Apa yang fenomena pasal nasi 3 budak gemok ya?.. Ohh ini rupanya yang menjadi viral bila 3 orang anak muda menjalankan perniagaan gerai nasi panas, ayam kicap, cili gesek pedas dan ulam yang menjadi pilihan ramai kerana kombinasi masakan yang sedap dan harga yang berpatutan. Jika tak berkesempatan boleh cuba resipi ala 3 budak gemok ni yang dikongsikan oleh Kak Faa ni. Selamat mencuba!
RESIPI AYAM KICAP DAUN KARI
Ads
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ayam (cuci bersih, toskan air.)
- garam secukup rasa
- serbuk kunyit secukupnya
- 2 labu bawang besar
- 6 ulas bawang putih
- 1 inch halia
- minyak masak secukupnya
- 1 cawan daun kari
- Sedikit air
- 1 sudu rempah kari ayam daging
- 1 sup bunjut
- kicap manis secukup rasa
- 2 sudu oyster sos
- 2 sudu kicap pekat
- 2 asam keping
CARA MEMASAK:
- gaul ayam & serbu kunyit. Panaskan minyak. Goreng hingga garing. Habiskan goreng ayam.
- buang sedikit minyak goreng ayam tadi. Balance minyak panaskan semula. Blend bawang² & halia dgn sedikit air.
- masukkan daun kari dalam minyak yg pnas tadi. Masukkan bahan blend. Tumis sampai garing.
- masukkan sup bunjut & serbuk kari. Kacau hingga garing. Tmbah air & asam keping.
- masukkan seafood sauce & semua kicap. Kacau sampai mendidih. Masukkan ayam goreng. Kacau sampai semua masak sebati. Done.
RESIPI SAMBAL BELACAN GESEK
Ads
BAHAN-BAHAN:
- 10 ke 15 biji cili api merah
- 6 ke 8 biji cili api hijau
- 1 labu bawang besar
- 3 ulas bwang putih
- garam secukup rasa
- 1/2 sudu gula
- 1 sudu belacan
- jus limau secukup rasa
- sedikit minyak
CARA MEMASAK:
Ads
- hiris semua bawang dan semua cili api. Panaskan minyak. Goreng semua bahan hiris sampai layu. Angkat, toskan minyak dan masukkan ke dalam lesung batu.
- tambah gula, garam & belacan. Tumbuk hingga separuh lumat. Masukkan jus limau. Kacau rata.
- panaskan 2 sudu minyak tadi, tumis semula bahan tumbuk dlm 5 minit. Done. Makan bersama nasi panas, ayam kicap daun kari & ulam.
Kongsi resipi: Nur Fakhira Mohd Rosli
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI