Agar-agar Pandan Santan rasanya sedikit berlemak tapi tidaklah sampai muak. Pendek kata bila makan, rasanya sedang-sedang elok sahaja. Menggunakan daun pandan, tentunya aroma Agar-agar Pandan Santan harum dan secara tidak langsung membuka selera untuk menikmatinya. Ini resipi Agar-agar Pandan Santan seperti yang dikongsikan oleh Muhammad Ali
RESIPI AGAR-AGAR PANDAN SANTAN
BAHAN-BAHAN:
( Loyang 8 inci)
12 gram agar-agar tali-BELI ONLINE
4 cawan air
4-5 helai daun pandan
CARA MEMBUAT:
1. Kisar 4-5 daun pandan dengan 1 cawan air. Sudah siap kisar terus tapis. Siap air pandan.
2. Kacau sebati 200 ml santan dengan 1 biji telur gred A. Kalau pakai santan kotak, pakai brand KARA. Berlemak elok. Kalau hendak kisar santan dengan telur pun boleh. Tekstur lebih halus. Sudah siap ketepikan.
3. Panaskan api dapur, masukkan 4 cawan air dan 12 gram agar agar tali. Biarkan mendidih. Api sederhana.
4. Apabila sudah mendidih, masukkan 125 gram gula, air pandan, santan dan telur serta 1 sudu kecil pewarna hijau. Kacau sebati. Mesti kacau dulu supaya tidak bergumpal.
5. Apabila sudah sebati, biarkan mendidih 1-2 minit. Jangan kacau ketika ini sebab hendak bagi santan terpisah dengan air.
6. Apabila sudah 1-2 minit, padamkan api dapur. Kacau beberapa saat dan terus masukkan dalam loyang 8 inci.
7. Biarkan set suhu bilik 30-40 minit. Selepas itu baru masukkan dalam peti sejuk selama 2 jam. Selepas itu bolehlah dimakan. Selamat mencuba!
Sumber kredit: Muhammad Ali
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official