Hidangan Nasi Air Siam. Kombinasi Enak Yang Kaw & Pedas Terangkat!

Share

Andai berkunjung ke Thailand atau ke negeri-negeri sempadan negara gajah putih seperti Kelantan dan Kedah, jangan lupa untuk mencuba Nasi Air Thai. Kombinasi rasa pedas, masam…memang terbaik! Pendek kata, sekali cuba memang akan teringat-ingat. 

 

NASI AIR SIAM

BAHAN-BAHAN:

  • 2 cawan beras
  • Air secukupnya ( jumlah air yang biasa untuk masak nasi)
  • 1 cawan air rebusan tulang/daging
  • 3 hirisan halia | titik
  • 2 ulas bawang putih | titik
  • 1 batang serai | titik
  • Sedikit garam

 

BAHAN-BAHAN SUP:

  • 5 cawan air rebusan tulang
  • 4 hiris halia | titik
  • 2 ulas bawang putih | mayang halus
  • 3 ulas bawang merah | mayang halus
  • Kulit kayu manis
  • Buah pelaga
  • Sup bunjut
  • Garam dan perasa secukupnya
  • Sedikit minyak untuk menumis

 

BAHAN-BAHAN TAMBAHAN

  • 6 ekor udang | dicelur
  • 2 ekor sotong | dicelur
  • Hirisan daun sup
  • Hirisan daun bawnag
  • Bawang goreng

 

CARA MEMASAK:

  1. Rebus tulang bersama daging hingga empuk (air ini digunakan untuk  sup dan juga memasak nasi).
  2. Untuk menyediakan nasi, basuh beras hingga bersih. Masukkan halia, bawang putih, serai  dan sedikit garam di dalam periuk beras.
  3. Masukkan pula  air rebusan tulang dan daging. Pastikan air lebih sedikit dari masak nasi biasa supaya nasi lembik.
  4. Cara penyediaan sup. Tumiskan kulit kayu manis, buah pelaga, bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau.
  5. Masukkan air rebusan  tulang/daging bersama sup bunjut
  6. Akhir sekali masuk garam dan perasa secukup rasa.
  7. Cara menghidangkannya, sendukkan nasi ke dalam mangkuk.
  8. Letakkan di atasnya udang dan sotong yang telah dicelur serta hirisan daun bawang, daun sup dan bawang goreng.
  9. Tuangkan sup dan sedia dihidangkan. Enak jika perah sedikit jus limau nipis sebelum dinikmati.

 

INFO CHEF: Anda yang alahan makanan laut, boleh tukar dengan ikan bilis dan daging goreng.

 

Published by
Nur