Makan

Nasi Ayam Thai Paling Mudah Buat, Ayam & Nasi Boleh Masak Sekali

Share

Resipi nasi ayam Thai ini boleh dikatakan hidangan nasi ayam yang paling ringkas untuk kita masak. Jika tiba-tiba terasa nak makan pun tiada masalah. Memang boleh terus buat kerana bahannya mudah dan senang dibuat.

Resipi nasi ayam Thai mudah

Bahan nasi ayam

2 cawan beras basmathi
½ biji bawang merah
1 ulas bawang putih
2 sdm mentega
1 cm halia
6 helai daun ketumbar jawa

Bahan sup

8 cawan air
1 inci halia
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 kiub ayam
ayam secukupnya

Bahan sos cili

15 tangkai cili api
2 cm halia
2 ulas bawang putih
1 sdm cuka
1 sdm gula
Garam

Baca artikel: Cara Buat Sambal Nasi Ayam Yang Sedap & Tahan Lama. Makan Dengan Hidangan Lain Pun Boleh

Cara memasak nasi ayam Thai

1. Hiris nipis bawang merah, bawang putih dan halia. Beras dibasuh, direndam 30 minit dan ditos airnya. Ketepikan dulu.

2. Dalam periuk masukkan air lapan cawan. Masukkan sekali, kiub ayam seketul. Rebuskan sampai ayam separuh masak ya.

3. Sekiranya ada buih buih, buangkan. Selepas mendidih tutup api, asingkan empat cawan sup tadi untuk digunakan bagi memasak nasi.

4. Dalam masa yang sama cairkan mentega dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia sampai wangi.Tutup api

5. Masukkan bahan tumis tadi dalam beras bersama ayam yang direbus dan empat cawan sup. Masuk sekali daun ketumbar.

6. Tanak hingga masak.

Cara membuat cili

1. Sementara nasi masak boleh buat sambal cili nasi ayam. Kisar cili padi, bawang putih dan halia bersama ½ cawan air

2. Masukkan bahan kisar dalam periuk bersama secawan air, masak hingga mendidih.

3. Masukkan cuka, garam dan gula. Masak lagi gingga pekat. Kemudian boleh matikan api. Siap.

Hidangkan nasi ayam yang siap dimasak tadi bersama, sup kosong dan sambal. Boleh tambah salad dan timun.

Kredit resipi & foto: Umi Watie

 

Published by
Rose