Sesekali ubah selera dengan mencuba hidangan Nasi Ayam Singapura. Nasi gebu yang dihidangkan bersama ayam, sos dan sup yang diadun dengan sempurna. Hmmm…Memang cukup rasa!

 

BAHAN AYAM:

IKLAN
  • 1 ekor ayam | dipotong empat & dibersihkan
  • 5 sudu makan gula merah | dikisar halus
  • 3 liter air
  • 1/2 inci halia
  • 1 kiub pati ikan bilis
  • 3 ulas bawang putih | ditumbuk kasarMadu dan minyak masak secukupnya

BAHAN NASI:

  • 500 gm beras | dibasuh dan ditoskan
  • 2 helai daun pandan
  • 30 gm lemak ayam
  • 15 gm halia | dihiris
  • Sedikit garam

BAHAN SOS ( DIKISAR) :

IKLAN
  • 10 biji cili merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 6 biji bawang merah
  • 20 gm halia muda
  • 15 gm cili padi
  • 120 gm air limau nipis

BAHAN SUP:

IKLAN
  • Air rebusan ayam
  • Bawang goreng secukupnya
  • Hirisan daun sup secukupnya

 

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan ayam kedalam periuk bersama gula merah, air, halia dan bawang putih. Rebus hingga separuh masak dan diangkat. Simpan air rebusan untuk memasak nasi dan juga untuk dijadikan sup.
  2. Salutkan ayam bersama madu dan minyak masak secukupnya. Panaskan oven pada suhu 180’c dan bakar selama 10 minit atau sehingga kulit ayam menjadi garing keemasan.
  3. Untuk nasinya, beras dibasuh serta ditoskan hingga kering. Panaskan periuk dengan sedikit minyak, tumiskan bawang putih dan halia yang dihiris sehingga berbau wangi.
  4. Kemudian masukkan separuh air rebusan ayam dan beras. Jika perlu, tambahkan air dan juga sedikit garam. Tutup periuk dan biarkan sehingga nasi masak.
  5. Untuk sos, satukan kesemua bahan kedalam periuk. Masukkan garam secukup rasa dan kacau sehingga masak.
  6. Bagi sup pula, ambil air rebusan ayam tadi dan campurkan hirisan daun sup dan juga bawang goreng. Renehkan seketika.
  7. Akhir sekali, hidangkan nasi bersama ayam panggang, sos, sup dan daun salad.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI