Nasi ayam claypot ini memang menjadi kegemaran ramai. Nak masak menu ni ramuannya simple tetapi memang sedap menikmatinya. Bolehlah buat untuk anak-anak, pasti mereka suka. Sesiapa yang suka pedas boleh makan
dengan sos thai.
NASI AYAM CLAYPOT
Bahan-bahan nasi:
1 tin susu beras
2 tin susu air
1 kiub pati ayam
Bahan-bahan ayam kicap:
8 ketul ayam
4 ulas bawang putih**
2 inci halia**
4 biji cili kering- potong-potong
5 sudu besar kicap manis
4 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar minyak bijan
Sedikit air
8 kuntum cendawan shitake kering (rendam bagi lembut)
Garam dan sedikit gula
Daun bawang dipotong-potong
Cara masak nasi:
Masukkan beras, air dan kiub ayam ke dalam claypot. Masak hingga nasi separuh masak.
Cara masak ayam kicap:
1. Tumbuk bahan ** dan tumis bersama cili kering hingga wangi. Masuk ayam, biarkan sekejap.
2. Masukkan air, kicap, sos dan cendawan. Biarkan ayam dan cendawan lembut. Perasakan garam dan sedikit gula.Kacau rata. Tutup api.
3. Bila nasi dah separuh masak, letak ayam cendawan kicap tadi atas nasi, rata-rata.
4. Tudung semula periuk nasi dan masak sehingga nasi betul-betul masak.
5. Masa nak hidang letak 2 biji telur mata – goreng separuh masak (saya tak letak) hirisan daun bawang dan renjis minyak bijan atas nasi ayam.Sedap berbaloi cuba.
Resepi Oleh: Rozmaliza Omar
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official