Nam Pla Wan ( sweetened fish sauce). Resipi dari negara Thailand yang dikongsi oleh saudari El Xaher. Tengok gambarnya sahaja dah boleh membuiat air liur bertakung. Hmmm! Jom cuba! Pasti merecik!
BAHAN-BAHAN:
- 1/2 cawan sos ikan
- 3 ketul gula melaka kecil
- Cili padi secukupnya – ikut citarasa masing-masing
- 1 biji bawang besar – hiris halus
- Udang kering tumbuk – anggaran 2 sudu makan
- Air secukupnya
- Gula putih – jika perlu
* Boleh lebihkan gula melaka, bawang merah dan cili padi. rasanya akan jadi lebih sedap.
CARA MEMASAK:
- Masak sos ikan bersama gula melaka sampai mendidih .
- Masukkan air dan tambah gula jika perlu .
- Kemudian masukkan bahan-bahan lain. Cuba rasa terlebih dahulu. Pastikan rasa masin, manis dan pedas seimbang dan ikut citarasa masing-masing.
- Setelah sos kelihatan likat, padamkan api. Sedia untuk dinikmati bersama aneka buah-buahan.
Info RASA:
Untuk pastikan sos tahan lama, masukkan ke dalam bekas bertutup dan simpan di dalam peti sejuk.
Kredit resipi & gambar: El Xaher