Nak Tempe Goreng Berlada Sedap Rasa Dan Berkali Tambah, Ini Tipnya

Share

Malam ni menunya ringkas tapi menyelerakan. Rindu pula dengan tempe goreng berlada. Makan dengan nasi panas-panas boleh bertambah makan. Nak hasilkan tempe goreng berlada yang sedap, semasa menumis lada, boleh masukkan juga daun limau purut atau daun kari untuk kelainan rasa dan aroma pada masakan.Selain itu penggunaan asam keping adalah untuk kekalkan rangup pada ikan bilis dan kentang. Jika masukkan air asam jawa bahan-bahan tersebut akan jadi lembik dan tidak begitu sedap untuk dimakan. Selamat mencuba.

TEMPE GORENG BERLADA
Bahan-bahan:
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
5 biji cili padi
1 biji cili merah
#semua bahan di atas di kisar kasar
1 keping asam keping


1 keping tempe (potong nipis)
2 keping tauhu (potong nipis)
Ikan bilis secukupnya
1 biji terung(potong memanjang)
1 biji kentang(potong baji)

#semua bahan digoreng garing

Cara memasak:
1.Panaskan minyak dan tumis bahan kisar.
2.Masukkan 1 keping asam keping.
3.Sesuaikan rasa dengan garam, gula dan sedikit serbuk perasa.
4.Masukkan daun limau nipis atau daun kari.
5.Terakhir masukkan kesemua bahan-bahan goreng.
6.Gaul hingga sekata semua bahan.
7.Siap untuk dihidang.

Kredit: Rozel Linda

Published by
Putri Adila Saari