Malam ni menunya ringkas tapi menyelerakan. Rindu pula dengan tempe goreng berlada. Makan dengan nasi panas-panas boleh bertambah makan. Nak hasilkan tempe goreng berlada yang sedap, semasa menumis lada, boleh masukkan juga daun limau purut atau daun kari untuk kelainan rasa dan aroma pada masakan.Selain itu penggunaan asam keping adalah untuk kekalkan rangup pada ikan bilis dan kentang. Jika masukkan air asam jawa bahan-bahan tersebut akan jadi lembik dan tidak begitu sedap untuk dimakan. Selamat mencuba.
TEMPE GORENG BERLADA Bahan-bahan: 3 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih 5 biji cili padi 1 biji cili merah #semua bahan di atas di kisar kasar 1 keping asam keping 1 keping tempe (potong nipis) 2 keping tauhu (potong nipis) Ikan bilis secukupnya 1 biji terung(potong memanjang) 1 biji kentang(potong baji) #semua bahan digoreng garing
Cara memasak: 1.Panaskan minyak dan tumis bahan kisar. 2.Masukkan 1 keping asam keping. 3.Sesuaikan rasa dengan garam, gula dan sedikit serbuk perasa. 4.Masukkan daun limau nipis atau daun kari. 5.Terakhir masukkan kesemua bahan-bahan goreng. 6.Gaul hingga sekata semua bahan. 7.Siap untuk dihidang.
Menu Ayam Masak Bawang ni nampak sedap dan menyelerakan. Menerusi perkongsian saudara Mohd Rozmie beliau menunjukkan cara-cara memasak hidangan ini. Katanya menu ini adalah menu kegemaran kalau ke kedai mamak. Memang tak cukup seketul. Bau aroma rempah yang meresap ke dalam isi ayam tu buatkan selera bertambah. Sebab tu berderet orang beratur kat kedai mamak. Jadi beliau kongsikan resipi Ayam Masak Bawang stail mamak yang anda cuba masak sendiri di rumah. Pasti puas hati.
CARA MEMASAK: 1.Cuci bersih isi ayam dan masukkan bahan perapan. Jumlahnya ikut citarasa. Gaul rata dan perap selama 20-30 minit.
2. Rempah 4 sekawan bersama daun kari dan daun pandan.
3. Panaskan minyak goreng dulu bawang yang telah dimayang sehingga sedikit keperangan. Jangan sampai hangit pula.
4. Bila bawang dah sedikit keperangan macam ni, angkat dan ketepikan dulu.
5. Guna minyak goreng bawang tadi, goreng ayam yang telah diperap tadi sehingga masak.
6. Ketepikan dulu ayam yang telah digoreng tadi.
7. Ambil minyak goreng ayam tadi, tumis rempah 4 sekawan bersama daun kari dan daun pandan.
8. Kemudian masukkan pes bawang dan halia tadi. Kacau sebati.
9. Masukkan serbuk jintan putih, jintan manis, serbuk kari dan serbuk cili. Kacau lagi.
10. Masukkan bahan sos. Kacau lagi bagi sebati dan pecah minyak.Masa ni bau aroma rempah ni akan harum semerbak.
11. Masa ni kena rajin kacau supaya rempah tak hangit. Jika kering masukkan sedikit air dan kacau lagi. Nampak kering, masukkan lagi sedikit air kacau lagi. Ulang 4 atau 5 kali.Tujuannya supaya rempah betul-betul masak elok. Kalau rempah tak masak elok nanti makan tak sedap.
12. Bila rempah sudah masak elok, tambah 2 atau 3 cawan air biar berkuah pekat. (kepekatan ikut selera masing-masing). Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
13. Bila perasa kuah sudah cukup, masukkan ayam goreng tadi dan gaul sebati.
14. Taburkan bawang goreng tadi dan gaul sebati lagi.
15. Bila sudah sebati dan meresap rempah ke dalam ayam, terus tutup api. 16. Ayam Masak Bawang yang selalu ‘top sale’ dekat kedai mamak sedia untuk dinikmati. Enak dimakan dengan nasi panas dan sayur kubis goreng.
Hari ni jom kita memenuhkan balang kuih sempena dah boleh rentas negeri. Buat banyak-banyak boleh hadiahkan kepada ibu bapa dan sanak saudara yang dah lama dirindui. Swiss Tart Almond Nutella dengan rasanya yang rangup ditambah dengan kacang badam dan Nutella memang jadi kesukaan ramai.
Swiss Tart Almond Nutella Bahan-bahan: 2 ketul buttercup pure 140 gram gula aising-BELI ONLINE DI SINI 1 sudu esen vanila-BELI ONLINE DI SINI 3 cawan tepung jagung(ayak)-BELI ONLINE DI SINI 3 cawan tepung gandum cap ros(ayak) 1/2 cawan coklat rice(hiasannya) Nutella Kacang badam
Cara membuat: 1.Satukan buttercup bersama gula aising dan esen vanila. Gaul sebati guna senduk kayu. 2.Masukkan sedikit demi sedikit tepung jagung dan tepung gandum.Gaul sebati. 3.Selepas itu masukkan coklat rice ke dalam adunan dan gaul seketika. 4.Kemudian bolehlah masukkan adunan ke dalam piping beg yang telah diletakkan acuan. Picit ikut kreativiti masing-masing dan letakkan coklat nutella di tengah-tengah bersama kacang badam. 5. Bakar dalam suhu 150 darjah selama 25 minit mengikut oven masing-masing. Sebelum masukkan adunan, panaskan oven terlebih dahulu selama 10 minit. Selamat mencuba
Bila dihidangkan menu satay pastinya tak cukup satu cucuk. Paling tidak pun 10 cucuk seorang. Perapan satay sama ada daging mahupun ayam pastikan cukup ramuannya. Barulah sedap rasanya. Rempah ratus yang diperap inilah menaikkan aroma rasa pada satay apabila dibakar nanti.Tip nak dapatkan satay yang cantik berkilat, kena balik-balikkan dan sapukan madu,air,minyak dan serai sikit. Selamat mencuba.
Satay Ayam dan Daging
Bahan-bahan:
* 1kg isi ayam (potong kiub)
* 1/2 kg daging lembu (potong kiub)
* 2 sudu besar jintan manis
* 2 sudu besar jintan putih
* 2 sudu besar serbuk kunyit
* 1 sudu besar serbuk ketumbar
* 14 sudu besar gula putih (boleh tambah/ kurangkan)
* 3 sudu besar gula merah
* Sedikit garam
Bahan kisar:
* 5 ulas bawang putih
* 1 biji bawang besar
* 2 inci halia
* 4 batang serai
Cara membuat:
1. Kisar bahan kisar dan bahagikan kepada dua bekas untuk ayam dan daging.
2. Perapkan semua bahan-bahan di atas, bahan kisar bersama ayam dan daging
yang dipotong kiub.
3. Sebatikan dan perap semalaman dalam peti ais, lagi lama perap lagi sedap.
4. Cucuk satay dengan lidi dan bakar dalam air fryer selama 40 minit dengan suhu
180-200c
5. Air perapan satay jangan dibuang,boleh diguna untuk kuah kacang cuma tambahkan:
* 10 tangkai cili kering (dikisar dan tumis)
* 1 serai ketuk
* Kacang tanah (digoreng dan kisar)
* Air asam jawa
Masak semuanya sampai pecah minyak perasakan dengan gula dan garam.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.