Bila sebut sajian barat ramai yang terbayang bahan berlemak, keju, krim , mentega dan daging berlemak.Tetapi sebenarnya kalau kena gaya jika teknik masaknya bersesuaian seperti panggang, bakar (baked) dan kukus ia boleh menjadi rendah lemak. Ada banyak pilihan bahan yang berlabel ‘low fat’ dan ‘unsalted’sebagai gantian.
Kemudian gunakan sayur-sayuran dan buah-buahan yang tinggi serat. Chef Hazieyanti dan Chef Haziq dari Malaysia Food (Authentic) College, Taman Ukay Perdana , Ampang, Selangor sedia berkongsi resipi.
1. AVOCADO SALAD WITH TURKEY HAM
BAHAN-BAHAN :
1 biji avocado | dihiris panjang
½ sudu kecil lada hitam | hancur
500 gm salad campur | dihiris panjang
1 biji lada benggala | dihiris panjang
1 biji bawang Holland | dihiris panjang
2 keping ham ayam belanda| disiat
½ sudu kecil minyak zaitun
CARA MEMASAK :
Panggang ham ayam belanda separuh masak sahaja.
Masukkan kesemua bahan yang dihiris panjang dan taburkan lada hitam, Gaul rata.
Gaulkan pula dengan minyak zaitun
Saiz hidangan : 1 orang
Waktu memasak : 8 minit
Cara memasak : Panggang ayam belanda sahaja
Jenis masakan :Salad
Keistimewaan : Pembuka selera yang juga sesuai untuk mereka yang berdiet
Anggaran kos : RM 30
Info Chef : Sajian yang mengandungi potassium yang tinggi dan kaya berserat dengan sayur-sayuran yang segar dan rangup.
2. STEM DORY FISH TOMATO SALSA WITH BROWN RICE
Ads
BAHAN-BAHAN :
Bahan untuk ikan :
½ ekor ikan dory
1 biji bawang Holland | dihiris
½ sudu kecil serbuk halia
½ biji lemon
1 sudu kecil daun ketumbar | dicincang
Garam secukup rasa
Bahan untuk tomato salsa :
1 biji tomato | dipotong dadu
1 biji bawang besar | dipotong dadu
½ sudu kecil daun ketumbar | dicincang halus
1 ulas bawang putih | dicincang halus
1sudu makan jus limau
½ sudu teh lada hitam (hancur)
CARA MEMASAK :
1. Perapkan ikan dory bersama garam, serbuk halia, daun ketumbar,bawang Holland dan lemon
2. Kukuskan selama 15-20 minit
3. Sementara itu buat tomato salsa, campurkan kesemua bahan tomato salsa. Gaulkan bahan-bahan tomato salsa sehingga sebati
4. Selepas ikan siap dikukus, taburkan tomato salsa.
5. Hidang bersama nasi beras perang.
Saiz hidangan : 1 orang
Waktu memasak : 30 minit
Cara memasak : Kukus
Jenis masakan :Ikan kukus
Keistimewaan : Ikan dory yang manis dan tomato salsa menjadikan ia sajian lazat
Anggaran kos : RM 40
Info Chef : Amalan pemakanan sihat tanpa penggunaan minyak. Jika tidak mahu ikan dory berbau hanyir perahkan jus lemon .
3. KING PRAWN EN-PAPILLOT
BAHAN-BAHAN :
5 ekor udang | buang kepala udang
½ batang brokoli | dipotong pendek
½ batang lobak merah | dipotong pendek
½ biji lemon | diperah jusnya
½ sudu teh garam
1 sudu makan minyak canola
1 ulas bawang putih | dicincang
CARA MEMASAK :
Panaskan minyak kanola dan tumiskan bawang putih, masukkan lobak merah dan brokoli. Biarkan sedikit lembut dan masukkan udang.
Masukkan garam dan kacau rata semua bahan ini.
Siap untuk dihidang bersama nasi beras perang.
Saiz hidangan : 1 orang
Waktu memasak : 5-8 minit
Cara memasak :Tumis
Jenis masakan : Udang
Keistimewaan :Sajian udang dan sayur yang sungguh lazat. Rasa masam manis
Anggaran kos : RM 31
Info Chef : Usah memasak udang terlalu lama untuk kekal berjus.
Ads
3. MIX FRUIT YOGURT
BAHAN-BAHAN :
1 biji strawberi
1 biji rasberi
1 biji kiwi
½ biji epal merah
1 cawan plain yogurt (tanpa perisa)
½ cawan susu segar rendah lemak
CARA MEMASAK :
1.Kisar semua bahan dan masukkan kedalam peti sejuk
2. Siap untuk di hidang
Saiz hidangan : 1 orang
Waktu memasak : 5 minit
Cara memasak : Campur dan kisar
Jenis masakan : yogurt (dessert)
Keistimewaan : yogurt penuh dengan rasa buah-buahan
Anggaran kos : RM 16
Info Chef :Sajian yogurt adalah sajian sihat yang baik untuk sistem penghadaman. Campuran buah-buahan menambahkan vitamin dan serat .
BAKED SALMON WITH AVOCADO SMASH
Ads
BAHAN-BAHAN :
1 keping ikan salmon
1/2 sudu makan minyak zaitun
1/2 sudu teh lemon | diambil jusnya
1/2 biji avokado | yang ranum dilenyek sampai halus
Garam secukup rasa
1 sudu makan daun ketumbar | dicincang halus
CARA MEMASAK :
Perasakan ikan bersama minyak zaitun, garam dan daun ketumbar. Perap sebentar.
Panaskan oven dengan suhu 180 darjah celcius dan bakar selama 10- 12 minit
Keluarkan dan ketepikan.
Bagi membuat avocado smash, ambil avokado dan lenyek hingga halus, dalam satu bekas dan kemudian masukkan jus lemon dan gaul hingga rata.
Letakkan avocado smash di atas ikan.
Hidangkan bersama kentang yang dibakar
Saiz hidangan : 1 orang
Waktu memasak : 15 minit
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Ikan
Keistimewaan : Gandingan ikan salmon lemak manis dan buah avokado yang lazat
Anggaran kos : RM 31
Info Chef : Ikan salmon kaya dengan dengan asid lemak omega 3 dan avocado baik untuk memelihara kecantikan kulit dan anti penuaan.
RESEPI : CHEF HAZIEYANTI SOEGIJONO DAN CHEF HAZIQ MASRAN
TERIMA KASIH : CHEF DATO MOHD FARID ALWI, MFA COLLEGE (MALAYSIA FOOD (AUTHENTIC) COLLEGE,Unit C-1-28 Blok C, Pangsapuri Spring Villa, Jalan UP 1/1D Taman Ukay Perdana, Ampang, Selangor .
Biskut Kelapa memang sedap & ‘legend’. Rasanya yang rangup, lemak-lemak dan harum bau kelapa parut memang membuka selera. Sekali gigit, berkali-kali datang rasa nak memakannya. Biskut raya tradisi ini semestinya jadi kegemaran ramai sejak zaman berzaman. Orang dulu-dulu suka buat biskut ni bila tiap kali musim perayaan. Nak imbau memori zaman kecil anda? Jom cuba resipi perkongsian saudari Yati Yatini. Pasti puas hati.
CARA MEMBUAT BISKUT KELAPA LEGEND YANG SEDAP, RANGUP MACAM RESIPI ORANG DULU-DULU
1.Kelapa kering digoreng /sangai terlebih dahulu. Kemudian biarkan sejuk dulu sebelum dicampur dalam adunan biskut.
2.Satukan gula, planta dan telur. Kacau hingga sebati dan bergaul rata.
3. Kemudian campurkan dengan tepung gandum, tepung jagung dan juga kelapa kering yang sudah siap disangai serta disejukkan tadi. Adun lagi hingga sebati.
4. Canai doh dan terap dengan bentuk yang disukai. Susun atas dulang pembakar.
5. Sapu kuning telur di atas biskut dan tabur kelapa kering yang diwarnakan.
6. Bakar biskut pada suhu 160C selama kurang lebih 20 minit. Masa dan suhu mungkin berbeza mengikut ketuhar masing-masing.
Bila ada mangga muda tentulah lawannya ada pencicah yang boleh boleh buat kecur liur. Jom buat serbuk colek yang mudah. Pedas berdesing dengan rasa udang kering dan juga belacan.Meleleh semua air yang ada bila gigit ni.
SERBUK COLEK
Bahan-bahan:
Gula pasir secukupnya
Cili kering
Udang kering
Belacan
Sedikit garam
Cara membuat:
1.Sangai lada kering, udang kering, belacan. Sangai sekejap kemudian biar ia sejuk dulu.
2.Dah sejuk, boleh masuk dalam pengisar dan kisar kering.
3.Tengok warnanya merah menyala.
4.Kemudian masukkan gula dan sedikit garam. Gaul sampai sebati. Nak letak banyak mana? Agak-agak cita rasa masing-masing.
5.Tak tahan makan ni. Tak boleh berhenti. Masam, manis, masin, pedas semua bergabung.
Roti Gula Crunchyni memang sedap. Rangup, manis-manis masin, makan macam tu sahaja memang sedap. Nak lagi padu? Cicah dengan Kopi O panas atau sejuk. Rasanya memang lagi terangkat! Senang sahaja cara membuatnya. Jika ada lebihan roti di dapur yang sudah keras atau hampir tamat tempoh, buat sahaja begini. Pasti habis dimakan anak-anak. Saudari Blossoming Flower ada kongsikan resipi beliau yang tersendiri. Katanya resipi ini bukan sekadar roti disapu marjerin dan ditabur gula ya. Pasti lebih enak. Jom cuba!
CARA MEMASAK: 1.Campurkan gula perang, marjerin dan susu pekat manis ke dalam bekas bersesuaian. Sukatan boleh agak-agak mengikut jumlah yang anda suka. 2. Pukul ketiga-tiga bahan sehingga sebati dan gebu (fluffy). 3. Sapukan bahan yang dipukul tadi pada permukaan roti. Potong roti cantik-cantik.
3. Susun roti di atas dulang pembakar yang sudah dialas dengan aluminium foil dan masukkan ke dalam ketuhar.
4. Bakar menggunakan api atas bawah pada suhu 160°c selama 20 minit. Jika mahu lebih perang, lebihkan masa membakar. Tapi pastikan jangan sampai hangus. 5. Waktu keluar dari ketuhar, tekstur roti memang agak lembut. Oleh itu, perlu sejukkan terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam bekas kedap udara.
NOTA: Roti Gula Crunchy ini memang rangup dan tahan lama. Rasanya juga sedap. Enak dicicah Kopi O panas atau dimakan begitu sahaja.
Resipi udang butter garlic ini hidangan paling sesuai kalau mencari lauk yang mudah dan cepat siap.Walaupun ringkas saja resipinya tapi rasa dan aromanya mewah...