Antara perkara yang sering dihadapi oleh para isteri ketika berada di dapur adalah masalah sayur yang cepat layu. Kebiasaannya, para isteri akan membeli barangan basah seminggu sekali. Namun, untuk menyimpan sayur agar kekal segar memerlukan teknik yang betul. Perkongsian oleh Ismiza Ishak ini ternyata membantu dalam menyelesaikan masalah ini. Hanya dengan menggunakan tisu dapur dan aluminium foil. Jom kita baca perkongsiannya.
***********
Assalamualaikum…
Buat sahabat semua, kaklong nak share sedikit ilmu cara utk simpan sayur-sayuran agar tahan lebih lama.
Tak banyak kos yang diperlukan. Paling penting jangka hayat sayur-sayuran yang kita beli lebih tahan lama dan masih segar setiap kali kita nak guna untuk bahan masakan kita. Sangat berguna ilmu ni.
Bahan-bahan yang diperlukan aluminium foil, tisu dapur, selotep dan permanent marker pen.
1. Aluminium foil (ukuran agak-agak boleh bungkus sayur-sayuran yang kita nak simpan)
2. Tisu Dapur (pun ikut selera dan kesesuaian)
Ads
3. Lipat dan bungkus sayur-sayuran.
4. Kemaskan dengan soletep dan tandakan tarikh (senang kita ambil ikut tarikh, guna sayur yang tarikh lebih lama kita simpan sebelumnya supaya tak membazir)
5. Kalau ikut cara kaklong, saya lebih suka potong dan simpan dalam portion kecik supaya nanti senang ambil untuk sekali masak (saya suka campur sayur dan bahan lain). Contoh, satu brocolli saya bahagikan kepada 3 bahagian.
Ads
6. Ada contoh sayur yang saya ambil gambar dibawah, tarikh 1/5/2020 dan masih segar pada tarikh 10/5/2020 – Kobis Panjang
7. Peria yang saya potong separuh – dah masak pada tarikh 1/5/2020 juga masih elok pada hari ini 10/5/2020.
8. Cara ni sesuai untuk orang yang jenis cermat, sayang kalau sayur mudah rosak dan paling penting effort untuk basuh, keringkan, potong, bahagikan, bungkus dan susun dalam peti. Buka bungkus dengan cermat, bila habis guna sayur-sayuran tu, aluminium foil masih boleh guna lagi sekali kalau masih elok. Kalau korang ganas, sekali guna je la aluminium foil. Management untuk apa pun perkara dalam hidup sangat penting.
Ads
Kena lebih sedikit usaha dan tenaga untuk pastikan sesuatu tu berbaloi dengan duit yang dilaburkan. Bahan masakan zaman sekarang pun bukan murah. Selagi boleh jimat dan panjangkan hayat sayur-sayuran kita apa salahnya kan.
Anda sedang mencari barangan rumah yang murah tapi berkualiti? Boleh cari DISINI.
Kentang memang tahan lama. Tapi ada juga yang cepat lembik dan busuk. Jadi, kalau anda jenis yang selalu beli stok untuk sebulan, eloklah kalau amalkan petua ni. Hasilnya kentang lebih tahan lama dan tak cepat busuk atau lembik.
6 PETUA KENTANG LEBIH TAHAN LAMA
1. KETIKA MEMBELI, PILIH YANG MASIH SEGAR
Ketika anda membeli kentang, pilih yang masih segar. Antara tip yang boleh anda ikut ketika memilih ini adalah:
– Pastikan kentang tidak bertunas.
– Pastikan tekstur kentang masih keras.
– Belek kentang untuk melihat tanda busuk.
– Elakkan kentang berwarna hijau kerana kentang yang begini masih belum masak dan kurang sedap.
– Pilih kentang yang berwarna kekuningan dengan permukaan yang licin.
Jika terbeli banyak dan kentang dalam simpanan kelihatan kurang segar, asingkan atau buang yang busuk. Kentang yang tinggal perlu segera digunakan dan jangan simpan lebih dari dua hari. Potong bahagian busuk, sementara bahagian yang elok dikupus dan rendam dalam air sejuk, cara ini kentang masih boleh tahan lebih satu hari.
.
2. SIMPAN DI TEMPAT KERING
Kentang memang boleh tahan sehingga dua minggu lamanya jika disimpan pada suhu bilik. Tapi apa yang selalu orang terlupa adalah keadaan sekeliling. Kalau tempat simpanan itu terdedah pada cahaya atahari, kentang akan lebih cepat rosak walaupun pada suhu bilik. Pastikan persekitarannya adalah kering. Suhu paling sesuai untuk simpan kentang adalah antara 6 hingga 7 darjah selsius. Pada suhu ini kentang boleh tahan hingga tiga bulan.
Simpan terbaik simpan kentang adalah seperti ini:
– Simpan dalam bakul plastik yang berlubang-lubang.
– Simpan dalam kabinet kering dan bebas dari cahaya matahari.
– Elakkan simpan kentang dalam peti sejuk sebab nanti bila dimasak, kentang boleh berubah jadi kehitaman.
3. JANGAN CUCI KENTANG Ada orang yang suka mencuci kentang sebelum disimpan. Cara ini akan menyebabkan kentang menjadi lembap dan cepat busuk. Jangan risau tentang kotoran atau kuman pada kulit kentang. Anda boleh mencuci kentang semasa ingin menggunakannnya. Kentang mesti sentiasa kering dan tidak berkulat semasa dalam simpanan.
.
4. SENTIASA PANTAU TAHAP KESEGARAN KENTANG Selain suhu dan kelembapan, banyak faktor lain yang pengaruhi kesegaran kentang. Misalnya serangga dan penyakit. Oleh itu sentiasa pantau kesegaran kentang secara rutin dan pilih kentang yang hampir busuk dan gunakannya terlebih dahulu untuk dimasak.
5. JANGAN SIMPAN KENTANG DENGAN BUAH YANG LAIN Elakkan daripada meletakkan kentang bersama buah dalam satu bekas. Ada sesetengah buah yang mengeluarkan gas yang boleh menyebabkan kentang lebih cepat busuk.
6. REBUS DAN SIMPAN DALAM FREEZER Freezer memang alternatif jangka panjang menyimpan kentang. Dengan cara ini kentang boleh disimpan selama setahun dalam keadaan beku. Tetapi jika ingin dibekukan ia hanyalah kentang yang telah dimasak, bukan mentah. Oleh itu rebus atau bakar kentang sebelum dibekukan. Tip ini sesuai jika anda betul-betul perlukan stok kentang dalam tempoh yang lama.
Nak pakai sikit tapi dah dibungkus kuantiti banyak jadi terpaksa beli juga. Ini masalah biasa bila menggunakan daun bawang dan juga daun sup dalam masakan. Sudahnya lebihan jadi lembik dan buruk bila tak disimpan cara yang betul.
Bagi memastikan lebihan daun bawang dan daun sup ini tidak membazir dan merugikan boleh gunakan cara yang dipraktikkan oleh Zanariah Zain ini. Kaedah ini katanya membolehkan daun-daun ini tahan lama hingga berbulan-bulan.
1. Basuh daun sup dan daun bawang yang mahu disimpan. Toskan.
2. Kemudian hiris siap-siap daun ini.
3. Tuang sedikit minyak masak lalu gaulkan dengan daun bawang atau daun sup hingga rata.
4. Masukkan dalam bawang yang siap digaul ini ke dalam bekas atau ziplock dan simpan dalam freezer.
5. Fungsi minyak tadi adalah untuk memastikan ia hirisan daun tadi tidak melekat antara atu sama lain dan memudahkan kita mengambilnya dalam kuantiti yang diingini.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.