Nak Termos Tahan Lama, Fikir 4 Perkara Ni Sebelum Beli!

Share

Baru beli termos dah bocor, air cepat sejuk,  atau mudah tumpah, Semua ni memang leceh. Ok, kalau tak mahu semua ini berulang, fikirkan empat perkara ini sebelum  beli. Emak-emak wajib fikirkan ini kerana simpanan air panas perlu di rumah bagi membantu memudahkan  penyediaan susu si manja.

Senangkan, fikir dulu sebelum  buat keputusan membeli dengan bijak.

Tentukan Tujuan Beli Termos

Dulu sebut je termos hanya untuk simpan air panas, tetapi sekarang ada termos  untuk air sejuk. Sebaiknya sebelum beli tentukan tujuan membeli.   Ibu muda mungkin lebih memerlukan termos bagi tujuan simpan air panas  supaya mudah menyediakan susu anak. Anda yang suka hangout atau travlling, mungkin memerlukan kedua-dua termos,  sejuk dan panas.

Jenis Material

Sekarang termos diperbuat dari pelbagai jenis material ada yang stainsteel, kaca dan juga plastik. Namun yang sering disarankan adalah jenis stainsteel dan kaca. Kedua-dua ini tahan lasak dan air yang disimpan di dalamnya tahan panas  atau sejuk lebih lama.

Saiz

Jika diteliti, terdapat berbagai saiz termos di pasaran  ada yang kecil boleh memuatkan 200ml hinggalah 2.5 liter. Jadi belilah termos sesuai dengan kegunnaan. Jika untuk kegunaan seisi keluarga termos yang besar 1.5 hingga 2.5 liter adalah sesuai. Jika untuk dibawa sebagai bekal ke pejabat, memadai 0.5 liter.

Sesuai Dengan Keperluan

Jangan terpengaruh dengan bentuk termos yang bermacam  rupa.  Sangat baik anda tumpukan kepada keperluan penggunaan dari memikirkan cantik semata.  Termos dengan penutup yang boleh digunakan sebagai cawan, sangat membantu anda tidak ada mug atau cawan bila di bawa keluar atau ke pejabat. Atau termos yang ada pemegang, sangat praktis di bawa ke mana-mana tanpa perlu memasukkannya ke dalam beg. Termos dengan penyedut sesuai untuk anak-anak atau ahli sukan.

 

 

Published by
Norasida Myasin