Nasi Beriani Homemade, Cukup Ramuan Memang Berkali Tambah

Share

Bila keluarga berkumpul, tentunya nak dihidangkan dengan menu istimewa. Hidangkan yang menjadi kesukaan ramai iaitu Nasi Beriani. Tak perlu beli lagi di kedai. Harga di kedai pun agak mahal. Buat sendiri di rumah lebih puas hati. Berbaloi dapat makan berkali.

 

RESIPI NASI BERIANI HOMEMADE SANGAT ENAK

BAHAN-BAHAN:

  • 4 sudu besar minyak sapi
  • 1 biji bawang besar
  • 1 inci halia
  • 1 paket MAGGI®️ Pes Perencah Nasi Briyani
  • 200g ayam
  • 450g beras Basmathi
  • 700 ml air
  • 100g tomato
  • 50g daun ketumbar
  • 50g daun pudina
  • 50g kacang gajus
  • 10g bawang goreng

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan kuali dan masukkan ghee. Tumiskan bawang dan halia sehingga wangi.
  2. Masukkan MAGGI®️ Pes Perencah Nasi Briyani
    , tumiskan seketika. Masukkan ayam tumis sehingga ayam bertukar warna.
  3. Masukkan beras basmathi dan gaul seketika. Pindahkan kesemua bahan ke periuk eletrik.
  4. Tuangkan air, tambahkan tomato dan biarkan ia masak.
  5. Setelah masak, taburkan daun pudina, ketumbar gajus dan bawang goreng.

 

PETUA: Jika menggunakan beras Basmathi, tekstur nasi akan jadi lembut, berderai cantik dan tidak berketul. Sangat sedap!

 

Kredit foto: Shutterstock

 

Published by
Team Rasa