Nasi Ayam Penyet. Pedas, Menyengat. Memang Layan Habis!

Share

Hidangan dari Indonesia ini sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi. Didatangkan dengan nasi putih, ayam goreng, ulam serta sambal, sememangnya ia juad yang perlu dicuba. Sambal Nasi Ayam Pencet punya rasa yang tersendiri dan ia merupakan keistimewaan hidangan ini.

BAHAN-BAHAN:

  • 1/2 ekor ayam
  • 1 keping tempe
  • 4 keping tauhu
  • ½ cawan tepung beras
  • Ulam-ulaman ( kubis, kacang panjang dan timun )

 

Bahan kisar:

  • 1 sudu makan ketumbar biji
  • 1 sudu teh jintan kasar
  • 1 sudu teh jintan halus
  • 1 sudu teh lada putih
  • 1 sudu teh serbuk kari
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 2 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 kiub ayam

Bahan Sambal:

  • 6 biji cili merah
  • 15 biji cili padi
  • 3 biji buah tomato
  • 1 ½ inci belacan bakar
  • 1 sudu makan garam
  • 2 sudu makan gula
  • 2 biji jus limau kasturi

CARA MEMASAK:

  1. Untuk ayam: Kisar bahan-bahan kisar bersama 1/2 cawan air, garam, gula dan kiub ayam yang dihancurkan.
  2. Kemudian perap bahan kisar tersebut bersama ayam yang telah dipotong kecil. Perap selama 2 jam.
  3. Sebelum menggoreng, taburkan sedikit tepung beras pada ayam yang telah perap tadi dan gorenglah seperti biasa.
  4. Untuk tauhu dan tempe, potong bahan-bahan tersebut mengikut saiz pilihan anda, gaulkan dengan lebihan rempah perapan ayam, taburkan sedikit tepung beras dan goreng hingga garing.
  5. Bagi menyediakan sambal, kisar kesemua bahan bersama sedikit air masak. Tambahkan garam dan gula secukupnya.
  6. Hidangkan kesemua bahan tadi bersama nasi panas.
Published by
Nur