Kebiasaannya, orang akan buat spaghetti Bolognese atau Carbonara je kan? Tapi pernah dengar nama Pasta Pesto?
Apa kata kali ini, kita tukar selera sikit. Jom buat Pesto Pasta yang senang ni, hasil perkongsian saudara Arif Eddy.
Boleh la nak masukkan apa-apa protein seperti ayam, udang, ataupun buat versi vegan menggunakan cendawan butang.
PASTA PESTO
BAHAN-BAHAN:
2 cawan daun basil segar
1/3 cawan pine nuts (saya guna pistachio) – beli online di sini
1/3 cawan keju parmesan parut segar
3 ulas bawang putih – beli online di sini
1/3 cawan minyak zaitun
1 sudu teh jus lemon segar
1/2 sudu teh garam
Sedikit lada hitam
TONTON Sizzling Yee Mi, Sedap & Mudah
CARA-CARA:
1. Kisar semua bahan jangan terlalu halus. Boleh simpan dalam peti ais. Letakkan sedikit minyak zaitun. Campuran ini dipanggil Pesto.
2.Tumis bawang putih dan ayam dengan minyak zaitun. Boleh tambah garam pada masa ni juga.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
3.Masukkan spaghetti yang telah direbus. Kemudian masukkan pesto.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
4.Gaulkan dan letak tomato jika suka. Kalau nak lebih creamy, boleh tambah air rebusan spaghetti sedikit.
5.Siap! Boleh makan dengan kambing bakar macam ni. Saya beli segera yang ni hehe.
6.Taburkan parmesan untuk lagi uumph.
Kredit resipi & foto: Arif Eddy
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official: