Ingin resipi sambal belacan yang ringkas tapi rasa yang padu. Anda boleh jimat masa dengan buat sambal totok yang sangat mudah ini.

Tidak perlu lauk pauk sampingan yang meriah, cukup sekadar makan bersama nasi panas dan ikan goreng  atau telur goreng. Buat lebih sebagai stok dan simpan dalam peti sejuk.

Ads

Nampak Biasa? Tapi Bila Sekali Rasa Sambal Totok Jawa Viral Ini Memang Boleh Tak Ingat Dunia

RESEPI SAMBAL TOTOK

BAHAN-BAHAN:

Ads
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar (potong kasar)
  • 10 biji bili padi
  • Belacan (sebesar ibu jari tangan)
  • Ikan bilis (segenggam)
  • Gula (satu sudu makan/ kurangkan kalau tak suka manis)

 

CARA MEMASAK

Ads
  1. Mula-mula panaskan minyak, goreng kesemua bawang dan cili padi, biar sampai agak kekuningan, kemudian angkat dan toskan.
  2. Kemudian goreng pula belacan sehingga agak garing (jangan sampai hancur). Angkat dan toskan.
  3. Gorengkan juga ikan bilis sehingga jadi garing, angkat dan toskan juga.
  4. Tumbuk bawang, cili padi dan belacan sehingga jadi lumat. Kemudian masukkan gula dan tumbuk juga hingga lumat.
  5. Akhir sekali, masukkan ikan bilis goreng tadi dan tumbuknya biar sampai ikan bilis itu hancur.
  6. Masakan ini sesuai dimakan dengan nasi yangg suam-suam panas.

Info: Jika suka boleh tambah dengan bahan yang kita suka seperti petai, jering, tomato, belimbing buluh dan sebagainya.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI