Menu nasi ayam sering menjadi kegemaran ramai, bukan hanya mengenyangkan malah mudah disediakan. Nasi Ayam Thai ini memang wangi baunya bila daun ketumbar dicampur sekali dalam bahannya. Apa lagi jom kita buat.
1. Rebus dulu ayam dengan halia dan akar ketumbar .
2. Apabila mendidih, letakkan kiub ayam.
3. Ayam sudah masak angkat dan ketepikan. Nanti letakkan di atas beras.
Ads
4. Ketepikan,kemudian basuh beras.
5. Basuh beras dan letakkan dalam periuk tadi, air disukat menggunakan air yang sama. Jangan terlebih air nanti lembik pula nasi. Air ayam akan keluar semasa merebus jadi sukat lain dan letakkan sedikit garam.
6. Apabila sudah masukkan beras,masukkan daun ketumbar pula. Nasi akan berbau wangi. Kalau nak letakkanminyak/mentega pun boleh. Kemudian letakkan ayam tadi, masak sekali.
7. Biar nasi masak. Tunggu hingga kering.
8. Cara buat sos ialah kisar cili besar merah dengan cili padi merah. Tumis tanpa minyak.
Ads
9. Tumiskan bahan kisar tadi,masukkan sos,secukup rasa,gula batu seketul.
10. Sos siap untuk dimakan bersama nasi ayam.
11. Nasi ayam thai siap untuk dihidang.
12. Sambal kicap- potong bawang putih,daun ketumbar,cili padi. Letakkan kicap masin sedikit,kicap kipas udang sikit dan letakkan air limau dan air sikit.
Kredit : Nur Sarah
Ads
NAK MEMBELI PERIUK NASI BARU, BOLEH LIHAT DI SINI.
ADA YANG BERMINAT NAK BELI HAND BLENDER @ FOOD PROCESSOR, LIHAT DI SINI
Menjenguk laman sosial bunga_lavenders di instagram seperti melihat hidangan lauk pauk di restoran kampung yang mewah dan sedap mata melihat. Cara persembahan hidangan yang tersusun rapi begitu menyelerakan, hanya menggunakan kamera telefon pintar sahaja. Puan Shafreen pemilik sebenar IG ini sangat merendah diri orangnya tidak mahu dipotretkan hanya sekadar memperlihatkan karya masakan agung yang dihasilkan. Sesiapa sahaja pasti seronok dan terliur melihat gambar masakan yang dikongsikan.
Berumur 33 tahun, ibu kepada seorang cahaya mata dan dalam masa yang sama bekerja ini memang minat memasak dari usianya 12 tahun lagi. Beliau sering turun ke dapur membantu ibunya dan dari situlah juga ibunya adalah sumber rujukan utama ketika di dapur.
“Pelbagai tips dan petua masakan diturunkan oleh ibu kepada saya. Hasil pembelajaran daripada ibu tercinta, kini saya mahir memasak pelbagai jenis masakan terutamanya masakan kampung. Menu pertama yang saya belajar dari ibu adalah sambal tumis”.
“Kepakaran saya memasak lebih kepada masakan kampung, ini kerana semenjak saya kecil ibu sering menghidangkan lauk pauk kampung yang menjadi kegemaran kami sekeluarga”.
Walaupun ‘working mom’ beliau tetap akan ada masa memasak untuk keluarga tercinta. Beliau akan memastikan bahan-bahan untuk memasak telah disediakan awal bagi memudahkan kerja memasak pada keesokan harinya.
Bagi yang ingin mengenali Puan Shafreen pemilik sebenar IG dengan lebih dekat lagi bolehlah melayari instagramnya bunga_lavenders . Khas untuk pembaca, beliau juga turut berkongsi resipi juadah yang selalu dihidangkan untuk keluarganya. Selamat mencuba!
1. MASAK LEMAK IKAN SEPAT MASIN DENGAN BELIMBING BULUH
BAHAN-BAHAN:
Ikan sepat masin |rendam semalaman
1 cawan santan
1 ulas bawang putih |dikisar
1 ulas bawang merah |dikisar
1 btg serai |dititik
1 inci kunyit hidup |dikisar
8 tangkai cili api |dikisar
10 biji belimbing buluh
2 helai daun kunyit |dicarik
air secukupnya
garam dan perasa
CARA MEMASAK:
Masukkan bahan kisar, serai dan air ke dlm periuk.
Masak seketika hingga mendidih.
Setelah mendidih masukkan santan, perlahankan api dan kacau.
Apabila mendidih masukkan ikan, belimbing buluh, daun kunyit, garam dan perasa.
Sebatikan rasa dan hidangkan.
2. ASAM REBUS KELADI DENGAN ISI IKAN
BAHAN-BAHAN:
2 ikat batang keladi |buang kulit dan rebus
3 ekor ikan kembung |direbus dan ambil isinya
3 keping asam keping
6 tangkai cili kering |dikisar
1 inci kunyit hidup |dikisar
sedikit belacan |dikisar
3 ulas bawang merah |dikisar
2 ulas bawang putih |dikisar
1 sudu besar serbuk kari ikan
daun kesum
garam dan perasa
CARA MEMASAK:
Rebus batang keladi hingga lembut, tos dan ketepikan.
Di dalam periuk, masukkan bahan kisar, asam keping dan air, rebus sehingga mendidih.
Kemudian masukkan batang keladi, isi ikan, daun kesum, garam dan perasa.
Masak sehingga mendidih.
Setelah mendidih, sedia untuk dihidangkan.
3. DALCA DAGING DAN TETEL
BAHAN-BAHAN:
1/2 kg daging dan tetel
4 sudu besar rempah kari daging
1 cawan santan
5 ulas bawang putih |ditumbuk
5 ulas bawang merah |ditumbuk
1 inci halia |ditumbuk
1 biji terung |potong ikut citarasa
1 biji carrot |potong ikut citarasa
1 biji kentang |potong ikut citarasa
1/2 cawan dhal
3 kuntum bunga lawang
1 inci kayu manis
2 biji buah pelaga
3 tangkai daun kari
garam dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
Tumis bunga lawang, buah pelaga, kayu manis dan daun kari.
Masukkan bahan tumbuk, tumis hingga wangi.
Masukkan rempah kari daging yg dibancuh dgn sedikit air, tumis hingga naik minyak.
Masukkan tetel, daging dan air secukupnya, masak smpai empuk.
Masukkan santan dan dhal, biarkan mendidih.
Kemudian masukkan kentang, dan semua sayur-sayuran.
Perasakan dengan garam.
Siap untuk dihidangkan.
4. SUP TULANG
BAHAN-BAHAN:
1/2 kg tulang
5 ulas bawang merah |dikisar
3 ulas bawang putih |dikisar
2 inci halia |dititik
3 kuntum bunga lawang
6 biji buah pelaga
1 inci kulit kayu manis
1 sup bunjut
1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
air secukupnya
minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumis bahan kisar, halia, bunga lawang, buah pelaga, kayu manis sehingga naik bau.
Masukkan tulang, sup bunjut dan air secukupnya.
Masak sehingga tulang empuk dgn api yg perlahan.
Apabila tulang telah empuk, masukkan serbuk lada sulah, garam dan perasa.
Hidangkan bersama hirisan daun sup dan bawang goreng.
5. KERABU PUCUK MENGKUDU
BAHAN-BAHAN:
Pucuk mengkudu |ikut citarasa
4 ekor ikan kembung |rebus dan ambil isinya
1 kuntum bunga kantan |dihiris
4 ulas bawang merah
1 sudu teh lada hitam
1 inci halia
segenggam kelapa parut
1 biji cili merah |dihiris
4 biji limau kasturi
3 keping asam keping
garam dan perasa
CARA MEMASAK:
Rebus pucuk mengkudu bersama asam keping bagi menghilangkan rasa pahit.
Setelah lembut, toskan dan hiris.
Tumbuk lada hitam, halia, bawang merah, kelapa parut dan isi ikan.
Gaul hingga sebati.
Masukkan garam, perasa, hirisan cili merah, hirisan bunga kantan dan perahan air limau kasturi.
Lempeng adalah salah satu masakan yang lazim dihidang ketika sarapan. Bagi masyarakat Melayu, lempeng dimakan dengan sambal sebagai pencecah. Memang sedap apatah lagi kalau lempeng itu lembut teksturnya.
Melalui facebook, Yasmin Fami memberikan resipi bancuhan adunan lempeng menggunakan tiga bahan. Resipi ini menjadikan lempeng lebih lembut dan sangat sedap sehingga menjadi kegemaran anaknya.
LEMPENG 3 BAHAN
BAHAN-BAHAN
3 cawan tepung gandum
2 biji telur ayam
Air panas secukupnya
CARA MEMBUAT
1. Campurkan tepung gandum, telur ayam dan air panas.
2. Bancuh agak cair supaya lebih cantik lempeng itu.
3. Letak sedikit perencah Maggi Cukup Rasa jika suka.
4. Panaskan kuali dengan sedikit minyak masak.
5. Tuang 1 senduk bancuhan tepung tadi. Biarkan masak dan terbalikkan.
6. Angkat dan ulang sehingga habis adunan.
7. Siap dihidang dengan sambal tumis ikan bilis, madu, atau mentega yang disukai.
Setelah makan besar hari cuti panjang dengan segala makanan berlemak dan berminyak, hari ini apa kata anda cuba pula menu yang lebih sihat namun sedap dan mudah disediakan. Jika ingin mencuba, berikut dua jenis menu ikan yang tak sampai 15 minit siap. Sesuai sangat bila dah kembali bekerja ni.
IKAN KERISI TUMIS PINDANG TERUNG TELUNJUK
BAHAN-BAHAN:
4 ekor ikan kerisi | buang sisik, bersih dan tos
2 keping asam gelugor
1 batang bunga kantan | belah dua
1 biji tomato | belah empat
4 biji terung telunjuk | belah dua tidak putus
1 batang serai | titik
1 hiris lengkuas | titik
Garam, gula dan perasa secukupnya
2 sudu makan minyak masak
Air secukupnya
BAHAN KISAR:
10 biji cili padi
3cm kunyit hidup
4 ulas bawang merah
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam periuk. Tumiskan bahan kisar hingga wangi.
Masukkan air, asam gelugor, bunga kantan, serai dan lengkuas.
Setelah mendidih masukkan ikan dan terung telunjuk.
Selepas beberapa minit perasakan dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
Setelah cukup rasa, ikan sudah masak , terung empuk. Tutup api dan masukkan tomato.
Singgang sedia dihidangkan.
ASAM REBUS IKAN SUSU
BAHAN-BAHAN:
1 kg Ikan Susu | buang sisik, bersih dan toskan
3 sudu makan pes cili kering
1 biji bawang besar | hiris
2 hirisan lengkuas | titik
3 keping asam gelugor
1 batang bunga kantan | belah dua
5 tangkai daun kesum
4 biji kacang bendi
Garam, gula dan perasa secukupnya
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
Masukkan air di dalam periuk secukupnya,masukkan asam gelugor, hirisan lengkuas dan bawang besar.
Kemudian masukkan pes cili kering, kacau rata.
Renehkan atas dapur, apabila kuah mendidih masukkan ikan, bunga kantan dan daun kesum.
Selepas dua minit perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!