Antara perkara yang sering dihadapi oleh para isteri ketika berada di dapur adalah masalah sayur yang cepat layu. Kebiasaannya, para isteri akan membeli barangan basah seminggu sekali. Namun, untuk menyimpan sayur agar kekal segar memerlukan teknik yang betul. Perkongsian oleh Ismiza Ishak ini ternyata membantu dalam menyelesaikan masalah ini. Hanya dengan menggunakan tisu dapur dan aluminium foil. Jom kita baca perkongsiannya.
***********
Assalamualaikum…
Buat sahabat semua, kaklong nak share sedikit ilmu cara utk simpan sayur-sayuran agar tahan lebih lama.
Tak banyak kos yang diperlukan. Paling penting jangka hayat sayur-sayuran yang kita beli lebih tahan lama dan masih segar setiap kali kita nak guna untuk bahan masakan kita. Sangat berguna ilmu ni.
Bahan-bahan yang diperlukan aluminium foil, tisu dapur, selotep dan permanent marker pen.
1. Aluminium foil (ukuran agak-agak boleh bungkus sayur-sayuran yang kita nak simpan)
2. Tisu Dapur (pun ikut selera dan kesesuaian)
3. Lipat dan bungkus sayur-sayuran.
4. Kemaskan dengan soletep dan tandakan tarikh (senang kita ambil ikut tarikh, guna sayur yang tarikh lebih lama kita simpan sebelumnya supaya tak membazir)
5. Kalau ikut cara kaklong, saya lebih suka potong dan simpan dalam portion kecik supaya nanti senang ambil untuk sekali masak (saya suka campur sayur dan bahan lain). Contoh, satu brocolli saya bahagikan kepada 3 bahagian.
6. Ada contoh sayur yang saya ambil gambar dibawah, tarikh 1/5/2020 dan masih segar pada tarikh 10/5/2020 – Kobis Panjang
7. Peria yang saya potong separuh – dah masak pada tarikh 1/5/2020 juga masih elok pada hari ini 10/5/2020.
8. Cara ni sesuai untuk orang yang jenis cermat, sayang kalau sayur mudah rosak dan paling penting effort untuk basuh, keringkan, potong, bahagikan, bungkus dan susun dalam peti. Buka bungkus dengan cermat, bila habis guna sayur-sayuran tu, aluminium foil masih boleh guna lagi sekali kalau masih elok. Kalau korang ganas, sekali guna je la aluminium foil. Management untuk apa pun perkara dalam hidup sangat penting.
Kena lebih sedikit usaha dan tenaga untuk pastikan sesuatu tu berbaloi dengan duit yang dilaburkan. Bahan masakan zaman sekarang pun bukan murah. Selagi boleh jimat dan panjangkan hayat sayur-sayuran kita apa salahnya kan.
Anda sedang mencari barangan rumah yang murah tapi berkualiti? Boleh cari DISINI.
Kredit: Ismiza Ishak
Anda Boleh Cuba Resipi Ini: