adunan. Jika menggnakan yis yang sedia ada dalam simpanan pastikan mikroorganisme di dalamnya masih hidup. Kemudian sediakan sedikit air suam dalam bekas kecil dan masukkan yis, kacau dan biarkan. Jika ada gelembung udara, ia bermakna yis masih elok dan aktif. Begitu juga dengan susu, sebaliknya gunakan susu suam untuk mencampurkan adunan. Ia membantu yis lebih aktif dan donat mengembang cantik serta mempunyai serat-serat lembut. Elok juga kalau gunakan susu cair yang dipanaskan atau susu tepung yang dilarutkan dengan air suam.

Campur & Adun Bahan Dengan Betul
Walaupun tepung baru, korang patut ayak tepung dahulu untuk mengelakkan tepung berketul semasa digunakan. Campurkan tepung, gula dan yis, jangan campurkan garam di peringkat awal ini kerana ia akan menyebabkan yis tidak akan berfungsi. Cara paling senang korang boleh je gunakan breaf improver (kalau ada) kerana ia membantu adunan kembang dengan rata, lembut dan tidak keras bila sejuk.
Kalau tak ada bread improver, uli adunan 12-15 minit dengan tangan, sambil tuangkan susu suam, bila semua bahan sudah bercampur rata, tambahkan mentega atau marjerin yang telah dicairkan. Mentega juga berperanan melembutkan struktur gluten dan menjadikan adunan terasa elmbut dan berkilat serta memberikan rasa yang lebih sedap. Uli adunan hingga sebati dan tak lekat pada mangkuk adunan. Pastikan juga korang tidak terlebih uli kerana ia boleh menjadikan donat keras dan tak lembut.

Rehatkan Doh Di Tempat Panas
Balut adunan yang sudah diuli dan letakkan dalam mangkuk, kemudian tutup dengan kain. Rehatkan di tepat panas selama 30 minit, misalnya di bahagaian dapur yang ada cahaya mata hari atau dekat dengan dapur. Apabila adunan kembang dua kali ganda asal. Uli semula selama tiga minit, kemudian rehatkan semula 15-20 minit. Adonan siap untuk diterap dengan acuan donat dan digoreng.
Inilah rahsia hasil kejadian donat yang sempurna lembut, gebu dan setanding donat yang dijual di kedai-kedai donat popular.
7 Langkah Mudah Nak Siang Sotong Kembang Supaya Lebih Sedap, Lembut Dan Tak Berbau!

Sedapnya masakan berasaskan sotong kembang. Lebih-lebih lagi sotong masak sambal tumis cukup rasa pedas, manis dan masamnya.
Namun, cara menyiang sotong kembang juga penting agar hasilnya anda mendapat daging sotong yang lembut dan tidak berbau.

Ikut langkah ini, pastikan sambal tumis sotong anda semakin enak nanti:
1. Pilih sotong yang segar dan cuci bersih.
2. Siapkan bahan-bahan ini untuk dicampur dengan air rebusan untuk mencelur sotong.
- 4 batang serai
- 2 ini halia
- 1 labu bawang besar,
- 1 inci lengkuas,
- 5 ulas bawang putih.
- Kesemua bahan tadi di potong-potong.
- Letak sedikit garam
3. Didihkan air sehingga naik bau dan masukkan sotong, celup jangan lama, 6-7 minit dah masak.
Angkat, toskan air dan sejukkan sebentar.
4. Cara nak siangnya tarik dulu ekor kecil yang dibahagian atas si sotong
5. Kemudia tarik lapisan-lapisan yang ada pada badannya.
6. Bahagian dalam bersihkan seperti biasa.
7. Seterusnya potong mengikut saiz yang anda suka. Kemudian cuci bersih dan toskan.
Nota: Masukkan dalam masakan seperti sambal tumis yang sudah hampir masak kerana sotong
ini tidak perlu dimasak lama. Ia sudah sedia masak ketika dicelur sebelum itu.
Sumber: Mariberkongsi
RESIPI SAMBAL TUMIS SOTONG

Bahan-bahan:
- 2 ekor sotong kembang ~ bersihkan dan dipotong ikut suka. Jerangkan air dan celur sotong. Jika tidak, kita memerlukan masa yang lama untuk mengeringkan sambal kerana sotong ini banyak mengeluarkan air.
- 1 senduk besar cili kisar
- 1 biji bawang besar ~ dihiris bulat
- 3 ulas bawang putih *
- 5 ulas bawang kecil *
- 1 inci belacan *
- asam jawa, garam & gula
Cara memasak:
1. Panaskan kuali dan masukkan anggaran 1 senduk minyak. Tumis cili kisar hingga sedikit
garing dan campuran dengan bahan kisar yang bertanda (*)
2. Masukkan asam jawa, garam dan gula mengikut rasa.
3. Akhir sekali masukkan sotong yang telah ditoskan bersama bawang besar yang dihiris
bulat. Kacau rata dan biarkan ia merenih sekejap sebelum diangkat.
Kongsi resipi: sprinkleofluv
CUBA JUGA RESIPI SEDAP INI:
Teknik Simpan Sisa Dapur Dalam Tanah, Boleh Terus Jadi Baja Kompos

Lebihan sayur, kulit buah, lebihan makanan yang juga sisa dapur ini selalu saja kita buang. Tapi ia sebenarnya boleh diguna semula sebagai baja kompos yang sangat baik untuk tanaman.
Bagi memastikan sisa dapur yang hendak dijadikan baja kompos ini bersih dan tidak mengundang bau busuk boleh gunakan teknik simpan sisa dapur dalam tanah yang dikongsi oleh Tarique Syahman.
Cara simpan sisa dapur dalam tanah
1. Sediakan tong sampah plastik berjaring, potong separuh dan gunakan bahagian atas saja. Sediakan juga pinggan stainless steel untuk dijadikan tempat tanam pokok di atas lubang simpan sisa dapur.

2. Korek lubang, ke dalaman yang sesuai. Saiz permukaan lubang mestikan sama dengan tong sampah. Sementara itu tanah yang dikorek pula disimpan untuk menanam pokok atau rumput dalam pinggan besi tadi.
3. Bila dah siap lubang, letakkan tong sampah yang dipotong separuh tadi dalam lubang. Lebihan tanah dimasukkan dalam pinggan dan tanam pokok atau rumput di dalamnya.

4. kemudian bolehlah mengisi sisa dapur dalam lubang dan selepas selesai gunakan pinggan besi yang berisi tanaman sebagai penutup.

5. Biarkan sisa dapur mereput, boleh tambah sisa dapur dari masa ke semasa. Cara ini sisa dapur yang dibuang berkurang dan tiada lagi sampah yang berbau.

@tarique.syahman Ni cara saya ‘simpan’ kitchen waste. Biar dia mereput dalam tanah so takda bau busuk. #gengkebun #homegardening #tanamsendiri #gardeningtiktok #gardening #tipstanam #kitchenwaste #compost #composting ♬ Chill out lofi hip hop(912904) – osuga satoshi

