Kalau anda suka makan bendi, boleh cuba tanam sendiri pokok bendi di rumah. Nak tanamnya tidaklah susah mana, bezanya cuma banyak buah atau tidak. Jika anda nak tanam pokok bendi yang sihat serta banyak buah dan cabangnya, boleh cuba tip yang dikongsi oleh saudari Wahida Hambali ini.
TIP NAK BAGI CABANG POKOK BENDI BANYAK:
1. Pastikan tanah subur julat pH antara 5.8 hingga 6.8.
2. Tanam hanya 1 pokok sahaja pada 1 point. Jarak tanaman adalah 1.5 kaki hingga 2 kaki antara pokok. 1 batas boleh tanam 2 baris. Saiz batas bendi 4 kaki lebar batas dan 5 kaki lorong kerja. Atau 4 kaki pun boleh. Ruang sangat penting untuk pokok berkembang dengan baik.
3. Pembajaan adalah seminggu sekali. Jadual baja boleh rujuk di posting ini DISINI.
4. Kawalan serangga dan penyakit serta follar (semburan baja cecair terus pada daun) adalah seminggu sekali. Rujuk DISINI.
5. Penyiraman sehari sekali. Kalau hujan, tidak perlu tapi kalau musim panas siram 2 kali sehari.
6. Semburan mikrob penyubur tanah diberikan sebulan 2 kali pada pangkal pokok dan tanah untuk memastikan kesuburan tanah berada dalam keadaan yang baik sepanjang tempoh penanaman.
RESIPI BENDI GORENG BERCILI BERSAMA DAGING BURGER
BAHAN-BAHAN:
- 20 batang bendi | dihiris serong
- 5 keping daging burger | dicincang kasar
- 3 ulas bawang putih | dihiris
- 3 ulas bawang merah | dihiris
- 2 sudu makan cili kisar
- Sos tiram secukup rasa
- Garam dan gula secukupnya
- Sedikit Air
- Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang merah serta cili giling hingga garing.
- Kemudian masukkan daging burger. Masak sehingga sedikit kecut dan tidak melekat pada kuali.
- Seterusnya masukkan sos tiram, garam serta sedikit gula. Jika terlalu kering, tambah sedikit air.
- Akhir sekali masukkan hirisan bendi. Gaul hingga rata dan semua bahan kelihatan mesra.
- Angkat dna sedia untuk dihidangkan.
Sumber: Wahida Hambali
Anda mencari KUALI NON STICK? Boleh cari DISINI.
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Singgang Bendi. Menu ‘Rare’ Pantai Timur Yang Jarang Ada Jual Dekat Restoran.
Kari Kepala Ikan Bersama Bendi. Tak Pakai Santan Pun Tapi Memang Power!
Sambal Telur Bendi Resepi Mudah & Senang. Cukup Makan Dengan Nasi Panas
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI