1. Masak dua bahan ini bersama sampai ia jadi pekat. Guna api kecil sahaja. Kemudian sejukkan. 2. Water roux(dalam gambar) hanya boleh digunakan pada suhu bilik sahaja.
BAHAN B
½ cawan air bunga telang suam 1 sudu besar mauripan – beli online di sini 2 sudu besar susu pekat (boleh ganti dengan gula) – beli online di sini *Kalau nak buat roti manis, lebihkan gula Sedikit esen vanilla *Satukan semua bahan di atas
1. Gaul bahan C hingga, menjadi serbuk roti. Kemudian, masukkan bahan A (water roux). Ramas-ramas. 2. Masukkan bahan B. Uli hingga sebati. 3. Tambah lagi sedikit air (JIKA PERLU) sehingga dapat doh yang lembik tapi tidak melekat di tangan (kalau doh keras, nanti roti kita tak lembut).
Ads
4. Rehatkan doh 45 minit. Dah naik 2 kali ganda, tumbuk-tumbuk bagi keluar angin. 5. Sapu loyang dengan marjerin. Bulatkan doh. Rehatkan doh 40minit (kalau cuaca panas, cepat je naik). 6. Sapukan roti dengan marjerin. Taburkan oregano flake/rosemary (optional).
7. Panaskan air fryer selama 5 minit pada suhu 160C. Bakar roti selama 20 minit pada suhu 160C. 8. Jika guna ketuhar, panaskan dahulu. Bakar suhu 170C guna api atas bawah selama 30 minit. Bergantung pada ketuhar masing-masing. Dah masak, sapukan lagi marjerin cair.
Banyak resipi yang boleh diolah dari kacang hijau, antaranya kuih lepat kacang hijau yang dikongsikan ini. Jarang sekali kita mendengar atau merasai , apa kata kamu cuba resipi air tangan mak ni, mesti sedap. Selamat mencuba!
RESIPI LEPAT KACANG HIJAU
BAHAN-BAHAN:
150gm tepung beras
50gm tepung jagung
1 cawan gula merah
1 1/2cawan air
1/2cawan gula pasir (ikut kemanisan)
1 1/2cawan santan kotak
1 cawan kacang hijau (direbus dulu)
1/2sudu kecil garam
CARA MEMASAK:
Satukan tepung beras , tepung jagung , santan dan air dalam satu mangkuk dan gaul hingga sebati..
Tapiskan kedalam periuk dan buka api perlahan masukkan gula, gula merah n garam dan kacau sampai pekat likat jangan behenti kacau.. kalau behenti akan berketul.. (masa dah pekat sikit masukkan kacang hijau)
Biarkan sejuk sikit baru masukkan kedalam daun pisang.. boleh kukus dan boleh masukkan kedalam peti sejuk..
Mudahnya buat fishball @ Bebola Ikan homemade ni. Rupanya sama seakan fishball dalam paket yang dibeli di kedai. Rasanya pun sedap. Letak sahaja dalam sup sayur atau apa-apa hidangan, memang menaikkan selera. Paling penting tiada pengawet berbahaya. Sesuai sangat buat untuk kegunaan keluarga tercinta. Jom cuba resipi perkongsian saudari Anieyta Alini. Pasti puas hati.
RESIPI FISHBALL @ BEBOLA IKAN HOMEMADE SEDAP & MUDAH DIBUAT
BAHAN-BAHAN: 5-6 ekor ikan sardin/Selayang – ambil isinya sahaja 2 cawan tepung ubi – beli online disini 1 kiub pati ayam – beli online disini Garam dan gula secukup rasa Sedikit air – agak-agak sahaja, jangan lembik sangat
CARA MEMASAK: 1. Masukkan bahan-bahan ke dalam pengadun atau pengisar. Kisar hingga sebati.
2. Bila sudah dapat tekstur yang diingini, keluarkan doh kisaran ikan tadi.
3. Cubit doh dan bulat-bulatkan menjadi bentuk bebola. Masukkan ke dalam periuk berisi air mendidih.
4. Bila bebola ikan sudah terapung, angkat dan toskan.
5. Fishball @ Bebola Ikan homemade sedia untuk dimakan atau boleh juga digoreng hingga keperangan sebelum dinikmati.
Resipi Char Meehoon @ Bihun Gorengperkongsian saudara Wan LuQman ni nampak sangat sedap. Kombinasi warnanya nampak sangat menyelerakan. Bahan-bahan yang digunakan juga sangat mudah. Menurut beliau, Bihun Goreng Cina ini rupanya memang kehitam-hitaman sedikit. Nampak best kan? Jom lah cuba. Anda pasti sukakan rasanya.
CARA MASAK CHAR MEEHOON SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN: Bihun (untuk seorang makan) – direndam @ dicelur – beli online disini 1 biji telur 1/2 – 1 sudu makan cili boh yang dimasak – beli online disini 4 sudu makan bancuhan kicap (kicap cair, kicap karamel, kicap manis) Sedikit daun kucai – hiris Sedikit hirisan lobak merah Sedikit kubis 1-2 ulas bawang putih – cincang Udang secukupnya Sedikit fishcake Minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK: 1.Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih hingga kekuningan. Kemudian pecahkan telur, udang dan fishcake. Kacau hingga masak.
2. Bila sudah masak, masukkan bihun yang sudah dicelur. Gaul rata.
3. Masukkan cili boh masak. Sebatikan.
4. Seterusnya masukkan bancuhan kicap, hirisan kubis, kucai dan lobak merah. Kacau sebati dan bihun masak sempurna.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!