Nasi ayam claypot ini memang menjadi kegemaran ramai. Nak masak menu ni ramuannya simple tetapi memang sedap menikmatinya. Bolehlah buat untuk anak-anak, pasti mereka suka. Sesiapa yang suka pedas boleh makan
dengan sos thai.
NASI AYAM CLAYPOT
Bahan-bahan nasi:
1 tin susu beras
2 tin susu air
1 kiub pati ayam
Bahan-bahan ayam kicap:
8 ketul ayam
4 ulas bawang putih**
2 inci halia**
4 biji cili kering- potong-potong
5 sudu besar kicap manis
4 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar minyak bijan
Sedikit air
8 kuntum cendawan shitake kering (rendam bagi lembut)
Garam dan sedikit gula
Daun bawang dipotong-potong
Cara masak nasi:
Masukkan beras, air dan kiub ayam ke dalam claypot. Masak hingga nasi separuh masak.
Cara masak ayam kicap:
1. Tumbuk bahan ** dan tumis bersama cili kering hingga wangi. Masuk ayam, biarkan sekejap.
2. Masukkan air, kicap, sos dan cendawan. Biarkan ayam dan cendawan lembut. Perasakan garam dan sedikit gula.Kacau rata. Tutup api.
3. Bila nasi dah separuh masak, letak ayam cendawan kicap tadi atas nasi, rata-rata.
4. Tudung semula periuk nasi dan masak sehingga nasi betul-betul masak.
5. Masa nak hidang letak 2 biji telur mata – goreng separuh masak (saya tak letak) hirisan daun bawang dan renjis minyak bijan atas nasi ayam.Sedap berbaloi cuba.
Resepi Oleh: Rozmaliza Omar
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Masak Sampai Pecah Minyak, Rahsia Sambal Tempoyak Bilis Petai Jadi Sedap
Sedap, Cepat Masak. Resepi Sotong Masak Hitam Pedas Disukai Ramai
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
https://www.youtube.com/watch?v=EojUfuKxzTc
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Kuah Soto Ayam, Sambal Kicap & Begedil Kentang Sedap
Resipi Soto Ayam bersama Bergedil Kentang perkongsian saudari Fara Lome ni memang padu. Nak buat pun senang. Sesuai dinikmati sebagai sajin makan tengahari atau pun jika nanti ada bercadang nak buat makan-makan, menu ini boleh disajikan. Lengkap dengan resipi Sambal Kicap padu. Sangat sedap dan mudah nak masak. Kanak-kanak dan orang dewasa juga gemarinya. Jom cuba!
CARA MASAK KUAH SOTO SEDAP (RESIPI UNTUK 2 LITER AIR/ 6 ORG MAKAN)
BAHAN-BAHAN:
Ayam potong besar sebab nak carik kan nnti
2 batang serai – ketuk
Minyak untuk menumis
1/2 paket kecil Serbuk Sup – beli online disini
1/2 paket kecil Serbuk Kurma – beli online disini
1 kiub pati ayam – beli online disini
Akar daun sup – potong & cuci bersih
2 liter air
BAHAN-BAHAN KISAR:
1 inci lengkuas
1 inci halia
4 biji bawang merah besar (lagi banyak lebih sedap)
1 ulas bawang putih – beli online disini
1 biji buah keras – beli online disini
CARA MEMASAK:
1. Tumis bahan kisar, serai dan akar daun sup sehingga betul-betul naik bau, masak dan sedikit garing. Ia bertujuan supaya bawang tidak berasa mentah dalam kuah nanti.
2. Masukkan serbuk sup dan serbuk kurma. Jika tiada, boleh letak rempah soto.
3. Masukkan ayam. Agak-agak air ayam sudah hampir kering, baru masukkan air.
4. Masukkan kiub pati ayam dan perasakan dengan gula serta garam dengan secukupnya.
5. Renehkan kuah sehingga ayam masak elok. Angkat ayam dan toskan. Ketepikan ayam untuk dicarikkan nanti.
5. Kuah Soto siap!
BAHAN BEGEDIL KENTANG
5-6 biji ubi kentang – buang kulit, potong kecil & rebus – beli online disini
Hirisan daun sup
Bawang goreng – beli online disini
1 biji telur
Lada sulah secukupnya – beli online disini
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1.Ubi kentang dibuang kulit, potong kecil dan rebus hingga empuk.
2.Kemudian lenyekkan hingga halus. Masukkan hirisan daun sup dan bawang goreng. Sebatikan.
3. Cubit adunan Begedil dan bulat-bulatkan adunan. Leperkan sedikit.
4. Pecahkan telur dan masukkan lada sulah dan garam. Pukul kembang supaya bila digoreng nanti, begedil kelihatan bersarang.
5. Cara goreng begedil supaya tidak hancur, panaskan minyak agak-agak tenggelam separuh begedil sahaja. Jangan penuh.
6. Panaskan dengan api yang kecil sehingga betul-betul panas.
7. Celup begedil dalam bancuhan telur kemudian goreng.
8.Bila sudah garing dan kekuningan, barulah balikkan. Jangan balikkan terlalu awal kerana begedil akan pecah.
BAHAN SAMBAL KICAP
1 ulas bawang putih – diketuk – beli online disini
Segenggam cili padi
Gula secukup rasa
Sos cili secukupnya – beli online disini
Kicap – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak dan goreng bawang putih hingga garing. Masukkan juga cili padi. Goreng bersama bawang putih tadi.
2. Angkat bahan gorengn tadi dan jangan dibuang minyaknya kerana minyak gorengan bawang putih akan membuatkan sambal jadi lebih sedap.
3. Tumbuk bahan gorengan tadi dan tambahkan gula, sos cili dan kicap dengan secukupnya. Masukkan juga 1 sudu makan minyak gorengan tadi. Gaul rata.
4. Sambal isi tidak perlu diisi garam kerana kicap itu sudah berasa masin.
5. Sambal Kicap sedia untuk dinikmati.
INFO: Kalau tak nak guna serbuk sup & serbuk kurma, boleh guna rempah soto. Bahan lain kekalkan, cuba tukar serbuk sup & serbuk kurma kepada rempah soto sahaja.
Kredit resipi & foto: Fara Lome
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Mee Kuah Daging Sedap. Sesuai Dijadikan Menu Rumah Terbuka
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
3 Resipi Nasi Bersama Lauk Yang Sesuai Di Cuba Di Hujung Minggu. Memang Mudah!
Hujung minggu semestinya saat yang ditunggu-tunggu oleh para ibu. Waktu cuti beginilah seronok jika nak masak pelbagai hidangan enak buat keluarga tercinta. Khas buat anda, tiga set nasi lengkap yang mudah, sedap dan menjadi pilihan ramai. Selamat mencuba.
1. NASI AYAM
BAHAN-BAHAN
Bahan A – Ayam
- 1 ekor ayam – bersihkan
- 3 biji bawang putih- cincang halus atau kisar
- 4cm halia –hiris nipis
- 1 kiub pati ayam
- Sedikit garam
Bahan B – Sambal Lada
- 4 biji cili merah
- 3 biji cili padi merah
- 2 ulas bawang putih
- 1/2 biji bawang besar
- 2sm halia muda
- 1 sudu kecil minyak bijan
- 1 sudu besar gula
- 2 sudu besar sos cili atau sos cili Thai
- 1 sudu besar cuka makan
Bahan C – Nasi
- 4 cawan beras
- 2 sudu besar minyak
- 2 ulas bawang putih
- 3sm halia -hiris nipis
- 1 sudu besar minyak bijan
- 2 helai daun pandan
- (daun pandan beri aroma wangi)
Bahan D – Sup Ayam
- 1/2 bahagian air rebusan ayam tadi
- 1/2 bahagian bahan tumis nasi ayam
- Daun sup
Bahan E: Hiasan sampingan
- Salad
- Timun
- Tomato
- Tauge
CARA MEMASAK:
- Ayam:Rebus ayam dalam dlm periuk bersama bawang putih dan halia.
- Masukkan air menenggelami ayam, kemudian masukkan garam dan kiub pati ayam.
- Rebus ayam hingga masak lebih kurang 1/2 jam. angkat ayam dan ketepikan.
- Air rebusan ayam tu bahagi dua, akan digunakan untuk sup dan nasi ayam nanti.
- Bila nak makan baru potong dan letakkan sedikit kicap cair, renjis minyak bijan dan hias dengan hirisan daun sup.
- Cara buat Sambal Cili: Masukkan semua bahan bahan B dalam pengisar dan kisar.
- Masak hingga agak pekat.
- Nasi:Panaskan minyak dan tumis bahan C yang relah dikisar bagi Bahan C, setelah agak garing separuh bahan tumis masukkan dalam periuk nasi ayam, separuh lagi akan digunakan untuk sup ayam.
- Masukkan separuh air rebusan ayam tadi, masak nasi seperti biasa dan masukkan juga sedikit minyak bijan.
- Di dalam periuk lain masak sup ayam hingga mendidih dan masukkan separuh bahagian bahan tumis nasi ayam tadi, akhir sekali masukkan pula daun sup, tutup api.
- Hidang bersama daun salad, hirisan timun dan hirisan tomato sebagai pelengkap menu nasi ayam hainan ni.
INFO CHEF: Resipi nasi ayam nampak renyah tetapi mudah disediakan
2. NASI LEMAK PANDAN
BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan beras – cuci bersih dan toskan
- 1/2 cawan santan pekat
- 1 cawan air
- ½ cawan jus pandan (kisar 5 helai daun pandan kisar bersama 1/2 cawan air dan tapis)
- 1 batang serai -titik
- 1 helai daun pandan – simpul
- 3 ulas bawang merah – hiris
- 1 ulas bawang putih – hiris
- 1/2 sudu teh halba
- 1 sudu besar mentega
- Sedikit garam
- Sedikit pewarna hijau
CARA MEMASAK:
- Cairkan mentega dalam periuk elektrik atas dapur biasa.
- Tumiskan, bawang merah, bawang putih, serai, daun pandan dan halba.
- Masukkan air, air pandan pandan, sedikit pewarna hijau dan santan.
- Selepas mereneh, masukkan beras dan garam, kacau rata.
- Pindahkan periuk dalam periuk sarang periuk elektrik.
- Biarkan nasi masak seperti biasa.
SAMBAL SOTONG KERING
BAHAN-BAHAN:
- 8 keping sotong kering – rendam hingga lembut dan cuci bersih
- 1/2 cawan air asam jawa
- 1 biji bawang besar-hiris bulat
- Garam dan gula secukup rasa
Bahan Kisar:
- 10 -15 tangkai cili kering -rendam lembut
- 6 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 2cm belacan
CARA MEMASAK:
- Sotong direbus sebentar hingga lembut, angkat dan toskan.
- Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga garing dan pecah minyak.
- Masukkan air asam jawa , perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Masak hingga sambal hampir kering dan kuahnya pekat.
- Kemudian masukkan sotong dan bawang besar. Kacau rata seketika.
- Angkat dan hidangkan bersama nasi lemak yang dilengkapi dengan telur rebus, timun dan kacang goreng.
INFO CHEF: Boleh juga hidangkan bersama sambal ikan bilis atau udang
3. NASI MANDY AYAM
AYAM MANDY
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ayam – belah 2 dan di cuci bersih
- 1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
- 1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
- 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
- 1 sudu kecil serbuk kunyit
- 1 sudu kecil serbuk kabsa ( lihat di bawah)
- 2 biji bawang besar-hiris bulat
- Sedikit pewarna kuning/saffron
- Aluminium foil.
CARA MEMASAK:
- Gaul rata ayam dengan semua bahan rempah, garam dan pewarna kuning. Perapkan dalam 15 minit.
- Alaskan dulang pembakar dengan aluminium foil. Kemudian susun hirisan bawang besar dan lemon atas foil tadi.
- Letak ayam di atas bawang dan lemon tersebut. Tutup ayam tersebut dengan foil aluminium dan bakar pada suhu 250’C selama 1 jam. Pada 10 minit terakhir buka sedikit foil bahagian atas.
NASI MANDY:
BAHAN-BAHAN:
- 4 cawan beras basmathi – rendam 20 minit dan toskan
- 3 sudu besar minyak sapi)
- 4 ½ cawan air atau secukupnya
- 1 biji bawang besar – hiris halus
- 3 ulas bawang putih – hiris halus
- 2.5cm halia – hiris halus
- 1/3 cawan kismis
- Rempah tumis 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih
- Sedikit pewarna kuning
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga kekuningan.
- Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.
- Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam periuk nasi elektrik.
- Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
- Bila nasi kering, buat lubang di tengah nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar.
- Tutup tudung periuk selama 2minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.
- Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
- Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau nasi dan masak nasi sehingga masak.
SOS MANDY
BAHAN-BAHAN:
- 1 biji tomato -hiris
- 5 biji cili besar hijau – hiris
- 1 tangkai batang ketumbar – halus
- Garam, gula
- JuslePerahan lemon secukupnya
CARA MEMBUAT:
- Masukkan semua bahan dalam pengisar.
- Kisar, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur.
INFO CHEF: Semasa bakar ayam, ia akan mengeluarkan air. Selepas 45 @ 50 minit, buka foil dan keluarkan air tersebut. Campurkan air dengan saffron atau pewarna kuning.
ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI INI:
http://www.rasa.my/nasi-goreng-usa-gabungan-lengkap-padat-dengan-rasa-terbaik/
http://www.rasa.my/puas-masak-sendiri-nasi-goreng-sotong-belacan-ikan-bilis-pedas-menyengit/
Set Asas Bubur Ayam, Kangkung Goreng Belacan & Sambal Belacan Paling Mudah & Enak
http://www.rasa.my/set-mudah-nasi-ganja-ayam-goreng-berempah-kari-ala-mamak-cukup-hebat/
Guna Cara Ini Jika Nak Bagi Nasi Kerabu Bunga Telang Berderai Cantik
Resipi sedap dan mudah untuk nasi kerabu bunga telang. Nasi kerabu dari negeri Cik Siti Wan Kembang @ negeri Kelantan.
Buat mereka yang baru mula berjinak untuk memasak nasi kerabu ini, bolehlah mencuba resipi yang dikongsi Aina W. Husian, menggunakan pewarna original dari bunga telang.
NASI KERABU BUNGA TELANG
BAHAN NASI KERABU:
1kg beras
Bunga telang (bunga telang direbus untuk dapatkan warna, kalau tak ada bunga telang, boleh guna pewarna biru beli di kedai)
3 helai daun limau purut
3 sudu besar minyak masak
Garam
TONTON Lasagna Goreng Bersama Sos Cendawan Yang Sedap & Menyelerakan
TONTON Laksa Peranakan – Projek Air Tangan Emas Bersama MAGGI
CARA-CARA:
Basuh beras bersih. Masukkan pewarna, daun limau, garam dan minyak. Kacau sebati dan masak macam nasi biasa. Minyak fungsi dia untuk nasi berderai cantik.
SAMBAL KELAPA NASI KERABU
1 biji kelapa parut (atau boleh beli kelapa parut RM4 atau RM5, goreng garing dengan api sederhana)
6-7 ekor ikan sardin @ apa-apa jenis ikan (rebus sekejap dan asingkan isi dengan tulang. Sangai sekejap bagi tak berair)
5 biji bawang merah – beli online di sini
3 biji bawang putih – beli online di sini
Serai | potong halus-halus
Gula
Garam
1 sudu kecil serbuk lada hitam (atau lada hitam tumbuk)
3 biji limau nipis besar 3 biji (kalau kecil 5-6 biji)
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
CARA-CARA:
1. Tumbuk bawang bagi hancur. Lepas tu gaul semua bahan serata, seimbangkan rasa masam, manis, masin, siap. Lebihkan rasa masam limau nipis tu.
2. Kalau nak tambah hiasan, boleh sagat cili merah besar dan bawang holland. Siap.
SAMBAL TUMIS
1 kotak santan kara – beli online di sini
1 biji bawang holland – beli online di sini
11 keping cili kering – beli online di sini
3 ulas bawang putih
1 inci halia
2 batang serai | ketuk – beli online di sini
2 helai daun limau purut
Gula
Garam
Gula melaka
2 asam keping
Budu
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
CARA-CARA:
1. Kisar dulu bawang, halia dan cili kering. Tumis hingga naik minyak sekali daun purut, serai dan asam keping.
2. Masukkan santan dan bahan-bahan lain, masak hingga pekat dan sentiasa kacau-kacau. Sebatikan rasa. Tumis ni sedap jika lebih rasa manis dia.
SOLOK LADA
Kelapa parut (saya beli RM5)
5-6 ekor ikan sardin/kembung atau lain-lain
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
½ inci halia
Garam
Gula
Sedikit budu
Cili besar | dibuang biji
CARA-CARA:
1. Ikan tu kikis isi dari tulang dan tumbuk bersama semua bahan. Atau kalau ada meat processor atau fusion master tupperware, hanya masukkan ikan dalam tu tanpa buang tulang.
2. Keluar isi ikan bersih tanpa tulang. Jimat masa sangat-sangat. Siap boleh hancurkan semua bahan sekaligus, gaul-gaul semua secukup rasa.
3. Sumbat isi solok ke dalam cili. Kukus hingga masak. Ada orang rebus dalam santan. Sy tak suka rebus. Kukus nampak cantik.
SAMBAL JANTAN
1 genggam cili padi merah
¼ cawan cuka (yang ni saya agak-agak je)
Gula
Garam
CARA-CARA:
Kisar semua bahan. Kalau ada limau nipis, boleh ganti cuka, lagi asli dan semulajadi rasa dia. Kena ada rasa masam, manis dan masin, baru ngam.
KERABU
Bunga kantan
Kacang panjang
Daun2 hijau
Daun kesum
Kubis
Timun
CARA-CARA:
Semua potong halus-halus. Siap.
Kredit resipi: Aina W. Husian
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Pertama Kali Buat Muruku Berempah, Menjadi Dengan Resipi Ini
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official: