Ramai orang tahu minyak zaitun kaya khasiatnya untuk kesihatan. Ia mengandungi lemak baik dan antioksidan yang dikatakan dapat membantu mencegah penyakit jantung stroke dan diabetes. Disebabkan banyak manfaat kesihatan, jom kita biasakan mengambil minyak zaitun dengan pelbagai cara. Salah satu cara paling mudah ialah dengan mencampurkannya dalam masakan dan makanan. Berikut tiga cara mudah memanfatkan minyak Zaitun dalam masakan dan makanan:-
- Minyak Penumis Sayur
Mulai hari ini anda tumis sayur dengan minyak zaitun kerana kandungan lemak baiknya akan meningkatkan kadar kolestrol baik juga, selain itu, aromanya, minyak zaitun juga lebih sedap dan kandungan gizinya memenuhi keperluan kesihatan tubuh. Tetapi ingat, minyak zaitun tidak boleh digunakan untuk menggoreng kerana proses menggoreng mengambil masa lebih lama dan ia akan merosakan kandungan nutrisi. Sedangkana menumis sayur mengambil masa tidak lebih dari 10 minit.
- Gunakan Sebagai Dressing Salad
Sebelum ini anda menggunakan mayones atau Thousand Island sebagai dressing salad sayuran atau buah-buahan. Mulai sekarang hentikan kerana dua sos ini mengandungi lemak yang sukar dibakar dan lebih mudah menyumbang kenaikan berat badan. Cara paling senang tukar dressing kepada minyak zaitun.Mudah je caranya, anda hanya perlu tambah sedikit garam, gula, jus lemon, serbuk lada hitam dan bawang putih yang dicincang halus. Campurkan semua bahan ini dalam botol, goncang dan tuang dalam mangkuk salad. Gaul rata dan hidangkan terus salad secara segar. Ia lebih mudah dan sihat.
- Oleskan Pada Roti
Kalau selama ini anda oleskan mentega pada roti untuk sarapan pagi, Apa kata, anda tukar mentega dengan minyak zaitun kerana ia lebih kaya dengan nutrisi, lebih sedap. Tambahan pula antioksidan minyak zaitun baik untuk jantung berbanding mentega jika dijadikan amalan, ia boleh mengundang peningkatan kolestrol dan sakit jantung.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI