Nak Sedapkan Rasa Ayam Berlado Serai Ni, Yatiekitchen Kongsi Caranya

Share

Anda pasti pernah merasa keenakkan ayam berlado serai. Bau aroma serai memang buat ia tidak jemu makan. Kalau nak lagi sedap masakan ni Yatiekitchen kongsi tipnya di mana serai sebaiknya dikisar kasar. Ada orang ketuk, sebab tak makan serai tapi cuba kisar dengan bawang serta cili, kemudian ditumis. Wangi serai tu memang menyedapkan lagi masakan. Selain itu nak buat masakan berlado ni jangan letak air, untuk elakkan cili menjadi lebam. Silalah cuba petua, gerenti sedap masakan anda.

AYAM BERLADO SERAI
Bahan-bahan:
1 ekor ayam
10 biji cili api-dikisar kasar
2 biji cili merah-dikisar kasar
4 batang serai -dikisar kasar
4 ulas bawang merah-dikisar kasar
4 ulas bawang kecil-dikisar kasar

Bahan masak:
1 sudu besar sos tiram-BELI ONLINE DI SINI
1 sudu besar sos ikan-BELI ONLINE DI SINI


1 sudu besar Mushroom seasoning-BELI ONLINE DI SINI
5 lembar daun limau purut
Daun ketumbar

Cara memasak:
1. Gaul ayam dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng sehingga garing. Ketepikan.


2.Masukkan bahan kisar. Jangan letak air ketika kisar. Gaul sebati dan masak hingga naik bau.
3.Masukkan sos tiram dan sos ikan.
4. Masukkan mushroom seasoning dan gaul sebati.
5. Agak kuah memekat, letakkan ayam yang sudah digoreng tadi dan gaul.
6.Bagi menambah aroma letakkan daun limau purut serta daun ketumbar.
Kredit: Yatiekitchen

 

Published by
Putri Adila Saari