Nak Raya, Ingat Kuih Batang Buruk

Share

Bukan orang lama je ye suka Kuih Batang Buruk, yang muda pun ramai suka. Harga pun setiap tahun naik, seiringan dengan harga barang-barang yang terus naik. Apa kata kita cuba buat sendiri.

Nampak mudah cara membuat dan bahan yang digunakan pun tak banyak. Jadi bolehlah kita sama-sama membuatnya sendiri. Mula cuba dulu, kalau menjadi boleh buat untuk raya, bolehlah jimat.

BUIH BATANG BURUK
BAHAN-BAHAN:
2 bungkus besar kulit popia
3 bungkus tepung kacang hijau
800gm gula aising
2 biji putih telur (pelekat)
Straw saiz besar
Minyak untuk menggoreng secukupnya

CARA MEMBUAT:

  1. Potong kulit popia memanjang seperti dalam gambar mengikut ukuran menggunakan pembaris.
  2. Tarik sehelai sehelai lapisan kulit popia yang telah digunting tadi. kemudian gulung pada straw gunakan putih telur sebagai pelekat atau gunakan bancuhan tepung gandum.
  3. Buat sampai habis, kemudian jemur lebih kurang 10-15 minit. Atau hingga kulit popia keras dan straw boleh dicabut. Ketepikan.
  4. Sangai tepung kacang hijau lebih kurang 10 minit menggunakan api sederhana. Tujuannya untuk wangi, tahan lama dan ringan. Angkat dan sejuk.
  5. Setelah sejuk campurkan gula aising, gaul rata supaya sebati.
  6. Panaskan minyak dan goreng kulit popia hingga kekuningan, angkat dan toskannya.
  7. Setelah sejuk, sumbat dengan campuran tepung kacang hijau dengan gula hingga siap.
  8. Ada setengah orang tak sumbat campuran tepung kacang hijau, sebaliknya gaulkan saja hingga rata. Terpulang pada cita rasa.
  9. Resipi ini boleh menghasilkan lebih kurang 2kilo setengah.

Kredit resipi: Ruzita Hashim melalui FB Resipi Dapur Kak Chah.

Published by
Norasida Myasin