Nasi ayam panggang hidangan lengkap yang menjadi kegemaran seisi keluarga. Ayam di panggang harum memikat selera dan bahan sampingan seperti kicap, sambal dan sup lagi membangkitkan selera.

Nasi Ayam Panggang Harum Hidangan Enak Sekeluarga

BAHAN-BAHAB NASI:

  • 4 mug beras basmathi
  • 6 mug air rebusan ayam
  • 2 ketul kiub pati ayam*
  • 3 inci halia*
  • 3 biji bawang putih*
  • 7 helai daun bawang
  • 2 sudu besar minyak bijan
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 3 helai daun pandan- di simpul
  • 4 – 5 sudu besar marjerin planta
    **Kisar atau tumbuk bahan-bahan yg bertanda ( * )

 

BAHAN-BAHAN UNTK SOS PERAPAN AYAM PANGGANG:

  • 1 ekor ayam – kerat 4 dan cuci bersih
  • 7 sudu besar sos marinade ayam lee kum kee
  • 1 sudu besar serbuk chinese five spice mc cormick
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam
  • 1 sudu besar serbuk chicken seasoning mc cormick
  • 5 sudu minyak jagung

 

BAHAN-BAHAN SUP:

  • 4 ulas bawang putih – di mayang
  • 3 inci halia – di mayang
  • 2 bungkus sup bunjut
  • 1 sudu besar serbuk lada sulah
  • 1 keping kecil asam keping
  • Air rebusan ayam secukupnya

 

IKLAN

BAHAN-BAHAN SOS CILI:

  • 10/15 biji cili api merah – optional
  • 6 biji cili merah
  • 1 biji tomato- kerat kasar
  • 2 inci halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 biji limau kasturi @ limau nipis- perah
  • 1 sudu tomato sos
  • 3 sudu cili sos
  • sedikit air dari air rebusan ayam
  • garam dan gula secukupnya

CARA-CARA: (Masukkan semua bahan didalam blender dan kisar hingga hancur)

 

BAHAN-BAHAN KICAP:

  • 2 ulas bawang putih
  • kicap manis secukupnya
  • air rebusan ayam secukupnya
  • 1 sudu besar sos tiram
  • tepung jagung di campur dgn air secukupnya (untuk pekatkan)
  • sedikit gula
    (Blend semua bahan kecuali tepung jagung)..selepas blend isi dalam periuk dan panas kan atas dapur…agak2 dah panas..boleh la di masukkan tepung jagung dicampur air secukupnya..(utk memekatkan kuah)

 

IKLAN

BAHAN HIASAN:

  • Tomato, salad, daun sup dan bawang, timun

 

CARA MEMASAK SUP:

  1. Mula-mula buat air rebusan ayam (masukkan air, sedikit daun bawang, halia & beberapa ulas bawang putih yang diketuk kasar) Tutup periuk dan masak hingga mendidih.
  2. Selepas air mendidih, masukkan ayam dan biarkan ia masak selama 20 minit. Selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan.

 

CARA MASAK NASI:

IKLAN
  1. Mula-mula masukkan majerin dalam periuk elektrik dan biar ia mencair.
  2. Kemudian masukkan bahan-bahan yang telah di kisar dan biar naik bau.
  3. Selepas itu masukkan bunga lawang, daun bawang dan daun pandan.
  4. Bila sudah layu masukkan minyak bijan.
  5. Kacau-kacau sekejap, kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam mengikut sukatan beras. Biarkan hingga nasik masak.

 

CARA MEMASAK AYAM:

  1. Ayam yg telah di toskan tadi di masukkan kedalam satu mangkuk besar.
  2. Gaulkan ayam dengan semua bahan perapan. Sapukan rata dan biarkan 1- 2 jam.
  3. Selepas ayam diperap susun ayam dalam tray yang sesuai, tinggalkan bahan-bahan sos perapan yang lebih itu.
  4. Kemudian bakar ayam dalam oven selama lebih kurang 1 jam 15min pada suhu 200c.
  5. Baki sos perapan yang masih ada lebih tadi jangan buang. Setiap 20 minit keluarkan sekejap ayam dan sapukan ayam dengan lebihan sos perapan tadi, sehingga selesai bakar. ( anggaran dalam 3-4 kali sapu sepanjang proses bakar ayam tu..)
  6. Agak-agak warna ayam dah bertukar coklat gelap dan kulit ayam nampak berminyak berkilat boleh diangkat.

 

CARA MEMASAK SUP:

  1. Panas periuk dengan sedikit minyak dan tumis bawang putih, halia & sup bunjut sehingga naik bau. Masukkan serbuk lada sulah.
  2. Kemudian masukkan baki air rebusan ayam tadi. Kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di campur dengan air biasa. Masak sehingga mendidih dan perasakan sup.  masukkan 1 kiub pati ayam, garam dan serbuk perasa untuk ini)

 

Selepas semua sudah masak, bolehlah di makan. Cara penyediaan iaitu timun, tomato dipotong nipis-nipis, daun sup dan bawang di potong halus dan di masukkan kedalam sup tadi. Taburkan juga bawang goreng. Siap untuk dimakan.

Kredit: Adnilsam Apat

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI