
Bila keluarga berkumpul, tentunya nak dihidangkan dengan menu istimewa. Hidangkan yang menjadi kesukaan ramai iaitu Nasi Beriani. Tak perlu beli lagi di kedai. Harga di kedai pun agak mahal. Buat sendiri di rumah lebih puas hati. Berbaloi dapat makan berkali.
RESIPI NASI BERIANI HOMEMADE SANGAT ENAK

BAHAN-BAHAN:
- 4 sudu besar minyak sapi
- 1 biji bawang besar
- 1 inci halia
- 1 paket MAGGI®️ Pes Perencah Nasi Briyani
- 200g ayam
- 450g beras Basmathi
- 700 ml air
- 100g tomato
- 50g daun ketumbar
- 50g daun pudina
- 50g kacang gajus
- 10g bawang goreng
CARA MEMASAK:
- Panaskan kuali dan masukkan ghee. Tumiskan bawang dan halia sehingga wangi.
- Masukkan MAGGI®️ Pes Perencah Nasi Briyani, tumiskan seketika. Masukkan ayam tumis sehingga ayam bertukar warna.
- Masukkan beras basmathi dan gaul seketika. Pindahkan kesemua bahan ke periuk eletrik.
- Tuangkan air, tambahkan tomato dan biarkan ia masak.
- Setelah masak, taburkan daun pudina, ketumbar gajus dan bawang goreng.
PETUA: Jika menggunakan beras Basmathi, tekstur nasi akan jadi lembut, berderai cantik dan tidak berketul. Sangat sedap!
Kredit foto: Shutterstock
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Rentak Berbeza, Sajian Sama: Cerminan Sebenar Keharmonian Malaysia

SAJI Terima Kasih Malaysia (STKM) 2025 Kembali Lagi! Dengan tema “Rentak yang berbeza, sajian yang sama”, kempen tahunan ini diraikan dengan lebih meriah, penuh warna-warni budaya, muzik dan sajian yang menjadi nadi rakyat Malaysia. STKM bukan sekadar kempen, ia adalah satu penghargaan besar SAJI kepada seluruh rakyat Malaysia yang tak pernah jemu menyokong sejak dulu hingga kini.
Sejak 2023, STKM dilancarkan untuk meraikan kita semua, rakyat Malaysia yang menjadikan SAJI jenama nombor satu di hati. Tahun demi tahun, bila tiba bulan kebangsaan dan Hari Malaysia, STKM mengingatkan kita betapa pentingnya sajian dalam menyatukan rakyat berbilang bangsa. SAJI berdiri teguh sebagai jenama bersama rakyat, bukan hanya di dapur tapi dalam setiap detik penuh makna — dari hidangan ringkas harian sehinggalah kenduri besar keluarga.
Sebagai pengeluar makanan yang dipercayai, FGV melalui jenama SAJI komited membawakan produk berkualiti tinggi pada harga mampu milik dan mudah didapati di seluruh negara. Dari dapur kampung hingga restoran moden, SAJI menjadikan setiap masakan lebih istimewa. Inilah bukti bahawa SAJI bukan sekadar jenama, tapi rakan kulinari rakyat Malaysia.
Sejak tahun 2000, SAJI berkembang pesat daripada hanya minyak masak kepada rangkaian produk makanan yang digemari ramai:
Minyak masak yang jadi pilihan utama, krimer yang melengkapi minuman pagi, Mi segera yang ringkas tapi penuh rasa, santan dan sos masakan yang menyempurnakan juadah warisan kita.
Hari ini, SAJI bukan saja memenuhi keperluan harian, malah memudahkan setiap keluarga berkongsi hidangan penuh kasih sayang. Sebab itu SAJI kekal dekat di hati rakyat, daripada generasi ke generasi.
Tema tahun ini, Rentak dan Sajian, membawa maksud mendalam. Walaupun kita datang daripada latar belakang berbeza, kepelbagaian inilah yang membuatkan Malaysia indah. Sama seperti sajian yang takkan sempurna tanpa pelbagai rasa, harmoni hanya wujud bila kita meraikan perbezaan. Inilah jiwa Malaysia. Inilah semangat SAJI. 🇲🇾
Jadi, nantikan pelbagai aktiviti menarik dan kejutan istimewa di bawah kempen SAJI Terima Kasih Malaysia 2025. Sebab bila sebut masakan Malaysia, nama SAJI memang tak boleh dipisahkan dari dapur rakyat!
Tahun ini, STKM tampil lebih segar dengan video muzikal eksklusif yang betul-betul dekat di hati rakyat.
Bayangkan dua nama besar tanah air, Khayrisha Kemal dan Zalif Sidek, bergabung dalam persembahan istimewa, diiringi lagu tema baharu nyanyian Liyashu, bakat muda yang sedang melonjak naik. Lagu ini disusun dengan rentak moden yang segar, liriknya pula ringkas dan mudah diingati memang dicipta untuk jadi siulan semua rakyat Malaysia.
Tapi ia bukan sekadar hiburan. Lagu ini jadi medium untuk menyatukan rasa, dari utara ke selatan, dari bandar ke kampung, walau rentak kita berbeza, akhirnya semua kembali duduk di meja makan yang sama. Di situlah terjalin harmoni rasa, jiwa, dan kebersamaan yang sebenar.
Sebagai pembuka tirai, STKM 2025 bermula dengan penuh meriah di Kompleks Komuniti & Sukan Felda Palong 6 pada 16 hingga 17 Ogos, bersempena Majlis Sentuhan Madani Felda dan Jempol Agrofest 2025.
Dari situ, rentaknya akan bergema ke seluruh negara, membawa mesej bahawa sajian bukan hanya tentang makanan, tapi tentang cinta, identiti, dan kebersamaan rakyat Malaysia.

Pelancaran SAJI Terima Kasih Malaysia (STKM) 2025 memang lain macam meriahnya! Bukan sekadar sebuah kempen, tapi satu pesta penuh warna yang menggabungkan masakan, hiburan, dan nilai kebersamaan rakyat Malaysia.
Bayangkan suasana Pertandingan memasak yang mencabar kreativiti. Gubahan produk SAJI yang penuh seni, sukaneka ceria yang buat gelak satu padang dan persembahan artis tanah air seperti Fiza Saad (Fiza Frizzy), Datuk Fazley Yaakob, Atu Zero, Iskandar Norzaman, Izzal Anuar dan Kai Deva yang memanaskan lagi pentas.
Tapi yang paling menyentuh hati, STKM bukan sekadar meraikan kepelbagaian kaum, agama dan cita rasa, ia juga membawa misi untuk menyantuni yang memerlukan.
Menerusi program Ziarah Kasih, SAJI menyalurkan sumbangan RM1,000 tunai bersama produk SAJI bernilai RM200 kepada 11 orang asnaf. Ini adalah bukti nyata komitmen SAJI melalui inisiatif SAJI Seikhlas Hati, satu usaha berterusan dalam menyalurkan kasih sayang dan tanggungjawab sosial kepada masyarakat.
Inilah sebenarnya semangat kempen Rentak & Sajian, meraikan kepelbagaian dengan penuh harmoni, sambil tidak melupakan mereka yang kurang bernasib baik. Sebab dalam setiap hidangan, ada rasa kasih, ada rasa syukur, ada rasa kita.

Sebagai tanda kasih buat semua pengguna setia, SAJI menghadiahkan baucar tunai bernilai RM50 kepada 1,000 penerima terawal untuk menikmati rangkaian produk SAJI. Inilah cara SAJI mengucapkan “Terima Kasih Malaysia” atas sokongan yang tidak pernah putus sejak lebih dua dekad lalu.
Dan yang lebih mengujakan, kempen SAJI Terima Kasih Malaysia: Rentak & Sajian akan singgah pula ke ibu negara! Pada 25 – 31 Ogos 2025 di Fahrenheit, Bukit Bintang bersempena sambutan Malam Ambang Merdeka yang dinanti saban tahun.
Warga Kuala Lumpur bakal disajikan dengan pelbagai aktiviti penuh warna untuk seisi keluarga, persembahan artis-artis tanah air yang menghiburkan, serta peluang merasai kehangatan kempen yang meraikan kepelbagaian rentak hidup & kepelbagaian sajian rakyat Malaysia.
Lebih dari sekadar produk makanan, SAJI mahu membawa mesej bahawa dalam kepelbagaian, kita tetap bersatu di meja yang sama. Itulah semangat Rentak dan Sajian, harmoni, mesra, dan dekat di hati setiap isi rumah.
Untuk lebih info dan kemaskini terkini, ikuti Saji Malaysia Official di Facebook, @sajimalaysia di TikTok, dan @sajimalaysiaofficial di Instagram.
Sebab dengan SAJI, setiap rentak hidup lebih bermakna, setiap sajian jadi lebih istimewa.
Mudahnya Masak Nasi Arab Dengan Pes Arabian Kitchen!

Menu Nasi Arab dan rakyat Malaysia memang tak dapat dipisahkan. Apabila tiba bulan Ramadan, pasti Nasi Arab antara yang menjadi pilihan.
Kalau anda teringin untuk masak Nasi Arab di rumah sebagai juadah buat keluarga, boleh cuba dengan Pes Arabian Kitchen!

Sesuai dengan tagline, “Dari Dapur Arab Ke Dapur Anda”, pes Arabian Kitchen ini memudahkan proses penyediaan Nasi Arab di rumah.
Terdapat dalam tiga jenis pes iaitu Pes Nasi Arab Yemeni Mendhi, Pes Nasi Arab Qatari Majboos dan Pes Nasi Arab Mesri Bookhari.
Pes Nasi Arab Arabian Kitchen dibekalkan sekali bersama beras basmathi parboiled extra long berkualiti tinggi dan saffron (pewarna) beraroma mawar.

Dengan hanya 5 langkah, anda mampu menyediakan Nasi Arab tanpa perlu menumis, tanpa perlu tahu resipi dan tanpa perasaan takut nasi arab anda tak jadi.
Hanya mengikut sukatan dan langkah yang disediakan, pasti hasilnya tidak mengecewakan.

Berikut cara masak Nasi Arab Yemeni Mendhi menggunakan Pes Arabian Kitchen 500g:
1. Rendam beras basmathi selama 30 minit.
2. Didihkan air mengikut sukatan 700ml dan masukkan pes nasi arab.
3. Masukkan beras basmathi yang telah direndam tadi.
4. Titiskan saffron (pewarna) yang dibekalkan sekali ke atas nasi yang telah masak.
5. Tutup semula periuk selama 5-10 minit. Kemudian kacau rata.

Nasi arab siap untuk hidangan 6 orang. Nasi arab sangat sesuai digandingkan bersama lauk ayam bakar atau kambing bakar. Cara membuat salsa (sos arab) juga disediakan di bungkusan produk.
Produk terbaik pasti mendapat sambutan. Buktinya, Pes Nasi Arab Arabian Kitchen ini mendapat komentar yang sangat positif daripada pengguna.
Lebih istimewa, ada juga mertua minta masakkan Nasi Arab di kampung sebagai menu utama hidangan sekeluarga. Mesti seronok dapat menambat hati mertua dengan Pes Nasi Arab Arabian Kitchen.


Pes nasi arab ini juga sangat sesuai untuk dijadikan juadah utama majlis berbuka puasa, jamuan hari raya, sambutan hari lahir, majlis aqiqah dan majlis keraian keluarga.
Untuk mendapatkan Pes Nasi Arab Arabian Kitchen, boleh dapatkan daripada pengedar berdekatan anda di seluruh Malaysia.
Rujuk website nasiarabsegera.com atau boleh dapatkan di shopee atau Lazada. Sekiranya ada sebarang persoalan, boleh hubungi +60 11-3989 9338.
“Dari Dapur Arab Ke Dapur Anda”.
Muffin berries Coklat Cip Putih, Pasti Jadi Kesukaan Famili

Muffin gebu dan lembut kaya dengan rasa buah beri memang menambat selera. Dalam resipi ni menggunakan bluberi dan strawberi. Sebenarnya boleh aje kalau nak letak buah beri yang lain seperti raspberi.
Rasa buah beri yang lazat, menjadikan muffin ini tidak muak dimakan. Jom semak resipi yang dikongsikan Keroroyz Royz ini.
MUFFIN BERRIES COKLAT CIP PUTIH
( Saiz hidangan : 12 ketul)

BAHAN-BAHAN :
- 315gm tepung gandum | diayak
- 2 1/2 sudu kecil baking powder | diayak
- 110gm gula perang (empunya resipi kurangkan 70 gm)
- 95gm coklat cip putih
- 2 biji telur | dipukul sedikit
- 250ml susu
- 125ml minyak masak @ minyak jagung
- 190gm berries campuran * empunya resipi guna bluberi & strawberi|- potong kecil strawberry & hiris nipis utk hiasan
- Gula icing/snow powder | sebagai hiasan

CARA MEMASAK :
1. Panaskan oven suhu 200c. Griskan dulang pembakar pan dengan mentegar atau lapiskan dengan cawarn kertas.
2. Di dalam mangkuk yang sesuai, kacau sebati tepung, baking powder & gula perang, masukkan choklat chips
3. Di dalam bekas lain satukan telur, susu dan minyak, lalu masukkan ke dalam adunan tepung tadi.
4. Gunakan spatula kayu dan kacau sekadar sebati sahaja. Kemudian masukkn buah-buahan berries & kacau sedikit sahaja. Jgn over mix bancuhan utk mengelakkn muffin menjadi keras.
5. Guna scoop ice cream atau sudu dan masukkan 3/4 bancuhan ke dalam cawan kertas.
6. Hiaskan ikut selera.
7. Bakar selama 20min atau ikut kesesuaian oven masing-masing. (Oven empunya resipi 30min). Biarkan muffin 5min sebelum dipindahkan ke rak dawai untukdi sejukkan
5. Taburkn dengan gula icing sebelum dihidangkan.
Tip dari pemilik resipi :Keroroyz Royz
1. Saya guna tepung naik sendiri dan tambah 1 sudu kecil baking powder
2. Guna coklat putih yang dicincang pun boleh Boleh juga gunakan buah blackberi dan raspberi.

Kredit Resipi : Keroroyz Royz

