
Isi Kandungan
ToggleResipi Char Meehoon @ Bihun Goreng Cina perkongsian saudara Wan LuQman ni nampak sangat sedap. Kombinasi warnanya nampak sangat menyelerakan. Bahan-bahan yang digunakan juga sangat mudah.
Menurut beliau, Bihun Goreng Cina ini rupanya memang kehitam-hitaman sedikit. Tapi bab rasa, memang terbaik. Gred A orang kata.
Ha…Nampak best kan? Tunggu apa lagi. Jomlah cuba. Anda pasti sukakan rasanya.
CARA MASAK BIHUN GORENG CINA @ CHAR MEEHOON SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
Bihun (untuk seorang makan) – direndam @ dicelur – beli online disini
1 biji telur
1/2 – 1 sudu makan cili boh yang dimasak – beli online disini
4 sudu makan bancuhan kicap (kicap cair, kicap karamel, kicap manis)
Sedikit daun kucai – hiris
Sedikit hirisan lobak merah
Sedikit kubis
1-2 ulas bawang putih – cincang
Udang secukupnya
Sedikit fishcake
Minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih hingga kekuningan. Kemudian pecahkan telur, udang dan fishcake. Kacau hingga masak.
2. Bila sudah masak, masukkan bihun yang sudah dicelur. Gaul rata.
3. Masukkan cili boh masak. Sebatikan.
4. Seterusnya masukkan bancuhan kicap, hirisan kubis, kucai dan lobak merah. Kacau sebati dan bihun masak sempurna.
5. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Wan LuQman
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Memang Mantap Rasa Spageti Olio Grilled Chicken Sampai Boleh Berebut Makan

Sesekali ubah selera dengan masakan barat yang lengakap dengan protien makanan yang seimbang. Hidangan sihat spageti olio dengan tambahan dada ayam yang dipanggang dengan herba campuran yang enak.
SPAGETI OLIO GRILLED CHICKEN
SPAGETI OLIO
BAHAN-BAHAN:
- 1 bungkus spageti
- garam
- minyak zaitun
CARA MEMASAK:
- Spageti rebus dengan air yang sudah mendidih yang sudah di masukkan sedikit garam dan minyak zaitun.
INFO:
- Untuk tahu spageti sudah lembut ke atau tidak. Patahkan sedikit spageti kalau tengah masih ada warna putih maksudnya tidak masak lagi.
- Kalau sudah lembut toskan dan gaul minyak zaitun sekali lagi supaya tidak melekat.
BAHAN TUMIS:
- 5-6 ulas bawang putih
- 1 labu besar bawang holland-dipotong dadu
- Minyak zaitun
- Tomato ceri-potong dua
- Lada benggala (merah, kuning dan hijau)-potong dadu
- Cendawan shitake- hiris memanjang
- Daun ketumbar
- Cili kering atau cili padi-hiris menyerong
- Chili flakes
- Mixed herbs
- Garam
- Gula
- Lada hitam- ditumbuk kasar
- Lemon
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang holland dan bawang putih sehingga naik bau, layu dan sedikit perang. Bawag yang garing jadikan masakan tahan lama dan susah basi.
- Masukkan chilli flakes, black pepper dan cendawan.
- Bila cendawan sudah lembut masuk spageti yang sudah direbus tadi.
- Selepas itu masukkan lada benggala dan tomato. Sudah layu sedikit masuk garam dan mixed herbs. Sesuaikan rasa.
- Tutup api. Tabur daun ketumbar. Perah sedikit lemon. Gaul sebati dan siap.
INFO: Kalau kering masa hendak hidangkan itu boleh gaul dengan sedikit minyak zaitun.
AYAM GRILLED BLACK PAPER
BAHAN-BAHAN:
- Isi ayam (bahagian dada)
- Garam
- Mixed herbs
- Lada hitam – ditumbuk kasar
- Daun ketumbar – di potong kasar
CARA MEMASAK:
- Kelar-kelar isi ayam dan perpakan dengan garam, serbuk persa, mixed herbs, lada hitam, perahan jus lemon dan daun ketumbar. Kacau rata.
- Balut dalam plastik kemas-kemas dan simpan dalam peti sejuk (chiller). Lebih elok perapkan semalaman atau 1 hingga 2 jam.
- Boleh panggang ayam guna pemanggang ajaib atau oven.
- Ayam yang siap dibakar boleh dipotong keciil dan tabur atas spageti.
- Taburkan daun ketumbar segar. Boleh hidangkan.
KREDIT RESIPI & GAMBAR: Nurul Aasya Ibrahim
INFO: Jika suka pedas boleh lebihkan chili flakes atau cili padi. Kalau tidak jangan letak.
ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI INI:
Anak-Anak Pasti Sukakan Mi Kicap Sayur Ala Cina Simple & Delicious.
Resipi Sizzling Yee Mee Homemade Tanpa Guna Hot Plate.

Hidangan panas seperti Sizzling memang sesuai dijadikan hidangan makan malam. Biasanya anda perlu membelinya di kedai. Namun, kenapa perlu beli lagi jika anda sebenarnya boleh menyediakan sendiri hidangan bertaraf restoran di rumah? Tak susah pun nak buat kuahnya jika anda jumpa resipi yang betul. Jika tak ada Hot Plate untuk sizzling tu pun tak apa. Jom cuba. Anda pasti sukakannya.
SIZZLING YEE MEE
BAHAN-BAHAN:
- 1 inci halia – potong ikut suka
- 8 ulas bawang putih – hiris nipis
- 6 ketul ayam – potong kecil
- 8 tangkai cili kering – potong kasar
- 10 biji cendawan kering – potong kasar (rendam terlebih dahulu dalam air panas selama 1/2 jam.
- 4 sudu makan tepung jagung – larutkan dalam air
- Yee mee secukupnya
- Sawi – potong kecil
- Telur
- Sos tiram – ikut citarasa. Tambah ikut kesesuaian.
- Kicap lemak manis – ikut citarasa. Tambah ikut kesesuaian.
- Kicap pekat – ikut citarasa. Tambah ikut kesesuaian.
- 3 sudu makan minyak masak
- Air secukupnya
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Untuk menyediakan kuah sizzling, panaskan minyak masak dan tumis halia serta bawang putih menggunakan api perlahan hingga kekuningan.
2. Masukkan cili kering dan kacau hingga garing.
3. Tambahkan ayam serta 1 mug air. Tambahkan juga sedikit garam dan biarkan mendidih selama 5 minit.
4. Seterusnya masukkan cendawan diikuti sos tiram, kicap lemak manis, kicap pekat dan 3 mug air. Biarkan mereneh seketika.
5. Setelah ayam empuk dan kuah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung. ( tip: buka api pada tahap kepanasan maksimun, kacau sehingga kuah tak berketul dan sampai pada kepekatan yang sesuai.
6. Cara membuat sizzling: Letak hot plate diatas api ( jika tiada, guna pemanggang ajaib), tuang sedikit kuah kemudian letak yee mee, sayur dan telur.
7. Buka api pada kepanasan maksimum dan tuang kuah sekali lagi keatas yee mee. Masak hingga lembut.
8. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & gambar: Julieta Naura Aisya
5 Cara Masak Makanan Gerai Jepun Popular. Gerenti ‘Laris’ Lah…

Isi Kandungan
ToggleMakanan Jepun adalah antara sajian popular dunia. Bahan makanan rendah lemak dan tidak menjadi pemangkin kepada obesiti. Pemakanan yang sihat boleh menjadikan tubuh sihat juga.
Hari ni Min nak kongsi resipi dari Chef Qayyum Irwanzi , chef muda yang kreatif dan gigih. Chef ni pernah bertugas di restoran Korea Selatan. Tapi cukup berbakat dengan sajian Jepun juga. Jom semak resipinya…
1. YAKITORI (ALA SATE AYAM)
BAHAN-BAHAN :
- 2 kepingan isi tanpa tulang | dipotong dadu
- Sedikit daun bawang | dipotong 2.5 sm
- 2 ulas bawang putih |dicicang halus
- 2 sudu makan kicap
- ½ sudu makan cuka
- ½ sudu teh tepung jagung
- Garam dan gula secukup rasa
- Biji bijan untuk hiasan
CARA MEMASAK:
1. Gaulkan isi ayam, daun bawang, kicap, cuka, bawang putih, tepung jagung, garam dan gula
secukup rasa. Biarkan ayam diperap seketika.
2. Cucukkan isi ayam ke lidi diselang selikan bersama daun bawang. Boleh juga menggunakan
cili dan cili benggala.
3. Grill ayam di atas api yang sederhana besar sehingga masak sepenuhnya setiap sisi.
4. Taburkan bijan ke atas ayam yang siap dimasak.
Saiz Hidangan : 2 Orang
Waktu Memasak : 30 minit
Cara Memasak : Gril/panggang
Jenis Masakan : Ala sate, cucuk ayam Jepun
Keistimewaan : Mudah dibuat dengan bahan masakan yang ringkas
Info Chef : Antara street food Jepun paling popular. Resepi yang sama boleh juga digunakan untuk daging lembu.
2. MOCHI (KUIH BEBOLA PULUT )
BAHAN-BAHAN :
- 200gm tepung pulut
- 4 sudu besar gula castor
- Sedikit tepung katakuriko | untuk menyalut mochi
- Beberapa titik pewarna makanan
Bahan inti :
- 200 gm buah kundur (rock melon)
- 100 gm gula
- 250 ml air
CARA MEMASAK :
1. Campurkan tepung pulut bersama gula, garam dan sedikit pewarna makanan, gaul sebati.
2. Kukus adunan mocha lebih kurang 15 minit di dalam bekas pengukus.
3. Taburkan tepung katakuriko di atas dulang dan golekkan mocha yang telah dikukus.
4. Bahagikan tepung mochi kepada beberapa bahagian bebola kecil.
5. Masukkan inti mengikut perisa citarasa anda dibahagian tengah mochi.
Cara masak inti :
1 . Potong dadu (kecil) buah kundur.
2. Rebus dengan air sehingga lembut dan hampir hancur.
3. Kemudian masukkn gula hingga larut, kacau hingga sebati.
Saiz Hidangan : 10 biji
Waktu Memasak : 45 minit
Cara Memasak : Kukus
Jenis Masakan : Manisan Jepun
Keistimewaan : Rasa kenyal dan manis
Info Chef : Anda juga boleh menggunakan buah-buahan segar sebagai inti mochi.
3. SENBEI (KEROPOK BERAS PANGGANG)
BAHAN-BAHAN :
- 120 gm tepung beras
- 40 gm nasi putih
- ¼ sudu teh garam
- 2 sudu makan minyak sayuran
- 4 sudu makan air
CARA MEMASAK :
1. Masukkan tepung besar, nasi putih, garam dan minyak ke dalam pemproses makanan. Kisar
sehingga halus.
2. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit sehingga campuran basah dan berketul.
3. Uli adunan sehingga sebati.
4. Bahagikan adunanan kepada beberapa bahagian. Bulatkannya dan ratakan sehingga nipis.
5. Letakkan kertas pembakar di atas dulang pembakar. Kemudian letakkan adunan yang telah di nipiskan.
6. Bakar lebih kurang 6-8minit. Kemudian terbalikkannya dan bakar sekali lagi 6-8minit.
7. Pastikan biskut tersebut tidak hangus dan sebelum dihidangkan biskut beras hendaklah sejuk sepenuhnya.
Saiz Hidangan : 4 Orang
Waktu Memasak : 45 minit
Cara Memasak : Bakar
Jenis Masakan : Keropok
Keistimewaan : Kudapan rangup dimakan
Info Chef : Boleh dicampur rumpai laut kering dan bijan jika suka.
4. OKONOMIYAKI (JAPANESE PANCAKE)
BAHAN-BAHAN :
- 150 gm tepung gandum
- 150gm keladi jepun | diparut
- 10 gm dashi * sejenis stok masakan Jepun
- 2 biji telur
- 1 sudu kecil serbuk penaik
- 200 ml air
- 250 gm kobis | dihiris halus
- 50 ml mayonis
CARA MEMASAK :
1. Campurkan tepung gandum, garam, dashi dan serbuk penaik.
2. Masukkan air, telur serta keladi jepun. Kacau hinggga sebati.
3. Panaskan kuali bersama minyak masak.
4. Tuangkan adunan ke atas kuali yang sudah panas dan ratakan ke sekeliling kuali.
5. Kemudian terbalikkan adunan dan biarkan ia masak sehingga kuning keemasan.
6. Hiaskan okonomiyaki dengan mayonis di atasnya.
7. Anda juga boleh menggunakan hirisan bonita (sejenis ikan) sebagai hiasan
Saiz Hidangan : 4 orang
Waktu Memasak : 1jam 15minit
Cara Memasak : Bakar
Jenis Masakan : Sajian Jepun
Keistimewaan : Lempeng Jepun yang enak dan lembut berperisa
Info Chef : Dashi ada dijual pasaraya utama,bahagian rak produk runcit antarabangsa. Di antara lain ramuannya adalah rumpai laut, kepingan halus tuna, sardin atau ikan bilis dan cendawan shiitake .Dashi adalah bahan asas dalam kebanyakan masakan Jepun.
5. EBIYAKISOBA (SHRIMP FRIED NOODLE)
BAHAN-BAHAN :
- 1 sudu teh minyak bijan
- 1 biji bawang besar | dihiris
- 1 biji lobak merah | diparut
- 2 helai daun kobis | diracik halus
- ¼ cili benggala hijau
- 500 gm udang
- 1 ikat daun bawang | dihiris kasar
- ½ sudu teh bijan
- 1 sudu teh kicap
- 1 paket mi soba yang sudah direbus
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak. Tumis bawang sehingga naik bau.
2. Masukkan bawang merah,lobak merah, kobis, cili benggala dan udang. Biarkan ia masak seketika.
3. Masukkan mi bersama kicap dan goreng seketika.
4. Akhirnya taburkan daun bawang dan bijan.
Saiz Hidangan :4 orang
Waktu Memasak : 30 minit
Cara Memasak : Tumis
Jenis Masakan : Sajian Mi Jepun
Info Chef: Mi soba adalah mi yang halus helaiannya yang dibuat dari ‘buckwheat’ iaitu dari jenis gandum kuda atau gandum hitam.