
Menu nasi ayam memang disukai ramai, Cara membuatnya mudah maka resipi ini sering dibuat tambah pula bila tiba-tiba menerima kunjungan tetamu. Boleh buat untuk hidangan makan tengahari anda nanti.

Nasi Ayam (10 Orang Makan)
Bahan-bahan:
4 cawan beras wangi/Biasa
4 cawan air
4/5 paha ayam
1 bawang besar Holland (potong 4)
2 kiub ayam maggi
3 inci halia (potong halus)
2 sudu sos tiram
1 tangkai daun bawang
Cara memasak:
1. Campur semua, letak ayam, bawang, daun bawang d atas sekali.
2. Masak dengan api perlahan 25 minit atau sehingga nasi masak. Tutup kuali/periuk dengan penutup kuali naa..
3. Ayam boleh goreng utk bagi garing kulit atau biarkan stim dan boleh potong ikut suka.
Taugeh/ Sayur
4 ulas bawang putih
2 sudu sos tiram
2 sudu minyak
1. Bawang putih potong dadu, goreng dengan minyak.
2. Masukkan sos tiram, goreng sekejap.
3. Masukkan sayur
*Resipi ni tak perlu garam atau gula ya.
Kredit : Nadiah Halim
Resipi Nasi Briyani Simple & Daging Masak Kandar. Hidangan Untuk 7-8 Orang Makan
Cara Hasilkan Rempah Nasi Komok Homemade. Resipi Ori Dari Thailand
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi Nasi Goreng Sosej Paling Senang.Tak Letak Sayur, Tak Letak Bawang

Bagi anda yang punya anak-anak yang tidak suka sebarang ‘bendasing’ dalam makanan, boleh cuba resipi Nasi Goreng Sosej perkongsian saudari Jamaliiah Kamal ni. Bendasing yang dimaksudkan itu tidak lain tidak bukan, adalah bawang dan sayur. Ada juga ibu-ibu yang suka mengisar lumat bahan-bahan ini, namun bila nak cepat, jenuh juga nak kisar satu-satu. Namun begitu sayur ni penting untuk melengkapkan nutrien yang diperlukan oleh badan. Sedikit demi sedikit boleh latih anak-anak untuk suka dan menerima. Tapi ibu-ibu kena la sedikit sabar dan kreatif untuk pikat selera mereka. Insya Allah, lama-lama mereka juga boleh terima.
RESIPI NASI GORENG SOSEJ TANPA SAYUR & BAWANG

BAHAN-BAHAN:
Nasi sejuk secukupnya
Udang secukupnya
1-2 batang sosej – hiris bulat
Sotong secukupnya – hiris bulat
Telur
Garam dan perasa secukupnya
Minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak masak di dalam kuali dengan secukupnya.
2. Masukkan hirisan sosej, udang dan juga sotong. Goreng seketika.

3. Seterusnya masukkan telur. Biar seketika dalam kuali kemudian barulah dikacau. Ini supaya tekstur telur sedikit kasar dan tidak terlalu hancur.


4. Tambahkan garam dan perasa Cukup Rasa dengan secukupnya.
5. Akhir sekali, masukkan nasi. Empunya resipi guna lebihan nasi dingin yang telah dikukus terlebih dahulu. Ia menjadikan nasi berderai dan tidak berketul bila digoreng.

6. Goreng nasi hingga semua bahan jadi sebati.

7. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
Kredit resipi & foto: Jamaliiah Kamal
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
5 Resipi Homemade Paling Mudah & Sedap Boleh Masak Guna Cendawan
Cara Bancuh Teh Ais, Kopi Ais, Milo Ais & Nescafe Ais Ikat Tepi Paling Sedap
Petua Masak Sambal Tumis Sotong Kembang Yang Sedap & Tak Liat
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Cara Masak Nasi Tomato Simple, Tapi Sedap Macam Dekat Kenduri!

Bila sebut nasi tomato ni, mesti terbayang sekali lauk ayam masak merah dan acar nenas. Memang gabungan yang lengkap bila buat nasi tomato.
Kalau anda teringin nak makan nasi tomato yang dimasak sendiri, boleh cuba resipi yang dikongsi Hidayati Hana ni. Memang sedap terbaik!
NASI TOMATO

BAHAN-BAHAN:
3 cawan beras basmathi – beli online di sini
Air secukupnya | anggaran air 1 cawan beras basmathi (1.5 cawan air)
½ cawan susu cair – beli online di sini
2 helai daun pandan
3 sudu besar tomato puri
3 sekawan (bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga)
Sedikit minyak/marjerin – beli online di sini
4 biji bawang merah – beli online di sini
3 ulas bawang putih – beli online di sini
1 inci halia – beli online di sini
1 kiub pati ayam
Garam & gula secukup rasa
TONTON Kek Berries Selembut Kapas | Dapur Rasa Live
TONTON Lasagna Lemang Kari Ayam | Dapur Rasa Live
CARA-CARA:
1. Beras direndam selama 30 minit, kemudian basuh dan toskan.
2. Panaskan minyak, tumis bawang dan halia. Masukkan 3 sekawan dan daun pandan.
3. Bila dah layu, masukkan tomato puri. Kacau-kacau. Masukkan beras, susu cair, air secukupnya, kuib pati ayam dan garam. Kacau lagi.
4. Kemudian, pindahkan ke dalam periuk nasi. Masak nasi seperti biasa. Bila dah kering, kacau sekejap guna garfu. Akhir sekali, taburkan kismis dan bawang goreng.
AYAM MASAK MERAH

BAHAN-BAHAN:
½ ekor ayam
2 cawan cili kisar
2 biji bawang besar*
4 ulas bawang putih*
1 inci halia*
3 sekawan
2 sudu besar sos cili – beli online di sini
1 sudu besar sos tiram – beli online di sini
1 cawan air anggaran (kalau nak berkuah, letak lebih)
Garam & gula secukupnya
1 biji bawang besar | hiris (hiasan )
Daun bawang
Kacang peas dalam tin
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
CARA-CARA:
1. Ayam dilumurkan dengan garam dan kunyit. Kemudian digoreng.
2. Kisarkan bahan yang bertanda *. Panaskan minyak dan tumiskan bahan * sampai naik minyak.
3. Masukkan 3 sekawan dan cili kisar. Tumis sampai cili garing. Masukkan sos cili dan sos tiram. Kacau-kacau.
4. Kemudian, masukkn air, garam dan gula. Bila dah mendidih, masukkan ayam dan bawang besar hiris. Boleh masukkan kacang peas jika suka.
5. Gaul hingga semuanya sekata. Bila dah masak, tutup api. Hiaskan dengan bawang goreng dan daun bawang.
ACAR NENAS & TIMUN BERSUNQUICK

BAHAN-BAHAN:
½ biji nenas
1 batang timun
2 biji cili merah – beli online di sini
2 sudu besar oren sunquick
Garam & gula
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
CARA-CARA:
Potong nenas dan timun. Hiris cili. Gaulkan semua bahan dan dah siap!
Kredit resipi: Hidayati Hana
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Kudapan Ringan, Begini Cara Buat Kacang Garing Goreng Bawang Putih
Masak Sendiri Nasi Kandar Kuah Banjir, Lengkap Dengan Kuah Hitam & Kari Telur
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Resipi Nasi Ayam Lebanon Bersama Ayam Grill Sedap Memukau

Nasi Ayam Lebanon yang sangat enak dan resipinya juga mudah. Dimakan pula bersama Ayam Grill persis restoran terkenal, ternyata menu ini antara yang perlu anda cuba. Sedap betul! Saudari Rozmaliza Omar ada kongsikan resipinya. Suami dan anak-anak pasti suka.
CARA MASAK NASI AYAM LEBANON & AYAM GRILL SEDAP

RESIPI NASI AYAM LEBANON

BAHAN-BAHAN:
2 cawan beras basmathi (basuh bersih dan rendam 30 minit- 1 jam) – beli online disini
2 1/2 cawan air
Rempah 4 sekawan
3 helai daun bay – beli online disini
1/2 sudu makan rempah beriyani – beli online disini
1/2 sudu makan rempah sumac – beli online disini
1 sudu teh serbuk ketumbar – beli online disini
1 sudu teh serbuk jintan manis – beli online disini
1 sudu teh serbuk jintan putih – beli online disini
2 batang akar pokok ketumbar
2 sudu makan plain yogurt / yogurt kosong
1- 2 sudu teh cuka – beli online disini
1 sudu makan mentega – beli online disini
2 sudu makan minyak sapi – beli online disini
Garam dan gula
Saffron/ pewarna kuning telur – beli online disini
Sedikit kismis dan gajus – beli online disini
BAHAN HIRIS:
2 biji bawang besar merah – beli online disini
4 ulas bawang putih – beli online disini
1 inci halia
CARA MEMASAK:
1.Panaskan air dalam rice cooker hingga mendidih.
2.Panaskan minyak sapi atau mentega dalam periuk lain. Tumis rempah 4 sekawan, daun bay dan bahan hiris hingga wangi.
3.Kemudian masukkan semua rempah dan gaul sebati. Pastikan tidak hangus.
4. Masukkan akar pokok ketumbar, kismis dan gajus. Gaul rata.
5. Bila sudah elok semuanya, masukkan beras yang telah direndam selama 30 minit – 1 jam.
6. Pastikan beras digoreng selama 10 minit atau hingga beras nampak garing.
7. Masukkan air, plain yogurt, cuka, garam dan gula. Masak nasi seperti biasa.
8. Jika nak masukkan cili besar merah dan hijau boleh dimasukkan ketika ini.
9. Bila nasi sudah kering, baru masukkan safron atau pewarna kuning dan juga 1- 2 sudu makan minyak sapi atas nasi.
10. Biarkan dalam 10 minit barulah digembur-gembur kan nasi tadi.
11. Siap dan sedia untuk dinikmati.
Dapatkan PRIMADA SWEETHEART PINK 4L PRESSURE COOKER dengan HARGA ISTIMEWA DISINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!
RESIPI AYAM GRILL ALA KENNY ROGERS

BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
4 sudu makan sos lada hitam – beli online disini
2 sudu makan serbuk lada hitam – beli online disini
2 sudu makan madu – beli online disini
1 kiub ayam
2 sudu makan gula perang – beli online disini
2 sudu makan oregano kering – beli online disini
Sedikit garam
100 ml air
2 sudu makan minyak zaitun – beli online disini
CARA MEMASAK:
1. Kisar kesemua bahan-bahan di atas. Kemudian lumurkan bahan kisar pada bahagian luar dan dalam ayam
2. Perap ayam selama 1-2 jam di dalam chiller/ peti sejuk.
3. Panggang ayam di dalam ketuhar selama 1 jam pada suhu 180c atau sehingga masak.
4. HIdangkan Ayam Grill ala Kenny Rogers bersama Nasi Ayam Lebanon.
Kredit resipi & foto: Rozmaliza Omar
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Sedap & Mudah. Resipi Pengat Bebola Durian Best Untuk Minum Petang
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Kelas Online Rasa kini kembali & ianya PERCUMA!

Nak belajar buat aneka juadah minum petang yang ringkas dan sedap? Jom sertai Kelas Online RASA bersama Chef Azreen, founder Dapur Kakhajjah.
Kelas Online Minum Petang
Tarikh: 10 September 2022 (Sabtu)
Masa: 10.30 pagi
Medium: Secara online/atas talian (link akan disertakan selepas pendaftaran)
Berminat nak join? FREE je tau. Daftar sekarang DISINI

